Thursday, 3 September 2015

Travel : Desiran Ombak Di Krabi - Phi Phi Island Part 4 (Phi Phi Don & Monkey Island)

Travel : Desiran Ombak Di Krabi - Phi Phi Island Part 4 (Phi Phi Don & Monkey Island). Jom kita sambung lagi entri percutian di Krabi, terutama sekali di Phi Phi Island yang terkenal dengan pantai dan pulau-pulaunya yang cantik dan memukau mata. Entri sebelum ini : Bamboo Island --> KLIK, Viking Cave & Phileh Lagoon --> KLIK dan Maya Bay --> KLIK.

Selepas sejam bermandi-mandian dan mencuci mata melihat view yang sangat-sangattttt spectacular di Maya Bay kami naik bot semula dan bergerak menuju ke Phi Phi Don. Masa ni dah panas terik yang amat. Muka seko-seko pun dah lemau semacam. Mereka yang tadinya aktif toleh kiri kanan dah terdiam kaku cuma mampu tengok air laut yang membiru dan pasrah dengn nasib diri. Panas pun ya... perut dah berkeroncong lapar pun iya. Makin kuat bunyi enjin bot, makin kuat jugalah mainan alat-alat muzik dalam perut! Hahaha.

Semakin menghampiri Phi Phi Don.

Ini juga bermakna kitorang semakin menghampiri makanan sebab makan tengahari disediakan di sini. Terus terbayang-bayang peha ayam sebesar peha gajah, udang serta sotong yang menari-nari dalam pinggan dan minuman dengan ais yang berketul-ketul. Kebulur tahap kritikal dah masa ni. Dahlah banyak bot lain yang sampai masa tu jadi bot kami terpaksa queue sementara captain cari port yang sesuai untuk parking. Penantian yang penuh dengan siksaan lebih-lebih lagi bila dalam keadaan dah tahu ada makanan memanggil-manggil!

Haa... tu dia! Nampak tak.. bukan setakat speedboat saja, yatch dan ferry pun bersusun-susun!

Sebenarnya, kalau kita dari Phuket, boleh je beli pakej travel ke Kepulauan Phi Phi dan kawasan Andaman yang lain dari sana saja terus. Tak payahlah nak turun ke Krabi bagai. Kebanyakan feri dalam gambar tu dari Phuket lah tu. Perjalanan akan ambil masa selama 2 jam. 
 
Bot lagi.

Di sudut lain pantai pun tetap penuh dengan bot. 

Jadi, sedia maklumlah macam mana ramainya orang di sini. Dah macam pesta jadinya! Dannn, pastikan kita ingat nombor dan tempat bot dilabuhkan. Kalau tersilap naik bot bila balik nanti, masakkk! Kalau bot menuju ke Krabi ok lagi... buatnya bot ke Phuket ke? How?!

Memandangkan masa ni kami laki bini memang kelaparan tahap menggila, maka sebarang sesi fotografi haruslah ditunda dulu. Dengan langkah yang dipercepatkan, laju-laju kitorang menuju ke arah yang dah ditetapkan dengan jayanya. Misi utama adalah untuk mentekedarah sampai kenyang! Hahaha.

Nom... nom...nom.

Fish dory, mix veggie dan sotong sweet sour - simple saja tapi rasanya not bad.. sedap!

Sup ayam. 

Rasa agak kureng sebab tawar tapi tawar-tawar pun 2 mangkuk jugalah akak refill. Lepas pekena sup, akak makan sepinggan penuh spaghetti bolognese pulak! Burp... *Gambar spaghetti, buah-buahan semua dalam handphone, haku malas nak godek-godek! Makanan-makanan untuk lunch ni disediakan oleh caterer beragama Islam yang tinggal di Phi Phi Don dan dah termasuk sekali dalam pakej. Jadi, tak perlu bayar apa-apa lagi dah bila sampai sini.

Sebelum turun dari bot tadi, ada announcement dari crew bot mengingatkan kami supaya tak bawak apa-apa minuman yang beralkohol turun dari bot dan minum di Phi Phi Don bagi menghormati penduduk di sini yang majoritinya adalah masyarakat Islam. Ada satu group ni nak bawak turun plastik bag... bila crew tu check rupa-rupanya ada beberapa tin Chang (jenama beer dari Thailand) dalam tu. Terus dia suruh simpan balik tak beri bawak turun. "This is alcohol. No alcohol here. They are Muslims. We must respect them." Lebih kurang gitu conversation dia dengan group tadi. 

Selepas makan - upacara snappy dimulakan sambil menikmati keindahan laut.

Phi Phi Don.

Bongkahan batu-batu.


Pulau ini adalah pulau yang terbesar di antara 6 buah pulau dalam gugusan Kepulauan Phi Phi dan satu-satunya pulau yang berpenghuni serta paling pesat dimajukan. Ada masjid, bank, kemudahan ATM, resort dan restoran di sini. Rasa-rasanya, pilihan terbaik untuk explore Phi Phi Don ni memang kena stay semalam, dua kat sini.

Sempat lagi diorang berjemur. Padahal masa ni panas menyengat!

Suka tengok couple yang tengah duduk ni. You pandang I... I pandang You. Kemudian gelak-gelak manja. Auwww... so sweet! Akak cuba nak imitate couple ni, tapi awal-awal dah kena jeling dengan suami! Caner?

Monyet tu siap berpampers bagai. Dahlah bila dia berjalan montot terkedek-kedak. Comel sangat. Rasa nak lastik montot dia tu!

Wow sangat ni!

Tsunami yang berlaku pada  26 Disember 2004 dulu hampir melenyapkan Phi Phi Don. 

Hampir 70% bangunan di sini ranap akibat tsunami. Ombak di beberapa kawasan pantai yang rendah dilaporkan setinggi 10 - 18 kaki! Selepas air surut dan keadaan tenang, pasukan penyelamat menjumpai sebanyak 850 mayat mangsa, manakala 1,200 orang lagi masih hilang. Bagi penduduk Phi Phi Don pula, 104 orang kanak-kanak yang terselamat telah kehilangan salah seorang atau kedua-dua ibubapa mereka! Memang sedih dan mengerikan...

Sekarang... kembali tenang.

Meninggalkan Phi Phi Don..

Macam stopover yang lepas-lepas dalam trip ni, kami cuma diberi masa sejam saja untuk explore apa yang ada di sini. Bagi sebuah pulau yang besar dan ada banyak cerita macam Phi Phi Don, sejam memang tak cukup untuk mencungkil rahsia yang ada. Insya Allah, I'll be back.

Berlalu pergi dengan perasaan yang sedikit emo mengenangkan tragedi tsunami. Terbayang-bayang macam mana agaknya perasaan mereka yang ada di sini masa tu bila nampak ombak yang tinggi datang dengan ganas.

Destinasi seterusnya -  Monkey Island untuk aktiviti snorkeling.

Longtail boat.

Air yang nampaknya tenang.

Tapi, awassss! Walaupun nampak tenang tetap kena berhati-hati. Bila dah terjun dalam laut baru kitorang sedar yang arus di sini masa tu agak kuat. Akhirnya, seorang demi seorang naik semula ke dalam bot. Cuma tinggal hubs, Bro Zul dan beberapa orang lain saja meneruskan misi mencari puteri duyung yang tak kunjung tiba. Eh?

Pokok-pokok kelapa.

Kami berhenti tak lama di sini. Dalam setengah jam je. Kemudian, terus berlalu pergi untuk balik semula ke Ao Nang. Mungkin juga crew-crew yang ada aware tak ramai yang minat nak teruskan snorkeling. Masing-masing kebanyakannya buat hal sendiri dalam bot. Yang tersengguk-sengguk tidur pun ada. Perut dah kenyang... cuaca pulak makin panas. For sure lah mata kami pun dah makin layu. Kalau ada bantal memang akak dah bantai tidur daah!

Bamboo Island.

Laut yang menyimpan beribu-ribu rahsia dan misteri.

View dalam peralanan balik.

Bamboo Island lagi.

Kepulauan Phi Phi yang semakin jauh ditinggalkan.

Rock formation yang unik.

Menghampiri destinasi.

Selamat mendarat.

Longtail boat.

Longtail lagi.

Dari jeti, kitorang dibawa naik van dan terus dihantar balik semula ke hotel. Overall, memang keseluruhan journey sangat smooth. Andainya korang tak minat snorkeling atau berendam dalam laut sekalipun, pasti ada pakej ke destinasi-destinasi sekitar Kepulauan Phi Phi dan lautan Andaman yang sesuai dengan bajet dan preference masing-masing. View sekeliling memang cantik dengan air laut yang biru dan kehijau-hijauan, pasir putih yang halus dan formasi-formasi bongkahan batu yang unik. Faktor cuaca yang tak menentu sekejap mendung, sekejap panas... kemudian mendung balik tu kita tak boleh buat apalah. Memang di luar kuasa kita. Yang penting nikmati, hargai dan dalamilah alam ciptaanNya.

Bersambung....


10 comments:

  1. pergh...cara akak tulis blog ni memang sempoi la...
    rasa teruja akak tu menjalar lak kat saya sekali.
    suasana kat sana mcm sangat menarik jer....
    sayang la jika cuma sejam jer kat sana, memang tak puas.
    dapat merasa suasana malam kat sana sambil BBQ, mesti happening.
    tapi, memang tabik la, sebab alkohol tak dibenarkan dibawa ke sana.
    pulau yang ada peraturan Islam.
    *****************************************
    [ Qurban + Aqiqah + Waqaf untuk Maahad Tahfiz ]
    Penyertaan dibuka sehingga : 14/09/2015
    mari sertai kami untuk program 'Qurban dan Aqiqah Amal bersama Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah' (MTSFAZ).
    program ini bertujuan untuk mengumpul dana pembinaan Maahad Tahfiz kami.
    sebahagian dari duit 'Qurban dan Aqiqah Amal' akan disumbang kepada Maahad Tahfiz yang berkaitan.
    p/s : Jika tuan/puan ingin melakukan WAQAF sahaja pun, digalakkan (dibuka sepanjang tahun).
    maklumat lanjut di blog MTSFAZ :- goo.gl/ixmeBH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, tak cukup sejam kat Phi Phi Don ni :)

      Delete
    2. tak puas sejam, xper.
      yang penting, banyak gambar kenangan kat sana.
      hihi, leh la jadi bukti kat anak cucu nanti.

      Delete
  2. Replies
    1. Hai Ana,
      Salam perkenalan juga. Terima kasih sudi singah sini. :)

      Delete
  3. krabi mmg terkenal dengan air laut yang cantik dan pantai yg putih bersih tu tapi paling x tahan sehari kat sana sunburn teruk huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama laa kita JM. Teruk gak kena sunburn... tapi wat bodo je. :)

      Delete
  4. Salam, brpa kos gi phi1 island..macey

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam. Trip ke Phi Phi haritu saya dapat 900 Baht seorang. :)

      Delete