Inilah aktiviti kami kat Putrajaya weekend haritu. Marilah kita sama-sama cuci mata sambil menunggu aku yang tengah terkiai-kiai siapkan entri trip ke Japan tu! Memang seronok tengok Red Bull Air Race ni... terus buat countdown sebab tak sabar nak pergi LIMA tahun depan! ** Sempat buat iklan LIMA dengan harapan suami aku baca entri ni dan cepat-cepat suruh aku book flight ticket ke Langkawi tahun depan... hahahah...
Ok korang tengoklah gambar-gambar yang ada ni ya... nak explain secara teknikal memang aku tak tau... ke lautlah jawapnya nanti... hikhik!
Sampai terlopong-lopong mulut tengok pilot-pilot ni buat maneuver yang mendebarkan. Memang hati kering betul diorang ni!
Ini kali pertama race bertaraf dunia ni diadakan di Malaysia. Sebenarnya event kat Putrajaya ni adalah siri ketiga dari keseluruhan 8 siri dalam Red Bull Air Race World Championship 2014 yang diadakan di beberapa buah lokasi di dunia termasuk Abu Dhabi di UAE, Poland, Ascot - UK, USA dan China. Pendek kata race ni hanya disertai oleh world's best pilot termasuk Malaysia's very own Dato Halim Othman of Krisakti fame yang bersaing sesama sendiri di udara untuk mencatitkan masa yang terpantas sambil membuktikan kecekapan masing-masing mengemudi kapal terbang.
Terlopong lagi mulut tengok kapalterbang ni selamba je lalu kat slalom course tu dengan kelajuan sehingga 230 mph.
Yang tukang tengok pun sampai senget-senget badan ikut movement kapal terbang.
Suka sangat shot ni! By the way, gambar-gambar semua hasben aku ambik... aku setakat ambik video pun dah bergoyang-goyang... macam mana nak pegang kamera ambik gambar-gambar macam ni! :p
Kalau korang nak lebih feel boleh tengok video-video race ni kat official web page Red Bull Air Race.
Klik --> http://www.redbullairrace.com/en_MY. Memang best!
-lotsa luv
Fayreen Mizan
Jm yg dekat ni pun tak pergi ..tgk kat TV je...huhhuhu..kalau ada yg mau teman..hai mesti pegi punye
ReplyDeletemasa OTW ke putrajaya teringat JM sbb dah tau JM kat sana... kitorg ni pantang ada event yang best kat Putrajaya tu... macam fireworks tu kalau tak ada hal sanggup pergi tengok semua show tu! hehe
DeleteWow... happening.. tengok secara live mmg menarik. Thanks sharing Fayreen.. :)
ReplyDelete