Thursday 17 April 2014

THE BEST NASI ARAB IN TOWN - HALF MOON, SERDANG!

Assalamualaikum,

Entri kali ni nak cerita pasal makan-makan pulak. Pernah makan Nasi Arab dekat Restoran Half Moon, Serdang?? Yang pernah ke sana, tentu tahu macam mana nyammmsss nya makanan yang dijual.... pada yang belum sampai sana lagi, apa kata bila-bila nanti korang try makan dekat sini pulak? Makanannya bukan saja sedapppp.... harganya murah pulak tu kalau dibandingkan dengan restoran-restoran Arab yang lain!

Restoran ini menyediakan Yemeni dishes - nasi Arab, kebab dan banyak lagi yang seangkatan dengannya dengan portion nasi yang banyak. Pendek kata memang mengah nak menghabiskan sepinggan tu. Kalau tak habis makan boleh beritahu waiter mintak bawak balik. Nanti waiter akan masukkan siap-siap dalam container yang boleh dipanaskan terus dalam microwave tu. Konsep restoran ni pulak memang sempoi abis....so, korang boleh makan dengan selesa tanpa perlu nak jaga protokol bagai.

Majoriti pelayan kat sini berbangsa Arab dan cuma boleh berbahasa Arab atau Inggeris... Bahasa Melayu tu diorang boleh cakap yang basic saja.... susah-susah sangat korang tunjuk jerlaa makanan apa yang korang nak order. Ambik order makanan kita nanti pun diorang akan tulis dalam Bahasa Arab. Bukan tu saja, pelanggan pun ramai dari kalangan orang-orang Arab juga! Hahaha...

Mari kita tengok makanan yang ada kat sini....


** Google pic
Ni kat luar restoran... kalau tak nak duduk lepak-lepak kat luar macam ni boleh duduk kat dalam... dalam tu ada aircon.


Ni antara harga dan senarai nasi.. makanan lain pun banyak juga tapiii aku tak pulak tergerak nak ambik gambar sebab bila datang sini memang makan nasi jek... so memang tak selak dah harga dan list makanan lain tu...


Senarai minuman... kan dah beritahu tadi... murah kaannn??


Caramel ni memang sedapppp.... rasa sangat creamy... tak terlalu manis...tak pula terlalu tawar... perfect! Kalau tak silap harganya cuma RM3 saja. Manisan Arab yang lain pun ada juga... nanti korang belek-belek jelaa list kat menu tu ya...


Chicken Kabsah.... sedappp!


Chicken Madghut... pun sedapppp. Korang tengok tekstur ayam tu... tak ke terliur tu?!?


Haneth Lamb - daging kambing tu sangat juicy... memang nyamsss....


Nyamsss gilo Lamb Madghut ni - hemmmm... meleleh ailio aku sambil tulis ni... 


Ni pulak Lamb Royal... dihidangkan siap dengan hummus... pun finger licking good!


Mandy Chicken - tengok ayam tu pun dah tau macam mana sedapnya kannn... sampai ke tulang ayam tu terasa sedap uolls!


Mandy lamb yang nyammmsss... **cepat-cepat capai tisu lap aillio!! :p
Kat sini juga ada sediakan sup kosong untuk kita makan dengan nasi. Nasi Arab ni kan jenis kering sikit. Even sup kosong tupun sedap tau!


Mango juice - ni memang favourite aku. Segelas cuma RM6 saja. Terasa macam kita cucuk straw directly kat buah mangga fresh yang manis dan lemak tu!! Korang kena try mango juice ni... memang sedap! Kalau prefer minuman yang masam sikit, korang boleh order lemon juice... yang tu pun best!

Tu nak kata aku membela laa tu sekali order macam-macam makanan. Hahaha... sebenarnya gambar-gambar ni aku simpan selepas beberapa kali visit sebelum buat entri ni ;p

Untuk mereka yang dah terliur  dan berhajat nak rasa makanan Arab kat sini... ni addressnya :

Restoran Half Moon 
(Dibuka dari jam 4.00 petang - 12.00 malam)

9-1 Jalan SP 2/8
Taman Serdang Perdana 
(berhampiran South City Plaza & East Lake View Condo)
43300 Seri Kembangan
Selangor




-lotsa luv-
Fayreen Mizan

5 comments:

  1. Kebanyakkan nasi arab memang sedap sampai tak terhabis. Banyak sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... tapi diorang larat jer makan ek :)

      Delete
  2. Wahh.. sungguh menarik & menyelerakan.. bolehlah terjah sekeluarga nanti.. Thanks sharing Fayreen.. :)

    ReplyDelete
  3. Hi.. Blogwalking jumpa plak sini.. Best sgt baca terutama pasal anak anak bulis tu.. Geramnya... Slm kat sorang sorang nanti ya, hehehhehe

    ReplyDelete