Baru-baru ni, aku dan hasben ke Pulau Pinang... so experience di sana aku akan share dalam dua, tiga entri berbeza. Hari ni kita cuci mata dulu dengan satu attraction yang unik iaitu street art yang terdiri dari mural dan steel sculpture yang sangat terkenal di sekitar Lebuh Armenian (Armenian Street). Berpandukan waze, memang senang saja nak cari Lebuh Armenian ni.... kalau tak jenuhlah aku dan hasben berpusing-pusing satu Georgetown tu! Untuk mencari mural-mural dan sculpture yang famous tu, korang kenalah berjalan kaki bermula dari Jalan Ah Quee .
Mural-mural ni diletakkan di tempat-tempat yang berbeza dan bukannya selonggok kat satu tempat. Jadi, memang kena alert sambil berjalan tu sebab ada location mural yang senang nak cari.... ada yang tersembunyi so kita kena cari dekat lorong-lorong belakang bangunan. Biasanya ramai tourist lain yang nak tengok mural ni juga... so korang just ikut saja crowd yang ada tu. Dipendekkan cerita, asal nampak saja orang berkumpul ramai-ramai dengan kamera semua tu, korang serbu dan join sekali!
Ah Quee sculpture
Mural Minion - gambar atas sekali tu dan sculpture Ah Quee ni terletak bersebelahan di Ah Quee Street... nama jalan ini diambil sempena nama Kapitan Chung Keng Kwee - salah seorang kapitan di Pulau Pinang satu masa dahulu.
Mural-mural dan sculpture yang terdapat di sekitar Lebuh Armenian ini bukan saja cantik, unik dan artistik... ia juga memaparkan kehidupan seharian masyarakat serta sejarah Pulau Pinang kepada pejalan kaki melalui unsur humor.
Mural-mural dan sculpture yang terdapat di sekitar Lebuh Armenian ini bukan saja cantik, unik dan artistik... ia juga memaparkan kehidupan seharian masyarakat serta sejarah Pulau Pinang kepada pejalan kaki melalui unsur humor.
"The Real Bruce Lee Would Never Do This"
Salah sebuah mural yang sangat terkenal. Kedudukan mural ni agak tersorok di belakang bangunan antara Ah Quee Street dan Beach Street...
Kids On A Bicycle @ Armenian Street...
Mural yang dilukis oleh Ernest Zacharevic dari Lithuania ni memang ramai peminat. Ramaiiiii betul orang nak ambil gambar kat sini... memang kita kena bersabar tunggu giliran kalau nak ambik gambar duduk kat basikal tu... so sementara diorang tu terhegeh-hegeh nak duduk situ dearest hubby shot dulu gambar kat atas ni... kalau tak susah nak dapat peluang ambik gambar budak berdua ni tanpa gangguan.....
Mural ni dinamakan I Can Help Catch Rats! :) - Lebuh Armenian
Tak tau apa nama mural purple ni... sigh! Sculpture kat sebelah tu dinamakan 'Too Narrow'....
Korang sedia maklumlaa ya...mana-mana mural/ sculpture yang aku biarkan kosong tak tulis
apa-apa caption tu sebab aku tak tau nama dia atau terlupa location! Tapi yang kat atas ni dua-duanya
kat Lebuh Armenian...
Little Boy With Pet Dinosaur mural - Ah Quee Street
Satu lagi mural yang top - Boy On A Bike @ Ah Quee Street.
Skippy For Penang mural - Gat Lebuh Armenian
Kungfu Girl - Lebuh Muntri
'Brother And Sister' @ Gat Lebuh Chulia... Mural ni dilukis oleh Louis Chan.
'Procession' @ Lebuh Armenian
'Untrained Parakeet' @ Lebuh King
Selain pelukis Lithuania, Ernest Zacharevic.... mereka yang juga bertanggungjawap melakukan transformasi terhadap dinding bangunan di Georgetown kepada hasil seni yang menarik dan unik ialah pelukis pekak dan bisu Louis Gan dan sekumpulan pelukis 101LostKittens. Sebenarnya aku dan hasben tak dapat nak cover semua mural sebab jumlah yang ada agak banyak.... yang bertemakan kucing saja ada lebih lima belas! Bagi mereka yang berminat untuk explore street art ni boleh refer pada map di bawah dan buat proper planning supaya korang boleh tengok semua mural dan sculpture yang ada di sana.
**Klik dan enlarge untuk dapatkan imej yang lebih jelas --> Time Out Penang Street Art Map.
Untuk memudahkan lagi 'pencarian' korang, apa kata download dan print brochure ni sebagai guide nanti
Untuk memudahkan lagi 'pencarian' korang, apa kata download dan print brochure ni sebagai guide nanti
--> KLIK SINI.
'Till then..... have a great day!
lotsa luv
-Fayreen Mizan-
Wow.. menarik. Saya mmg suka mural. Dulu pernah belajar melukis mural tapi tak dpt nak buat sehebat mcm tu.. mmg seronok lah tengok.. nice sharing.. :)
ReplyDeleteSaya pernah tolong-tolong buat mural sket-sket masa uitm buat community project dulu… setakat tolong buat sibuk je sebab saya memang tak ada bakat langsung… hahaha…btw kalau nak tengok mural kat Penang ni make sure mem besar tak pakai high heels sebab boleh tahan juga nak menapak… tapi memang best!
Delete