Punyalah berkobar-kobar semangat nak kongsi resepi kari ayam aku ni dengan readers... macamlah nak share resepi beriani gam ke... opor ayam ke... ni cuma kari ayam jer...hahaha...! Aku tau ramai yang dah expert di luar tu... setakat masak kari ayam ni di hujung jari korang je kannn. Tapiiii... tak salah berkongsi dan bertukar-tukar versi masakan masing-masing. Sebenarnya aku jarang gunakan santan kalau masak apa-apa jenis kari... tak kiralah kari ayam ke... kari ikan ke atau kari daging. So far, alhamdulilah rasanya tetap sama dengan kari yang bersantan... tetap nyamsss... tetap menjilat jari! Boleh je kalau nak ikut resepi aku ni tapi tetap gunakan santan.
Bahan-bahan :
Setengah ekor ayam
3 biji kentang dipotong empat
3/4 paket rempah kari daging
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga cengkih
1 biji bunga lawang
Sedikit garam
* Air secukupnya untuk menggantikan santan - (2 cawan santan pekat bagi mereka yang nak gunakan santan)
**Sedikit carrot - dipotong memanjang atau dadu
**2 batang cili
** Beberapa batang bende
Semua yang bertanda ** tu optional dan ikut preference masing-masing untuk menaikkan warna masakan. Kalau tak nak letak pun tak apa... masakan tetap nyummsss :)
Cara-caranya :
Bawang dan halia dimayang halus... lepas tu, tumiskan ke dalam periuk bersama sedikit minyak yang dah dipanaskan. Masukkan juga kayu manis, bunga lawang dan cengkih - biarkan sehingga terbit bau wangi. Masukkan pula rempah kari yang telah dicampurkan dengan sedikit air (sehingga menjadi pes yang pekat). Kacau sehingga rempah menjadi kering dan terbit minyak. Masukkan pula ayam dan gaulkan sehingga sebati dengan bahan-bahan tadi. Bagi mereka yang prefer untuk gunakan santan, bolehlah masukkan santan ke dalam periuk... kalau tak nak gunakan santan, gantikan saja dengan air. Campakkan garam dan masukkan juga kentang dan biarkan sehingga empuk. Apabila ayam dan kentang sudah empuk, masukkan carrot, cili hidup dan bende. Kacau-kacaukan kuah... perlahankan api dan biar seketika sehingga semua bahan mesra. Siap! Sedap dimakan dengan nasi atau cicah dengan roti!
Kari Ayam

Selamat menjamu selera!
-lotsa luv-
Fayreen Mizan
Takde santan bagus juga... kurang kolestrol.. :)
ReplyDelete1st time nak buat kari xde santan...harap2 jadi....
ReplyDeletesimple je ... huhu bgus utk saye y baru nk jinak2 memasak nihh
ReplyDelete