Yuhuuu... I'm backkk selepas beberapa hari berdepan dengan masalah unifi :). Aku tak naklah cerita panjang-panjang pasal tu since benda sudah pun settle. Sebenarnya aku lebih excited nak share experience melawat Penang War Museum (Muzium Perang Pulau Pinang) yang terletak di Batu Maung. Tempat ni memang best... pendek kata memang wajib ada dalam itinerary korang sekiranya ke Pulau Pinang!
Apa yang menariknya... konsep muzium ni berbeza dengan sesetengah muzium lain, jadi sila ketepikan anggapan bahawa korang akan melawat ke dalam muzium yang ada aircond dengan artifak yang diletakkan dalam bekas kaca siap dengan spotlight semua... no such thing here! Sebenarnya, muzium ini merupakan tapak asal bekas kubu yang dibina oleh tentera British pada tahun 1930an. Kubu ini siap dengan segala kelengkapan seperti terowong bawah tanah, bilik simpanan senjata, kuarters tentera, bilik kawalan perisikan, pusat logistik, beberapa buah dapur dan lapangan menembak... kesemuanya masih dalam keadaan elok dan boleh kita lawati sepanjang berada di sini.
Silakan scroll dan tengok gambar-gambar yang sempat kami ambik sambil aku bercerita lebih lanjut tentang muzium ni...
Apa yang menariknya... konsep muzium ni berbeza dengan sesetengah muzium lain, jadi sila ketepikan anggapan bahawa korang akan melawat ke dalam muzium yang ada aircond dengan artifak yang diletakkan dalam bekas kaca siap dengan spotlight semua... no such thing here! Sebenarnya, muzium ini merupakan tapak asal bekas kubu yang dibina oleh tentera British pada tahun 1930an. Kubu ini siap dengan segala kelengkapan seperti terowong bawah tanah, bilik simpanan senjata, kuarters tentera, bilik kawalan perisikan, pusat logistik, beberapa buah dapur dan lapangan menembak... kesemuanya masih dalam keadaan elok dan boleh kita lawati sepanjang berada di sini.
Silakan scroll dan tengok gambar-gambar yang sempat kami ambik sambil aku bercerita lebih lanjut tentang muzium ni...
Nearby ticket counter...
Bayaran RM20 seorang dikenakan untuk dewasa, manakala kanak-kanak pula RM10 seorang... dengan setiap pembelian tiket kita akan diberi pamphlet yang ada sejarah ringkas muzium ini dan location map. Ada terowong yang tak dibenarkan masuk atas sebab-sebab keselamatan... so pastikan korang dengar taklimat ringkas yang diberikan betul-betul.
Journey kita bermula dari sini... just ikut saja anak panah yang ada untuk ke satu-satu spot... Baru sampai sini pun aku dah boleh feel keadaan tempat ni masa zaman perang dulu...
Ok... kita sambung cerita pasal kubu ni ya. Menjelang tahun 1942, kubu ini jatuh ke tangan tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua apabila pihak tentera British tersilap percaturan mengenai startegi serangan Jepun. British menyangkakan tentera Jepun akan menyerang melalui laut tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya... tentera Jepun telah menyerang melalui darat dan berjaya menawan kubu ini pada 17 Disember 1941. Selepas itu, kubu ini dijadikan salah satu base utama Jepun bagi menahan serta menyiksa tahanan. Kesemua tinggalan sejarah ini masih ada termasuk alat-alat yang digunakan untuk menyeksa tahanan serta tempat menggantung dan memancung kepala!
Keseluruhan kawasan kubu yang luas ni boleh memuatkan sehingga 550 hingga 700 orang askar dalam satu masa.
Kronologi beberapa peperangan dan kejadian-kejadian penting yang melibatkan Tanah Melayu.
Bom yang digunakan masa zaman tu...
Mereka yang minat sejarah boleh take your time untuk baca keratan-keratan akhbar dan majalah yang ada di beberapa board di sini...
Terowong menuju ke bilik bawah tanah...
Terowong menuju ke bilik bawah tanah...
Antara barang-barang yang dipamerkan dalam bilik ni...
Kasut peninggalan askar-askar Jepun/ British...
Bilik ini juga merupakan tempat simpanan senjata...
Tinggalan peluru...
Ada dua buah tunnel yang boleh memuatkan seramai 220 orang tentera dalam bilik ni... keadaan tunnel ini sangat gelap dan sempit...
Kat bahagian kanan tangga ni ada sebuah telaga. Dalam gambar nampak macam senang je nak turun naik tangga ni. Sebenarnya tangga ini agak curam dan licin... condition tangga pun dah tak berapa elok sebab ada yang dah pecah-pecah. Tapiiii, korang mesti turun tangga ni juga nanti tau sebab pemandangan di bawah tu sangat breathtaking! Biar semput sikit tak apa sebab memang worth it!
Haa...tu dia!
Turun saja dari tangga tadi kita terus dapat tengok pemandangan di sekeliling Jambatan Kedua Pulau Pinang yang cantik ni. Sebenarnya kedudukan kubu ni memang sangat startegik sebab terletak 75 meter dari aras laut dan betul-betul menghadap Selat Melaka.
Senyum memang senyum... dalam masa yang sama aku terpaksa tahan kaki yang tiba-tiba cramp! Haihhh... baru turun tangga sikit dah cramp... nampak macam aku ni fragile sangat! Nak manja-manja mengadu pada hasben takut sebab memang salah sendiri. Sebenarnya masa turun tangga tu aku terpaksa balancekan badan sebab heels kasut yang aku pakai tu dalam kategori tak sesuai dipakai di kawasan berbatu yang licin walaupun heels taklah tinggi sangat. Memang ada standby sepasang sports shoes dalam kereta tu...tapiii dah tersilap percaturan nak buat macam mana?! :p
So, korang make sure pakai kasut yang sesuai nanti... wedges tu pun no...no! Better pakai sports shoes atau jenis-jenis kasut/ sandal yang flat dan selesa. Jangan degil macam aku!
Kat bawah tu tempat simpanan peluru. Masa kitorang datang tu ada tiga, empat ekor anjing yang besar-besar dekat area ni... tapi anjing-anjing ni jenis buat hal sendiri dan tak kacau orang.
Kubu ini telah terbiar dan dilitupi hutan tebal selama lebih 60 tahun sebelum dibersihkan dan dibuka kepada orang ramai.
Berek askar.
Sebenarnya bukan askar British sahaja yang ditempatkan di sini. Askar-askar Melayu dan Sikh turut ditempatkan di sini bagi mengawal kubu. Oleh kerana itu, beberapa buah berek yang dilengkapi dengan tandas disediakan mengikut bangsa-bangsa tertentu.
Gun Friring Bay.
Take five.... penat jugak sebab keseluruhan kawasan kubu ini seluas 22 ekar, untuk explore keseluruhan kubu ni ambil masa di antara dua hingga tiga jam.
Antara senapang anti-aircraft yang terdapat di sini...
Berhampiran firing bay bagi mengawal udara...
Tempat simpanan mayat sementara! Dekat area ni mulalah datang perasaan 'lain' sikit...
Pada yang tidak tahu, muzium ini sebenarnya tersenarai sebagai salah sebuah tempat paling berhantu di Asia (The Most Haunted Place In Asia) dan pernah muncul dalam sebuah dokumentari paranormal terbitan National Geographic - 'I Wouldn't Go In There'! Jeng...jeng... jenggg....
Di sini juga letaknya tempat di mana tahanan perang dipancung!
Peralatan yang digunakan untuk memancung...
Korang baca statement kat atas tu! Haihhh... scarry!!
Tempat tahanan digantung... semua ni terletak di kawasan yang sama dengan tempat memancung tadi. Dekat area ni aku memang ada perasaan seram-sejuk sikit!
Ada beberapa buah gambar yang menceritakan kekejaman dan penderaan yang dilakukan oleh tentera Jepun.
Mungkin kerana sejarah silamnya yang ngeri dan menakutkan, tempat ini juga dikenali sebagai Bukit Hantu di kalangan penduduk tempatan.
Peralatan yang digunakan untuk menyiksa tahanan...
Sebenarnya lepas kawasan ni kita kena turun bukit dan lalu dekat kawasan yang berhutan sikit sebelum sampai ke General Yamashita gallow dan beberapa display lain... tapi masa tu aku dah rasa semacam dan berat jer nak berjalan kat situ. Lagipun masa tu dah almost pukul 6 petang... cuma kitorang berdua je kat area tu dan area yang nak lalu tupun nampak sunyi sangat. Akhirnya kitorang ikut shortcut dan skip kawasan tu. Legaaaa aku :) Hahaha... tau takuttt!
Lepas tu bila keluar dari main entrance muzium tu hasben aku dengan muka berseri-seri dan penuh semangat buat statement macam ni .... "best kan pergi sini... nanti next time kita datang sini lagi kita buat night tour pulak nakkk??" I was like "erkkkkkk" dengan mata terbeliak tengok muka dia!
Overall, memang sangat berbaloi dan tak rugi pun menghabiskan masa melawat muzium ni. Kalau nak rasa suasana perang sebenar boleh buat aktiviti paintball kat sini atau untuk lebih mencabar, boleh ambil pakej Night Tour Adventure dari pukul 7 malam - 11 setiap hari (pakej berkumpulan).
Info lanjut
Alamat : Lot 1350 Mukim 12, Daerah Barat daya, Batu Maung, 11960 Pulau Pinang.
Email : penangwarmuseum@yahoo.com
Tel : 04-6265142/ 016-4213606
Fax: 04-6448015/ 04-6264142
Bayaran Masuk :
Dewasa - RM20
Kanak-kanak - RM10
Operation Hours :
9.00 pagi - 6.00 petang
7.00 petang - 11.00 malam
Enjoyyyyy!!!
-lotsa luv
Fayreen Mizan
Malaya... Klasik sangat..
ReplyDeletekaan :) rasa macam nak bercakap guna Bahasa Melayu orang-orang zaman tu jer masa dekat sini! :D
DeleteWahh.. menarik sungguh ni.. saya mmg suka ke tempat2 mcm ni. Mmg suka tau ttg sejarah. T kasih atas info ni sbb saya baru tau ada tempat mcm ni. Klu ke sana pasti akan singgah. T kasih.. :) :)
ReplyDelete