Monday, 21 April 2014

SPAGHETTI BOLOGNESE - HOMEMADE SAUCE!

Assalamualaikum,

Spaghetti Bolognese - Homemade Sauce. Sebagai seorang penggemar pasta, Spaghetti Bolognese ni dah tentulah hidangan wajib di rumah dan setiap kali membuatnya aku lebih suka gunakan sos yang dibuat sendiri. Kenapa aku prefer buat sendiri? Pertama - boleh dimakan tanpa was-was sebab dah tentulah kita gunakan bahan-bahan yang berkualiti, bersih dan halal. Selalu jugak kita dengar cerita sos ni tak halal laa...sos jenama tu pun tak halal laa... jadi tak payah risau-risau... bukankah lebih baik masak sos spaghetti sendiri saja? Lagipun mudah sangat cara untuk buat sos Spaghetti Bolognese homemade ni.

Kedua - aku ni sebenarnya sukaaaaaaaa sangat makan pasta... suka sampai ke tahap makan spaghetti dengan kicap pun boleh!! Jadi, sebagai penggemar pasta yang tegar, dah tentulah perasaan teringin nak makan spaghetti ni datang tak kira masa tanpa diundang. Aku rasa lebih independent tanpa perlu bergantung pada sos ready made tertentu... kalau sos tu tak ada stok sedangkan masa tu aku tengah teringin sangat nak makan spaghetti tak ke haru nanti?! Dengan sos spaghetti masakan sendiri, teringin makan spaghetti subuh-subuh pun no hal!

Ketiga - kepuasan masak sos spaghetti sendiri memng tak ada tandingannya.... extra point bila ada pulak orang memuji atau makan bertambah-tambah lepas tu! Rasa kalau suruh duduk kat dapur sampai ke subuh pun sanggup! Hahaha... get the picture?

Ok, meh tengok resepi Spaghetti Bolognese dengan sos homemade ni....


SPAGHETTI BOLOGNESE


Bahan-bahan : 

untuk 4 - 6 orang

1/4 cawan minyak zaitun
500 gm daging lembu cincang
1 labu bawang besar kuning - dipotong dadu kecil-kecil
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1/2 tin sederhana tomato puri
5 biji tomato segar - dipotong dadu
1 sudu kecil dried oregano
1/2 sudu kecil dried thyme
1 sudu besar parsley
2 cawan air/ stok daging lembu
Sedikit garam
1/2 cawam parmesan cheese
1 packet spaghetti

Cara-cara :

Sos :
Panaskan minyak - masukkan bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Masukkan daging cincang dan masak sehingga kekuningan. Kacaukan daging ini sesekali supaya tidak bergumpal. Masukkan tomato puri dan tomato segar, semua herbs, air atau stok daging lembu dan garam. Masak sehingga sos mendidih. Kemudian perlahankan api masakan dan masak lagi sehingga sos menjadi pekat.

Spaghetti : 
Rebus spaghetti dalam periuk besar menggunakan anggaran 1 litre air.  Pastikan air sudah mendidih sebelum memasukkan spaghetti Letakkan sedikit garam ke dalam air rebusan supaya spaghetti menjadi lebih enak apabila dimakan dengan sos. Kacau sekali-sekala dam titikkan sedikit minyak zaitun supaya pasta tidak melekat. Masak sehingga spaghetti menjadi al dente - tidak terlalu masak sehingga menjadi lembik. Apabila masak toskan spaghetti. Siap!

Sekarang bolehlah letakkan sedikit spaghetti ke dalam pinggan... tuangkan sos serta taburkan parmesan cheese di atas hidangan. Mamamia!! Slurrpppp....



-lotsa luv-
Fayreen Mizan



9 comments:

  1. Bestnya... saya suka.. one of my fav.. laparlah pulak.. hehee.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum bulan puasa ni bolehlah saya buat banyak-banyak entri pasal makan...puasa nanti, kena stop... haha...

      Delete
  2. nampak sedap...boleh try.anak memang suka spaghetti ni

    ReplyDelete
  3. nampak sedap...boleh try nanti.
    anak memang suka spaghetti ni

    ReplyDelete
  4. stok air dagg lmbu wat cane?alaa

    ReplyDelete