Tuesday, 11 August 2015

Travel : Desiran Ombak Di Krabi - Phi Phi Island (Part 1)


Travel : Desiran Ombak Di Krabi - Phi Phi Island Part 1 (Bamboo Island). Sambungan dari SINI. Package One Day Phi Phi ni kitorang beli dari CokPaiSan Andaman di Ao Nang masa malam pertama sampai haritu dengan harga 900 Baht seorang. Tapi kalau tengok website, publish ratenya 1500 Baht seorang. Itupun puaslah tawar menawar dan bermain kata-kata. Siap menipu sunat kononnya petang tu lepas naik ke darat semula kitorang singgah lagi untuk beli package lain pulak nanti! Ini websitenya http://www.chokpaisanandaman.com.

Package ni termasuk pick-up dari hotel ke jeti (pergi balik), basic equipment untuk snorkeling, life jacket, makan tengahari, air - mineral water dan air manis, buah-buahan, kek dan yang penting trip ke tempat-tempat berikut - Viking Cave, Phi Leh lagoon untuk snorkeling, Loh Sa Ma Bay, Maya Bay, Monkey Bay, Bamboo Island dan Phi Phi Island. Semua makanan termasuk lunch di Phi Phi Island yang merupakan kawasan penempatan Islam adalah halal. Overall trip adalah selama 7 jam bermula dari pukul 9.00 pagi - 4.00 petang.

Sebenarnya bersepah-sepah tour agency yang ada di Ao Nang dan sekitar Krabi tu. Jadi, pandai-pandailah pilih agent dan package yang sesuai. Nak keliling pulau-pulau di Laut Andaman - Phi Phi, Hong Island, James Bond trip, 4 Islands trip atau setakat attraction darat Krabi saja pun boleh. Tapi, dah alang-alang sampai tu, ambiklah kesempatan melawat pulau-pulau yang ada. Nikmatilah keunikan formasi batu-batu dan keindahan pulau-pulau  serta isolated beach yang ada sebab inilah keunikan Krabi sebenarnya. Nak naik speedboat boleh... nak naik long tail boat yang lebih tradisional pun boleh. Pendek kata, sediakan saja ongkosnya! Tapi, ada sesetengah tempat macam Bamboo Island contohnya tak boleh gunakan long tail ni atas faktor-faktor keselamatan disebabkan kedudukannya yang jauh di tengah laut. Kalau ada pun mungkin tambangnya jauh lebih mahal.

 Ikan-ikan sebagai penghias dinding di hujung katil.

Hari kedua di Krabi dimulakan dengan morning wishes dari ikan-ikan yang ada di dinding. Bagus betul konsep ni. Sesuai untuk mereka yang kononnya minat nak bela ikan tapi malas nak bersihkan akuarium. Sekarang anda ada pilihan yang lebih baik -  bela je kat dinding! Tak payah susah-susah beri makan, bersihkan air akuarium bagai.

 Mood nak berdebus kat Laut Andaman mencanak-canak dek kerana mural ini.

Di sebalik pintu bilik.... bukak saja pintu terus ditampar angin luar yang fresh. Dah tu ditambah pulak lagi dengan bau rumput selepas hujan. Hummm...bliss!

Kalau diikutkan kesyaitonan dalam diri bila matahari dah tegak atas kepala nanti baru Kak Fay bangun kot. Syok betul berselubung dalam selimut. Dahlah pagi ni sejuk sebab hujan turun semalaman malam tadi. Tapi, memandangkan hari ni kitorang ada acara meneroka gugusan kepulauan Phi Phi, maka haruslah comforter terus dicampak jauh-jauh sebab sesi bersatu dengan laut, ombak, pantai dan ikan jauh lebih mengujakan. Dannn, dengan semangat berkobar-kobar akak bangun bersiap cepat-cepat. Padahal masa tu baru seawal pukul 7 pagi. Tour operator pulak cuma akan datang pick-up kami untuk dibawa ke jeti pukul 8.30 pagi nanti. Eh, kenalah siap awal-awal... tak sempat pakai bulu mata pelesu nanti macam mana??!!

At least bila dah siap awal-awal ni,  dapatlah akak dan hubby explore resort ni seadanya. Semalam kan dah gelap baru kami check-in. Lepas tu bergegas ke Ao Nang untuk isi perut pulak. Lagipun, dapatlah kitorang breakfast dengan aman damai dan tenang. Tak payah nak terkejar-kejar.

Sesi penjelajahan resort bermula... view yang lebih hijau di sebelah kanan bilik kitorang.

Swimming pool. Kecik saja saiznya. Sebenarnya pool ni kat depan bilik kitorang je. Boleh sangat laa kalau nak golek-golek dari katil pastu terus berdebus terjun dalam ni. Nun di hujung sana tu ada tempat untuk massage.

Bunga yang masih dibasahi air hujan.

Sesi mengabadikan kenangan sebelum kulit bertukar jauh lebih gelap lepas balik dari Phi Phi nanti. Awal-awal setengah botol sunscreen dah ditepekkan kat muka walaupun masa ni cuma nak pergi breakfast kat cafe resort sajork!

Bergerak pantas menuju ke cafe demi memenuhi tuntutan perut yang dah berbunyi-bunyi.

Orkid yang segar bugar berhamiran entrance cafe.

Orkid putih.

 Fisherman Restaurant.

Selection of food yang ada di sini not bad juga. Ada nasi goreng, sosej, ham, bubur dengan beberapa condiments, pankek, pastri, muffin, kek, roti, buah-buahan dan 2 jenis fruit juice - guava dan mango serta air kopi dan teh. Nasi goreng, sosej, ham tu semua dah sah-sahlah diragui status halalnya. Bubur pun kitorang tak makan sebab masa belek-belek tu Kak Fay tengok dalamnya ada daging ayam. Sama jugalah dengan nasi goreng tu. Jadi, kitorang cuma makan roti dan buah saja sekadar untuk alas perut. Tak boleh makan kenyang-kenyang pun sebab lepas ni nak naik speedboat dah tentulah kena lambung ombak nanti. Ingat ya... kalau nak ke mana-mana juga boat trip make sure sekadar alas perut saja masa makan. Tau-taulah naik boat ni kan agak bumpy. Silap-silap haribulan boleh terkeluar apa yang dimakan tu nanti. Kalau mabuk laut makanlah ubat lebih awal supaya journey anda dan penumpang lain selesa dan smooth tanpa sebarang gangguan. *Begitu sekali pesanan penaja!

Reception.

Lepas breakfast, sambung lagi explore apa yang patut.

Krabi Aquamarine Resort.

Al-kisah, van yang sepatutnya ambik kitorang datang terlewat sikit...janji pukul 8.30 pagi... tup-tup pukul 8.50 baru sampai. Kitorang dah syak wasangka yang bukan-bukan dah masa tu. Manalah tau  in case diorang terlupa atau buat-buat lupa nak ambik kami ke... sesuka hati tipu duit kitorang ke. Kann?? *Tarik nafas lega bila nampak kelibat van. Padahal driver tu ambik kami paling last sebab jeti untuk berlepas tak jauh mana pun dari Krabi Aquamarine ni rupa-rupanya. Kekwat terover pulak akak ni tau!

Sesi perhimpunan di jeti Noppharat Thara.

Mula-mula travel agent akan kumpulkan kita ikut package yang dah dibeli. Kemudian barulah melangkah gagah untuk naik boat. Tapi, sebelum tu setiap sorang diberikan 1 bag plastik untuk isikan sandal/ flip flops atau apa-apa yang sewaktu dengannya. Kena berkaki ayam berjemaah sajalah dalam boat nanti kiranya. Sandal ni kemudiannya crew boat simpan dalam satu compartment khas.

Memulakan perjalanan. Antara rakan sepasukan dalam boat.

Majoriti passenger berwajah Caucasian termasuk akak dan hubby! Hahaha. Muka-muka Asia macam Bro Zul tu adalah terselit beberapa kerat je. Sepanjang perjalanan masing-masing diam seribu bahasa... ralit melihat pemandangan yang cantik. Lagipun nak berborak macam mana sebab bunyi enjin boat menderu-deru kuat.

First stop selepas 15 minit...

Bukan untuk mandi atau snorkeling tapi untuk ambik beberapa orang passenger termasuk satu Indian family dan beberapa orang mat saleh yang stay kat Centara Grand Beach & Resort Krabi. Cantik resortnya. Sorrounding pun marvellous sangat. Memang perfect untuk honeymoon.

Centara Grand Beach & Resort.

Rate untuk seaview room antara 5,000 - 9,500 Baht semalam. Eh, sempat lagi check harga bilik! Membusy bodykan diri untuk tau rate bilik tu penting supaya boleh start menabung dalam tabung gajah sebesar saiz gajah sebenar mulai sekarang!

Pemandangan yang memukau dan mendamaikan.

Antara landmark di Centara.

Berdepan dengan tekstur-tekstur batu kapur yang unik.

Berlalu menuju destinasi seterusnya.

Bot yang sebelum ni sunyi sepi terus hingar-bingar. Family dari India yang baru naik tadi berbual-bual sesama sendiri dengan riang rianya. Beria je aku kata diorang ni dari India. Entah-entah India yang duduk kat Ostolia ke... Amerika ke. Makin kuat bunyi enjin boat, maka makin kuatlah suara mereka berlawan-lawanan dengan bunyi enjin. Apa-apapun diorang sekeluarga mampu stay kat Centara Grand Beach ni. Hakak? Mampoo??? Tapi, Kak Fay tetap bangga. At least kami mampu pilih tour operator yang turut jadi pilihan pengunjung Centara! Sama kasta dah kiranya. Bahahaha.

Rock formation yang ada dalam perjalanan.

 Masa ni langit tiba-tiba mendung pulak. Weather, please be nice to me!

 
Poda Island.

Chicken Island yang bentuknya macam ayam. Kitorang cuma lakukan lintas hormat saja kat dua buah pulau ni. Kalau nak singgah ke sini bolehlah ambik package 4 Islands trip.

Lepas 20 minit lebih kurang, tibalah kami ke destinasi yang pertama...

Koh Mai Pai atau Bamboo Island.

Kitorang diberikan masa lebih kurang 1 jam untuk buat aktiviti masing-masing. Boleh lah kalau nak mandi laut, berjemur atau bersantai-santai di bawah pokok. Masa sampai tu orang dah ramai, jadi nak mencari port untuk berteduh dari panas memanglah seksa sikit. Terpaksalah tambahkan kuasa radar yang ada untuk mencari port yang sesuai. Tapi kalau jenis tak kisah boleh saja bergelimpangan di bawah pokok-pokok. Nak ambik gambar tanpa diinteprem oleh punggung orang lain pun agak susah. Punggung, momtot, punkoq or whatever ou call it is everywhere! Hahaha.

Speedboat bersusun. Jadi,  bayangkan berapa ramai orang yang ada di sini sekarang.

Agak redup sebab banyak pokok.

Walaupun namanya Bamboo Island tapi bayangan pokok buluh memang tak kelihatan. Yang ada hanyalah pokok-pokok yang tinggi ini. Casuarina ke apa namanya.

Indian family yang bercakap non stop dalam boat tadi.

Terkembang-kembang tudung ditiup angin.

 Pantainya landai dan luas.

Langit dah beransur-ansur cerah masa ni. Hooray sangat!

 Air yang membiru.... ermm... hijau?

Selain dari air yang biru dan pantai yang luas, apa lagi ada di sini? Breathtaking view? Dasar laut yang cantik? Masa kami sampai awan agak tebal, jadi ini sikit sebanyak menghalang kitorang menikmati view laut lepas berlatarbelakangkan pulau-pulau berhampiran. Kalau ikut travel brochure, kita boleh snorkeling kat sini. Tapi visibility dalam air agak terhad sebab malam sebelum kami ke sini hujan turun dengan lebat. Maknanya, tak ada rezekilah nak betentangan mata dengan ikan-ikan yang ada. Begitulah kisahnya. Tapi Bamboo Island ni tersenarai sebagai salah sebuah National Island Park yang cantik di Thailand. Jadi, bila ke sini explore laa pulau ini, jangan jadi macam Kak Fay.... asyik duduk bawah pokok je! ;p

 Pasir yang halus.

View ke laut lepas dari Bamboo Island.

Boat yang mengangkut kami sejak dari Ao Nang tadi.

Ada 20 - 25 passenger dan 3 orang crew semuanya. Condition boat sangat baik dan bersih... tempat duduk pun selesa. Yang penting life jacket pun bersih dan nampak baru. Taklaa bertompok-tompok sana sini dan berbau sampai kita yang memakainya pun terkembang kempis hidung. 

Selepas sejam di Bamboo Island, kitorang naik semula ke dalam boat untuk meneruskan journey meneroka Kepulauan Phi Phi ke destinasi lain pula.....


Bersambung......



-lotsa luv-
FayreenMizan

No comments:

Post a Comment