Hadoiii... apa nak jadi dengan blog ni - sampai dah bersawang-sawang daah!! Sebenarnya aku sibuk sangat lately... tu yang tak sempat nak update blog (sambil tangan kuis-kuis sawang yang ada). Masa tulis entri ni pun, aku berada nun di Tokyo menikmati bulan madu yang tah ke berapa kalinya... hahaha... Cerita Jepun aku share kemudian ya... aku pun baru sampai pagi tadi so masih belum banyak cerita... percutian pun masih berbaki sembilan hari lagi. Ada banyak lagi benda untuk aku discover kat sini... for the time being berilah chance aku pusing puas-puas dulu :).
Meh nak cerita sikit satu miracle yang berlaku hari Isnin baru-baru ni... something yang aku anggap sebagai rezeki juga sebab bukan calang-calang hadiah yang aku dapat! Sapa yang dah pernah baca blog ni mesti sedia maklum yang aku ni ada bela tiga ekor kucing kaan. Gini, MaMaKat tu memang tengah sarat sangat daah... dalam masa yang sama walaupun pahit untuk aku telan, aku aware juga yang Hazel pun pregnant juga! Bukan pahit macam mana - she's still a kitten di mata aku... dalam state of denial juga aku ni masa mula-mula suspect dia pregnant tu... dan perbuatan ni angkara siapa lagi kalau bukan Tomcat yang juga aku laki bini masih treat macam kitten! Hahaha... hambikkkk.... tup tup pregnant Hazel tu dibuatnya!
Dipendekkan cerita, hari Isnin tu aku terperasan MaMaKat dah keluar tanda nak bersalin dah ada tanda keluar. Aku ni memang ngeri kalau tengok darah tapi terpaksa juga kuatkan hati. Dalam masa yang sama si Hazel dengan Tomcat ni macam pelik-pelik aje - berlari ke hulu ke hilir... dengan terlompat-lompat lagi. Dalam hati aku kata ni mesti sebab excited nak dapat adik, so aku biarkan jelaa. By petang tup tup dengarlah bunyi anak-anak kucing menangis. Phew, seriously lega betul aku sebab MaMaKat bersalin sebelum aku pergi Jepun. Sempat jugalah aku text husband aku untuk share berita ni... orang baru dapat cucu kucing katakann! Hasben aku pun sempat pesan kalau boleh jangan biarkan Hazel dengan Tomcat dekat dengan kitten tu sebab takut diorang ngap anak kucing tu pulak nanti. Tapi tulaa si Hazel ni punyalah taat teman mak dia bersalin sampai a few hours tak nampak batang hidung!
Dipendekkan cerita malam tu lepas makan hasben aku kira berapa ekor MaMaKat beranak kali ni. Check-check tengok ada 4 ekor semuanya so kira normal laa kaan. Lepas tu kitorang pun biarkan laa dia dengan kitten dia. Si Hazel pulak tetap tak berganjak duduk sebelah mak dia dari petang tadi. Memang aku mati-mati kata dia temankan mak dia. Tak lama lepas tu dengar anak kucing nangis... yang Hazel pulak berlari-lari datang kat kitorang mengiau-ngiau macam nak beritahu something. Tiba-tiba kitorang ternampak ada kesan darah kat tuttt si Hazel. Laa, rupa-rupanya Hazel pun beranak juga serentak dengan mak dia! Subhanallah... what a miracle! Sampai sekarang masih tak diketahui yang mana satu sebenarnya anak MaMaKat atau Hazel sebab diorang sama-sama susukan semua kitten tu. bila MaMaKat berehat Hazel susukan... bila Hazel off MaMaKat pulak on duty!
1 ekor... 2... 3.... 4 ekor... 5 ekor... 6 ekor... 7 ekor - by 10 pm malam tu secara rasminya ada 7 ekor kitten semuanya. Ya... TUJUH ekor uols!!!
Bila confirm ada 7 ekor, aku automatik je aku terus tengok curtain kat tingkap. Memang aku kena guna langsir lama masa Hari Raya nanti. Tak dapat aku bayangkan Tarzan & Jane yang 7 ekor ni bergayutan kat langsir! Hazel dengan Tomcat berdua pun sampai tercabut rail curtain dikerjakan! Inikan pulak 7 ekor... hahaha...
-lotsa luv-
Fayreen Mizan
Wah bestnya!!! Kira semua ada 10 lah kat rumah ye. Aku xboleh bela banyak sebab duduk apartment. Huhu selalu tengok stray cats, sedih je sebab xmampu nak ajak balik sekali. Geram tengok budak2 tu!
ReplyDeleteso far 4 ekor jer survive... yg kaler itam tu arwah daah... yg tu pakai stokin putih belang-belang. Apakan daya :)
DeleteMeriahnya dengan kucing2 ni, boleh share sama2 menyusukan anak pulak. comell.
ReplyDelete