Tuesday 28 April 2015

Langkawi Trip - LIMA '15 (Part 3 - Morning Session)

Assalamualaikum,

Dek kerana ikutkan mata yang mengantuk, maka membuta lah kami laki bini sepanjang petang tu tanpa menghiraukan bunyi derumam jet di langit. Bukan saja nak ke Mahsuri International Convention Centre, impian nak tengok maritime show di Resorts World pun berkuburlah dengan selamatnya. Mata ni memang tak boleh nak dibantu lagi... layu dan terus layu. Mana taknya, akak bangun seawal jam 4 pagi subuh tu... tidur pulak pukul 2 pagi. Jadi, make sense lah kaan kalau pulun membuta saja petang tu. 

Apa-apapun lepas Maghrib kami ke Kuah untuk mengisi perut yang ting tong, ting tong berlagu riang minta diisi. Niat di hati nak ke restoran Barn Thai tapi rimas pulak nak berhadapan dengan pengunjung yang sentiasa ramai. Waktu LIMA ni apatah lagi. Jadi, kitorang dinner kat salah sebuah kedai di Dataran Helang tu saja. Makanan not bad dan harganya pun berpatutan. 

Memandangkan malam masih muda, sebelum balik ke bilik kitorang berjalan bergandingan sering dan sejalan menyusuri Pantai Cenang (ecececehhhh....) aaannnddd we found this...

Fire show @ Pantai Cenang

 Berdasarkan ketinggian dan ketajaman hidung masing-masing, rasanya pengunjung mostly foreigner sama ada anak-anak buah Pak Salleh atau orang Arab kot. *Terus belek-belek hidung sendiri. Hurm... not bad! Kuikuikui....

Berdiri kat belakang sambil tengok show free.

"The most powerful weapon on earth is the human fire"

Done. Hari pertama di Langkawi yang walaupun santai dan sempoi tetap meletihkan.

Keesokannya.... 

By hook or by crook kami kena utilisekan hari terakhir LIMA '15 ni sepenuhnya. Kalau tak, tunggulah 2 tahun lagi. Tengah-tengah syok breakfast kat kedai berdepan Pantai Cenang, tup-tup terdengar jet mengaum. Loud and clear sampai tak khusyuk laki aku nak makan. Bukan dia je, ada 2,3 orang lain pun sama. Asyik bangun duduk... bangun duduk sambil mendongak-dongak pandang langit. Maka, kitorang makan selaju mungkin dan kemudian terus pecut ke airport.

Masa lalu belakang airport sebelum simpang belok ke Mahsuri International Convention Centre nampak Black Knights terbang betul-betul atas kepala. Best sangat spot ni kata hasbeng. Dia terus park kereta kat situ dan join beberapa orang photographer yang asyik menembak dengan kamera masing-masing. Lens sorang-sorang mak aii. Terasa diri kami kerdil sekerdil-kerdilnya masa ni. Hahaha.

F-16 Fighting Falcon - Republic of Singapore Air Force.


Dalam entri yang lepas (SINI) banyak gambar Black Knights termasuk tengah buat mirror pass yang akak tepek. Ni cuma share beberapa maneuver yang lebih jelas. Tak nak tepek banyak-banyak sebab takut repetition gambar pulak nanti.




Memandangkan spot ni sangat strategik, kitorang terus stay sampai show yang seterusnya. Jet bukan setakat lalu betul-betul atas kepala... segala macam maneuver boleh nampak dengan jelas. Dahlah tu privacy sangat sebab lesser crowd kat sini. Jadi, tak berlakulah adegan ambik video jet tapi terlindung dek payung atau kepala orang. Cuma, apa-apa announcement memang tak dengar dari sini. Tapi tu benda kecik saja. Yang penting dapat ambik gambar jet dengan jelas sebanyak-banyaknya.

Next... J10 August dari China.


Sikit info pasal J10 yang diceduk dari Wiki - The August 1st aerobatic team (Ba Yi aerobatic team) initially equipped the fleet with JJ-5 fighter-trainer jets, a Chinese version of Russian made MiG-17. In later years the JJ-5s were replaced by Chengdu J-7EB, then again was replaced by the newer J-7GB (2001). There are about 8 aircraft in the fleet, but only 6 are set for any airshow. In May 2009, the team upgraded their jets to the much more advanced Chengdu J-10 multirole fighter.




Performance diorang sangat synchronize dan memukau. According to hasbeng, ada pilot perempuan juga dalam team ni. Double wowwwww!






Shortly lepas performance J-10 ni tiba-tiba terdengar ngauman yang agak familiar. It was Sukhoi! Maka operasi merakamkan apa yang patut diteruskan lagi dan lagi walaupun tangan dah rasa lenguh!

SU-30 MKM


 Royal Malaysia Air Force

Seperti hari sebelumnya, performance hari ini pun tak kurang hebatnya.


Ketangkasan pilot kita mengendalikan Sukhoi tak perlu dipertikaikan lagi.

Puas hati sangat dapat tengok performance Sukhoi ni tanpa banyak gangguan... no bunyi orang batuk... no bunyi orang bercakap. Pandangan mata pun sangat luas... tak ada kepala-kepala atau payaung yang interprem! Hubs apatah lagi. Happy sangat dia dapat ambik gambar dari different angles.

Lepas show Sukhoi tadi kitorang tertunggu-tunggu jugalah jet lain terbang berdesup dan menari-nari di udara tapi nan hado. Jadi selepas beberapa minit kitorang assumed aerobatic show untuk sesi pagi ni dah habis. Maka, kami beredar dari situ untuk isi perut (lagiii??!).

Destinasi pilihan kami.... Tanjung Rhu.

 Lunch sambil cuci mata. 

Panas yang teramat masa ni.

 

Tak rimas ke melekap sakan time matahari tengah tegak atas kepala ni. Dah kenapa?

 Beach di sebelah tu private property Four Seasons. Non guest tak boleh bersantai-santai lepas dari pantai yang berpagar.

Masa kat Tanjung Rhu aku sempat survey harga Mangrove Excursion. Surprisingly harga di sini macam tak masuk akal berbanding yang ditawarkan oleh agent di Pantai Cenang walaupun tempat yang dibawa sama saja. RM90 seorang untuk journey selama 2 jam! I was like... whattt...2 jam RM90??! Sempat ke nak cover semua tempat dalam masa cuma 2 jam tu. For the same price I could get 6 hours of full day trip plus lunch from tour operators operated at Pantai Chenang. Ada yang offer RM70 untuk trip 6 jam pun (without lunch). Itu belum lagi tawar-menawar dan goda-menggoda. Jadi, survey dan bandingkan harga sebelum terkena.

Bersambunggggg.....



-lotsa luv-
Fayreen Mizan





2 comments:

  1. gayat je tgk aksi air force tu..mmg torbaik lah.....dgr bunyi pun dah naik adrenalin i nih

    kalau kalau laut x berpeluk mcm tu best...x mesra..nk lagi mesra...kiss ahahah

    kalau harga RM9 2 jam better simpan shopping di idaman suri :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hamboiiii statement JM!!!! Dia siap pandang kamera tu yang tak menahan. :p. RM90 seorang untuk 2 jam memang tak berbaloi.

      Delete