Thursday 7 May 2015

Tenat Sangat Dah Ni....!

Assalamualaikum,  

My lappy went kaput... ting tong tahap tenat sangat daah. Pandai pulak dia pilih masa untuk rosak lepas GST ni. Uwaaa sangat tau. Kenapa tak rosak bulan Januari... Februari atau Mac ari tu?? Why now... why.... whyyy??? Ni akak dok fikir nak repair atau buat bodo je dulu. Nak beli yang baru memang taklah kot. Jadi, buat sementara waktu ni lenjan laa lappy Mr. Hasben buat macam lappy sendiri dulu tanpa rasa bersalah. Tapi, laptop dia pulak punyalah slow! Uwaaa sekali lagi sambil meratapi nasib diri di tepi tangga di tengah-tengah malam ni. Untung-untung ada yang 'teman' duduk sekali kat sebelah!!! Eh, choi sangat statement tu!!!! 

How and what to do? Terpaksalah bertabah menghadapi segala cabaran yang mendatang (cehhhh...). Nak beli apa-apa memang kena fikir panjang sebab harga barang-barang sekarang amatlah kus semangat! Tak boleh main grab kemudian terus bayar kat kaunter. Sebelum beli apa-apa bukan saja kena buat comparison harga cari yang lebih murah tapi kena pertimbangkan  juga kuantiti dan kualiti barang. Kalau betul-betul perlu tahap super important barulah boleh masuk trolley. Kena rajin juga survey harga barangan di kedai A vs kedai B, C, D dan sebagainya. Sambil-sambil menjoyah dengan kawan-kawan group WhatsApp boleh juga tukar-tukar info pasal harga barang terkini kat kedai-kedai tertentu. Jimatlah sikit masa dan tenaga tanpa perlu ukur tanah ke sana ke mari... kannn? :p

Tapi, walaupun harga di kedai B lebih murah tapi kalau jarak untuk ke sana berpuluh-puluh kilometer pun tak guna juga kot. Petrol consumption saja dah berapa ringgit... Itu tak masuk tol lagi. Kita perlulah bijak mengawal perbelanjaan dan mengambilkira kos-kos lain juga. Tak gitu? 

Memang sejak GST implementation ni, terasa sakit jugalah poket ni. But, what to do? We have no choice, it seems. Like it or hate it, we have to control our 'splurging' habit. Be more selective in making our decision maybe? 





-lotsa luv-
Fayreen Mizan-

2 comments:

  1. betul cakap Fay...sejak implement GST ni bila nk berbelanja byk pertimbangan dan timbang tara perlu di buat..ia beri impak besar kepada habit belanja...oh GST! pandai pulak pc tu rosak time ni ek..menguji kesabaran tul -:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelaa JM. Beli slua dalam pun kena GST! Nak beli kena tunggu time sale laa gamaknya. Walaupun tetap juga kena GST tapi at least harga murah lah sikit kononnya. Bukan laptop je, hp hubby pun buat hal lepas GST. Haihhh... macam berpakat pulak masing-masing.

      Delete