Assalamualaikum,
Weekend : Bila Langit Dan Bumi Bersatu. Hujung minggu bila tah hari tu, kami suami isteri tak tahu nak ke mana. Lepas discuss punya discuss plus mee rojak sepinggan dan teh tarik segelas dua akhirnya keputusan sebulat suara dicapai. Destinasi yang dituju adalah ke Bagan Lalang saja... bukan untuk makan seafood tapi untuk camping. Sesi bercanda dengan nature bagi pasangan nature lover ini kekdahnya!
Kitorang bertolak dari KL agak lewat, jadi sampai-sampai saja terus disambut oleh sunset yang malu-malu kucing. Memandangkan ini pun last minit plan, maka tak adalah aktiviti bbq bagai. Sampai-sampai tu isi perut dulu dengan apa-apa yang patut yang ada dijual di kedai-kedai makan berhampiran sambil menikmati keindahan senja.
Sunset yang tak berapa menjadi.
Kitorang bertolak dari KL agak lewat, jadi sampai-sampai saja terus disambut oleh sunset yang malu-malu kucing. Memandangkan ini pun last minit plan, maka tak adalah aktiviti bbq bagai. Sampai-sampai tu isi perut dulu dengan apa-apa yang patut yang ada dijual di kedai-kedai makan berhampiran sambil menikmati keindahan senja.
Mencari port yang sesuai untuk dirikan khemah.
Kalau ikut kata hati dah semestinyalah akak prefer untuk stay nun di Avani tu. Tapi, untuk repeat ke sana buat masa ni tak lah kot. Tunggu 3, 4 tahun lagi bila tabung gajah dah penuh nanti!
Yang bercahaya bagaikan ada nur itulah khemah kami!
Memandangkan kitorang cuma berdua, amatlah penting meletakkan khemah di antara khemah-khemah lain yang ada sebagai langkah keselamatan. Maksudnya taklah terlalu jauh dari orang lain dan tak juga terlalu dekat sampai berbisik pun jiran sebelah boleh dengar!
Menyusuri pantai sambil berjalan bergandingan tangan. Auwww... sweet sangat konon-kononnya! Ptuih...
Avani Sepang Gold Coast.
Bintang-bintang di langit.
Menikmati keindahan cakrawala sebelum masuk ke dalam khemah dan tidur dengan nyenyaknya.
Pagi esoknya, bangun-bangun tidur bila jengah ke luar khemah terus nampak formasi awan yang sungguh wow....
Langit dan bumi bersatu!
Pantai Bagan Lalang, Sepang Gold Coast di pagi hari.
Awan memayungi keseluruhan kawasan pantai. Cantik!
Menghiasi pagi yang tenang dan mendamaikan.
Memayungi mereka yang riang-ria di tepi pantai.
Good Morning, Avani!
Pantai Bagan Lalang ni memang agak muddy sebab terletak berhampiran kawasan paya.
Kami tak lama di sini. Lepas breakfast terus memecut balik ke KL meninggalkan jiran-jiran yang masih lena diulit mimpi!
Memayungi mereka yang riang-ria di tepi pantai.
Pantai Bagan Lalang ni memang agak muddy sebab terletak berhampiran kawasan paya.
Kesimpulannya, ini adalah satu aktiviti yang santai, menjimatkan duit dan sangat sesuai untuk mereka yang sukakan nature. Memang sesuai untuk mengisi masa bersama-sama keluarga di hujung minggu atau cuti-cuti umum. Tapi, pastikan kita ada peralatan berkhemah yang lengkap untuk lebih selesa. Akak haritu siap angkut comforter lagi, tu yang membuta tak sedar diri sampai ke subuh! Masa balik tu, masuk dalam kereta, belum pun jauh dari Bagan Lalang, sambung membuta lagi!! Bahahaha.
-lotsa luv-
Fayreen Mizan
bestnyeee camping sesambil tengok bulan bintang
ReplyDeleteboleh camping sesuka hati ye kat situ.. takyah bayar ape2 ker?
Hai Azra,
DeleteLupa nak tulis yang camping kat sini foc je. Cuma tulaa, masa paling sesuai hari Sabtu malam Ahad atau masa public holiday. Hari-hari lain tu sunyi tak ada orang sangat. So, seram sikit laa.
Nyaman..Tenang...
ReplyDeleteYa. Sesekali lari dari KL dan bersantai kat tempat yang tenang macam ni memang best.
Deleteseronok aktiviti camping mcm ni...cuma nk tahu ada tempat mandi dan utk melabur tak..ke ada tanda awam berdekatan....beberapa kali gak camping sblm ni mmg best..
ReplyDeleteSyok camping ni kaan JM. Especially kalau bbq ramai-ramai. Lagi best kalau cuma duduk goyang kaki... makanan semua orang lain yang masakkkan! Hehehe. Tandas awam, surau ada dekat2 camping area ni. Kalau weekend tandas bukak 24 jam.
Delete