Wednesday, 2 April 2014

RESEPI AYAM MASAK KUALI

Assalamualaikum,

Pernah dengar lauk Masak Kuali?? Aku pun tak pasti origin resepi ni dari negeri mana... seingat aku memang dari kecik lagi aku dah biasa makan lauk ni... infact masak kuali ni merupakan signature dish arwah atok aku dulu (atok tu nenek ya... kebanyakan orang Johor ni baik yang lelaki atau perempuan semua belasah panggil atok/ tok). 

Resepi ni boleh dimasak dengan ayam atau ikan - kerisi/ kembung/ bawal. Pada aku ikan bawal laa yang paling nyamsss. Kalau masak gunakan ikan, boleh juga digoreng dulu... tapi, jangan sampai garing... goreng sekejap saja dah cukup, nanti hilang pulak rasa manis ikan tu. Sekiranya gunakan ayam, tak perlulah digoreng dulu... aku ada juga jumpa version yang ayam digoreng dulu... tapi kalau ikut version yang aku nak share ni tak perlu goreng - campak saja dalam kuali tu nanti! :)

Ada juga kekeliruan antara masak kuali vs terutup/ kerutup. Nampak macam sama tapi dua-dua lauk tu berbeza sebenarnya. Dari segi warna pun berbeza - terutup/ kerutup warna merah.... masak kuali pulak oren kekuning-kuningan sikit... masak kuali guna santan... terutup/ kerutup pulak tak guna santan. Haa... kalau masak kerutup/ terutup baru best kalau ikan digoreng garing! Aku bukanlah arif sangat, cuma apa yang aku share ni adalah version family aku sejak turun temurun... hahaha...turun temurun tu! :p


RESEPI AYAM MASAK KUALI


Sepatutnya warna masakan ni oren kekuningan... maaf sangat... ni warna pelik sikit sebab efek lampu kat rumah ai :)

Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam
6 sudu besar cili kering yang dikisar
6 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1/2 inci kunyit hidup - dikisar
1/2 inci halia - dikisar
1/2 inci lengkuas - dikisar
2 batang serai - potong halus dan kisar
2 batang serai - dititik
Sedikit air
1/3 cawan santan
2 sudu besar air asam jawa
garam, gula secukup rasa

Cara-cara :
Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan cili kering yang dikisar ke dalam kuali dan masak dengan api yang kecil hingga garing dan pecah minyak. Masukkan serai yabng sudah dititik tadi. Lepas tu masukkan ayam dan kacau hingga semua bahan sebati. Masukkan sedikit air supaya tumisan tidak terlalu kering... masukkan juga air asam jawa. Kemudian masukkan santan dan biarkan sekejap. Akhir sekali masukkan garam dan gula. Biarkan beberapa minit... pastikan ayam empuk dan semua bahan sebati. Siap!

Selamat mencuba dan berjuang di dapur masing-masing :)


-lotsa luv-
Fayreen Mizan

No comments:

Post a Comment