Thursday, 10 September 2015

Travel : Desiran Ombak Di Krabi - Krabi Walking Street (Weekend Night Market)

Travel : Desiran Ombak Di Krabi - Krabi Walking Street (Weekend Night Market). Berpusing-pusing naik bot di Phi Phi Island dan menerokai Phileh Lagoon, Bamboo Island, Maya Bay serta Phi Phi Don sudah... snorkeling juga sudah... menghitamkan kulit pun sudah. Maka, malam ini sampailah pula giliran berpeleseran di Krabi dan Ao Nang bagi menghabiskan malam terakhir di sini. Kebetulan last day ni hari Ahad, jadi dapatlah kitorang ambik kesempatan pergi ke Krabi Walking Street bagi meninjau-ninjau Weekend Night Market yang cuma beroperasi dari hari Jumaat - Ahad saja.

Tapi memandangkan Weekend Night Market ini hanya dibuka bermula pukul 5 petang nanti, kami curi-curi masa yang ada ini untuk berendam lagi. Kali ni dalam swimming pool di resort pulak!

Entri Krabi yang lepas (klik) :
Intro - Dari KL ke Krabi (Road Trip) 
Phi Phi Island - Bamboo Island 
Phi Phi Island - Viking Cave & Phileh Lagoon 
Phi Phi Island - Maya Bay
- Phi Phi island - Phi Phi Don & Monkey Island

Bermandi-manda ditemani sang pepatung.

Orang lain tengah syok-syok mandi laut, kami berlima pulak sibuk berdebus dan berkubang dalam kolam!

Sebenarnya masa ni, Kak Fay mengantuk yang amat sangat. Badan letih pun iya. Tapi, berkubanglah dulu dalam pool puas-puas. Badan dah fresh nanti, barulah syok tidur. Dan memang betul pun, kitorang membuta tak ingat dunia lepas tu. Pukul 6 petang baru tersedar kot!

Complimentary mineral water dari Krabi Aquamarine Resort.

Ini saja gambar waktu senja yang terdaya diambil sebab masing-masing malas nak menapak ke pantai untuk tengok sunset.

Seperti plan asal, lepas Maghrib barulah kitorang bergerak ke Krabi Town. Dari resort yang kami stay ni memang kena naik tuk tuk atau songthaew untuk ke sana. Nak berjalan kaki?? Dengan jarak perjalanan dari Ao Nang ke Krabi Town sejauh 18 km, kirim salam di angin lalu jelah jawabnya!


Mengabadikan kenangan dengan muka yang bukan saja berminyak...berkilat-kilat dan dah legam pulak tu! Tak pelah, akak redhoooo!!

Tak susah nak mendapatkan tuk tuk atau songthaew dari Krabi Aquamarine Resort ni. Keluar saja dari entrance, dah ada yang menunggu. Pilih sajalah nak naik yang mana. Kitorang pilih songthaew sebab lebih selesa untuk kami berlima. Tambang dari Krabi Town menaiki songthaew ni cuma 60 Baht saja. Supaya lebih mudah dan tak pening kepala bila nak balik nanti, kitorang deal dengan driver songthaew ni supaya tunggu dan pickup kami untuk balik sekali.

Songthaew yang happening. Lip lap... lip lap. Muziknya pun full blast. Kemain kann?

Krabi Town dan traffic light yang menjadi landmarknya.

Weekend Night Market di Krabi Walking Street.

Memandangkan masa kitorang datang ni terkena pulak time hujung minggu, Weekend Night Market memang jadi tempat terbaik untuk kami terjah. Sebenarnya ada beberapa buah night market lain di sekitar kawasan Krabi. Bukan itu saja, Morning Market yang dibuka seawal pukul 3 pagi pun ada!
Apa yang ada di sini dan apa menariknya Weekend Night Market ni? Salah satunya dah tentulah peluang untuk melihat locals dengan lebih dekat. Kedua, dapat menjamu mata dan mengisi perut sekaligus sebab macam-macam jenis makanan tempatan dijual. Dari makanan yang pre prepared hinggalah yang yang disediakan fresh di sini. Ketiga, kalau nak cari souvenir boleh je beli kat sini terus. T-shirt, key chain, fridge magnet dan segala jenis aksesori semuanya ada. Cuma sediakan ongkosnya saja.

Kanak-kanak membuat persembahan break dance.

Diorang ni ada 4 atau 5 orang segroup. Masa hubs dok seluk-seluk pouch bag untuk cari duit kecik, gigih budak baju hijau ni balancekan badan sampai tangan dia menggigil-gigil. Tersentuh hati melihatkan scene ni. Semoga anak-anak ini berjaya mengharungi cabaran hidup dan sukses dalam kehidupan mereka kelak.

'Penghuni' setia Krabi Night Market. Pergilah bila-bila masa pun. Dia ni tetap ada.

Pandangan dari belakang.

Key chain.

Signage berukir yang dibuat daripada kayu.

Walaupun bukan kristal sebenar, pasangan swan di hujung sana tu tetap comel.

Bunga ukiran sabun yang boleh dijadikan souvenir atau untuk simpanan sendiri saja.

 
Persembahan alat-alat muzik tradisional.

Jagung bakar. Dan bermulalah misi memburu makanan....

Macam-macam local delicacies dijual. Makanan-makanan yang rare macam lipas, ulat apatah lagi pun ada juga. Kalau teringin menjamu selera, silalah! Hahaha. Yang membuatkan akak terliur dah tentulah pulut mangga dan seafood terutama sekali sotong bakar yang nampak sangat yumms. Tapi, kami tak terus beli. Pusing-pusing dulu survey stall untuk cari makanan yang memang dijual oleh peniaga Islam.

Tak susah nak identify gerai yang menjual makanan halal. Kebanyakan peniaga wanita Islam di sini memakai tudung dan ada signage dengan tulisan halal serta lambang bulan dan bintang di gerai mereka.

Udang. Bau udang yang dibakar menusuk-nusuk hidung. Bermulalah episod ailio jatuh menitik-nitik di bumi Krabi!

Tak tau apa namanya. Tapi, dalam tu ada ikan yang dikukus bersama-sama rempah kari.

Kalau orang Johor, makanan yang lebih kurang macam ni kami panggil botok-botok. Tapi, selain daripada ikan, rempah kari dan ramuan-ramuan lain botok-botok ada campuran daun-daun dan ulam. Sedap, menyihatkan dan tiket untuk awet muda kekdahnya. Sudahhhh.... mana aku nak cari botok-botok kat KL ni. Terliur pulak dah! Ishhh...

Nasi kunyit.


Pulut mangga.

I won't say no! Memang tak mampu menahan godaan yang satu ini! Buah mangganya manis dan fresh sekali, pulut dan santannya pulak lemak manis secukup rasa.

Sotong bakar. Nyum...nyum...nyum...

 
 Versi yang lebih menggiurkan! Nampak juicy sangat sotong ni.

Di sudut lain pasar malam ni ada jual t-shirt, jeans, jam tangan tiruan dan macam-macam lagi. Larat tak larat jelah nak merayap pusing the whole market. Prinsip akak, alang-alang dah sampai tu, pusing sajalah selagi kaki boleh melangkah.

Lepas tengok apa yang patut kitorang singgah makan kat sebuah gerai tepi jalan tak jauh dari kawasan night market tadi. Malangnya banyak makanan dah habis. Yang tinggal cuma nasi ayam saja. Nasi ayam pun nasi ayamlah. Rasa biasa-biasa saja... memang berbeza dengan nasi ayam di tempat kita. Biar apapun rasanya, pinggan akak tetap licin! Hahaha.

 Singgah makan di sini.

Memandangkan pagi esoknya kitorang nak berangkat ke Phuket pulak, lepas makan kami terus berangkat untuk balik ke resort. 

Dalam perjalanan balik. Ait... lampu bertukar warna daah!

Tiba-tiba, Bro. Zul buat perubahan plan pulak. Dia nak singgah ke Ao Nang sebab nak cari teh tarik! Hah?? Sebab dah satu group, kitorang laki bini ikut sajalah. Maka menyinggahlah kami di salah sebuah restoran berhampiran masjid di Ao Nang. Bukan setakat teh, akak sempat pekena pankek juga sekeping!

Lain yang diorder, lain pula yang datang. 

Akak order Nutella pankek tapi yang datangnya pankek pisang + susu + gula. Sebab malas nak tunggu lama-lama, akak bedal jugalah. Pun pinggan licin jugakkk! Kalau dapat Nutella pankek tadi, adakah dengan pinggan-pinggannya sekali aku akan telan??!!

Krabi Aquamarine Resort.

Reception Area dengan konsep terbuka. Tertanya-tanya juga, pada malam-malam tertentu tak ada sesiapa menyinggah dan numpang duduk kat sofa atau bertengek kat lampu ke?? Kak Lang ke... Kak Pon ke?!! Jeng.. jeng..

Selesai semuanya kitorang balik semula ke bilik. Kemas-kemas apa yang patut, tidur sambil menunggu hari esok. Yang pasti, malam esok jika semuanya berjalan lancar Insya Allah kami akan bermalam ditemani bintang-bintang di Phuket pula. 

Bersambung......




12 comments:

  1. traffic light dia, sangat style.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaan? Macam king kong. Tapi katanya caveman. :)

      Delete
  2. orang cakap, pankek pisang memang peymes kat sana.. hee..

    orang lah cakap,, tak pernah sampai lagi,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes..penkek pisang mmg sedap..itu sis JM yg cakap...tiap2 mlm cari penkek pisang tu

      Delete
    2. mmg best kalau ke krabi night market ni mcm2 ado...terutama pulut mangga tu merembes....dari krabi ke phuket? perghh...bestnya...Entri Krabi dan Phuket JM nye akan masuk museum rasanya huhuhuh

      Delete
    3. SN cayang - sedap gak pankek pisang tu. Tapi ada yang kata nutella pun yummy, tu yang teringin nak try. Kalo boleh macam-macam flavor laa nak cuba...hehehe.

      Delete
    4. JM - haa tu laa, tertunggu-tunggu juga entri Krabi JM tu.

      Delete
  3. pertama nk cakap header cantik!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erk... gambo biasa-biasa je JM. Punya gila-gila zoom lens masa ambik gambo tu. :)

      Delete
  4. bestnyaaa ,,, mesti pergi nanti ^_^

    *jemput singgah blog zianaeunos.blogspot.com
    *done follow #67

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah dan follow. Insya Allah, nanti saya singgah ke banglow Ziana ya.

      Delete