Wednesday 27 May 2015

Kek Lapis Yang Lazat Dan Sedap Sehingga Menjilat Jari Untuk Tempahan Hari Raya Aidil Fitri 2015!

Assalamualaikum,

Kek Lapis Yang Lazat Dan Sedap Sehingga Menjilat Jari Untuk Tempahan Hari Raya Aidil Fitri 2015 - haa, ambik... sampai macam tu sekali tajuk entri! Mesti ramai tercari-cari kek lapis yang gebu, sedap, halalan toyyiban, menggunakan bahan-bahan bermutu dalam adunannya dan sekaligus berbaloi dengan RM yang dah dilaburkan, betul takkk? Kadang-kadang tu dah beli mahal-mahal, sekali rasanya hampeh.com.... woih... frust gila kot. Dahlaa ada masanya baik yang coklat.. baik yang strawberry rasanya sama tak ada beza pun. Satu adunan ke hapa? Appearance je lain. Sakitnya tuh di sini bila terkena macam ni!

Tapi, kek lapis yang akak nak rekomenkan ni tak macam tu ya uols. Yang ini sedap dan terasa flavournya, lembut, moist.. highly recommend laa pendek katanya! Teratak Ratuhati ada macam-macam jenis kek lapis yang gebu dan yummeh untuk Hari Raya nanti. Akak dah rasa almost 50% kek-kek lapis keluaran Teratak Ratuhati ni. Infact bila Hari Raya memang tempah kat sinilah... sebab tu berani cakap semuanya finger licking good belaka. Memang puas hati. Kalau flavour cheese tu memang terasa cheesenya yang lemak... kalau flavour coklat lak terasa-rasa kesedapan coklat tu dalam mulut ni. Nyum... nyummm... nyummmm.

Naah... warm-up dengan sekeping, dua gambo dulu...


Cantik menarik tertarik dan menggoncang iman, kann? Berminat?? Read on.... Tempahan untuk Aidil Fitri tahun ni dah dibuka dari sekarang hingga 1 Ramadhan nanti bagi delivery sebelum Raya. Kalau terlewat melepaslah korang nak beraya dengan kek lapis yang sedap ni. Tapi, kalau untuk open house atau makan sendiri lepas raya boleh je place order anytime. Cuma delivery akan dibuat lepas puasa bergantung pada tarikh majlis koranglah nanti. Paham maksud akak kan... ke caner. 

Meh akak sajikan korang dengan koleksi kek lapis Teratak Ratuhati. Bersedialah dengan 2,3 kotak tisu untuk lap ailio yang menjejes-jejes keluar sekejap lagi. Sebelum tu akak kena baca doa pendinding diri dulu sebab bila bab-bab kek ni aku lemah semangat! Kang tidur malam termimpi-mimpi kek lapis macam mana?! "Ya Allah... perkenankanlah doa kudusku ini... tabahkan hatiku menghadapi cobaan demi cobaan dari kek-kek lapis ini. Aaminnnnnn...." *Puh kiri... puh kanan hembus-hembuskan screen laptop!

Disclaimer :
Tuan blog tidak bertanggungjawap atas sebarang gangguan perasaan, kehilangan daya fokus atau bunyi-bunyi pelik yang keluar dari perut disebabkan aksi-aksi seksi meksi kek-kek yang gebu-gebas dalam entri ni!!

Terliur sudaaaa... 

Kek Lapis Asam Manis

Lembap dan sedap dengan lapisan asam manis.

Ukuran : 8 x 8 inci  Berat : 2 kg
Harga : RM75
Mini Pack : RM35

Lapis Betawi @ Lapis Rempah

Ukuran : 8 x 8 inci   Harga : RM75

All time favourite akak ni. Aku kan suka benda-benda yang old skol dan klasik ni. Lapis Betawi ni seriously sedap ya. Terasa-rasa adunan rempahnya. Hurmmm.... *tarik tisu yang pertama!

Lapis Blueberry Cheese
Ukuran : 8 x 8 x 2.5 inci   Harga : RM80

Lapisan kek mengandungi isian blueberry yang lazat serta parutan cheddar cheese yang lemak berkrim. Yummeh! *Tarik selai lagi tisu...

Kek Lapis Cadbury.

Kek Lapis Cadbury ni satu lagi best seller Teratak Ratuhati! Kek ni memang kaya raya dan mewah sungguh dengan coklat. Setiap gigitan pasti terasa coklat yang lazat. A must for chocolate lovers! *Tarik 3 helai tisu sekaligus!

Ukuran : 8 x 8 inci   Harga : RM80


Kek Lapis Cheese

Hantu-hantu cheese di luar sana... this one is for you! Adunan kek ini terdiri daripada cheese powder yang lazat. Bukan tu saja, setiap lapisan kek juga diperkayakan lagi dengan parutan keju yang membangkitkan aroma cheese yang harum setelah dibakar. Adehhh, godaan sungguh ni!

Ukuran : 8 x 8 inci  Berat : 1.5kg
Harga : RM80

Kek Lapis Cranberry

Harga : RM75

Kek Lapis Dejavu dengan perasa nutella mint.. nama kemain! Akak tak pernah rasa so tak tau nak review. Tapi, kalau ada campuran nutella ni garenti sedap punyalah!

Ukuran : 8 x 8 inci   Harga : RM80

Lapis Idola
Ukuran : 8 x 8 inci  Berat : 2 kg
Harga : RM90
Mini Pack : RM40

Lapis Idola ni pun satu lagi best seller Teratak Ratuhati. Akak dah pernah beli sebelum ni... memang sedap. Kek ini diadun dengan horlicks dan dilapisi dengan lapisan coklat yang moist. Just imagine, horlicks digabungkan dengan coklat. Dah tentulah rasanya enak banget. Hadoiii.... nak menyiapkan entry ni mau segelen ailio tumpah ke bumi!! Hahaha.

   Kek Lapis Keladi yang lemak manis.

Ukuran : 8 x 8 inci  Harga : RM75
Mini Pack : RM35

 Kek Lapis Lengit Alur

 Close up sikit. Kek Lapis Lengit Alur yang seksi dan menggiurkan ni sangat sedap dengan gabungan 4 rasa dalam sebuku kek - oren, coklat, pandan dan strawberry serta lapisan yang moist. Hot item yang oohlalaaa...!

Ukuran : 8 x 8  inci   Berat : 1.5 kg
Harga : RM80

Kek Lapis Nutella

Aummm sangat ni dengan lapisannya disaluti isian nutella. Oh tidakkkkkk.... bertabahlah duhai hatii!!!

Ukuran : 8 x 8 inci
Harga : RM80
Mini Pack : RM35

Kek Lapis Prune yang hanya menggunakan sunsweet prune saja sebagai filing. Lazat dan berkhasiat! Sesuai untuk mereka yang ada masalah memerut. Eh?? Iyalaa kan... kalau susah sangat nak 'membuang' amalkan makan prune setiap hari. Settle masalah. Habislah... dalam entri promote kek lapis boleh selitkan cerita di balik tabir toilet!  *capai 1 roll toilet paper pastu meneran bagai nak rak dalam toilet!! Hahaha.. 

Ukuran : 8 x 8 inci   Berat : 1.5 kg
Harga : RM75

 Zoom sikit. 
 
Kek Lapis Sutera Brunei.

Favourite hakak lagi dan lagi. Kek ini menggunakan cream cheese dan setiap lapisan pula ditaburi coklat rice dan Californian blackcurrent. Ya ampun... sedap hokey! Akak pernah beli masa Raya dulu. Tapi, cuma 2,3 kali je potong beri tetamu makan. Balance tu sembunyi dalam fridge.... bungkus-bungkus macam belacan biar adik-adik tak sangka langsung ada kek lapis dalam tu. Pastu angkut bawak balik KL bedal sensorang! Bahahaha....

Ukuran : 8 x 8 inci  Berat : 2 kg
Harga : RM90

Lapis Roll Delima

Dah... tak larat daah nak lap ailio guna tisu. Habis sekotak tisu kerana entri yang mencabar anak tekak ni. Lap guna hujung lengan baju pulakkk! Lalalaaaa...

Ukuran : 10 x 10 inci   Harga : RM40

Kek Lapis Roll Lemon dibuat dari mix peel limau yang dicincang.

Ukuran : 8 x 8 inci  Harga : RM40

Lapis Roll Rempah
Ukuran : 10 x 10 inci   Harga : RM40

Lapis Roll Pelangi
Ukuran : 10 x 10 inci  Harga : RM40

Ada yang berkenan di hati? Laju-laju place order sebelum 1 Ramadhan ni. Korang mesti puas hati dengan kualiti kek-kek lapis ni. Boleh berdesup wassap Kak Ijan, owner Teratak Ratuhati atau stalk fb dia sebab dia ni juga pakar membuat segala jenis kek, pavlova dan durian crepe. Suka-suka ati aku je suruh orang stalk fb kau, Jan... mahap zahir batin!! Peace yo! Hahaha.


TERATAK RATUHATI
Whatapps : 017 - 7025620 (Nor'aini Hassan/ Ijan)
Facebook : KLIK SINI




* Photo credit : Teratak Ratuhati




lotsa luv n kisses
-Fayreen Mizan-

11 comments:

  1. Replies
    1. Hai Jie,
      So far ni memang terbaekkkk akak pernah rasa! :)

      Delete
  2. sedapnyaaaa ya ALLAH ! tp teha ni x pandai buat kek ... hehe.. follow sini ye.. follow back jom ? tukar2 info !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum dear,
      Tima kasih ya... done follow jugak... :)

      Delete
  3. Sedapnyeee.... Macam2 kaler... Nak makan pun berselera jer ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Warna-warni di Aidil Fitri namanya, Azra. :)

      Delete
  4. Fay cayang...thanks ye..semuga usaha fay bantu business kawan2 ...Allah berkati kehidupan fay n dirahmati di dunia n di khirat..aminn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamakkkk... taukeh kek dah masuk! Sori ek... banyak mengarut... tapi kek kau memang sedap fun. Tak tipu.

      Aamiin... semoga kita sama-sama berjaya di dunia dan akhirat...

      Delete
  5. Nasib baik baca skrg iskkk! Tergoda ni fay!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa buat entri ni pun seksa gak JM. Terliur-liur.

      Delete
  6. kelabu mata tgk kek yg berwarna warni..

    mmg seksi sungguh kek2 ini beraksi :)

    ReplyDelete