Monday 18 May 2015

Senja - Menyulam Kasih Di Tepian Pantai.

Assalamualaikum,

Tajuk entri kemain bunga-bungaan yang kembang setaman kekdahnya. No... no...no... not me... so not me! Hahaha. Tapi, why not. Ok juga sesekali melayan saki baki jiwang karat yang ada dalam jiwa :p

Ini cerita weekend yang lepas. Sebenarnya, kami laki bini tak ada specific program untuk ke mana-mana. Tapi, bila dah memerap kat rumah, rasa panas punggung pulak. Jadi, petang tu kami merayap saja tanpa tujuan. Mula-mula nak ke Genting Highlands. Tapi sebab baru sangat ke sana weekend sebelum ni, kitorang tukar direction ke Bagan Lalang, Sepang.

Tahun ni saja dah lebih 10 kali kot kitorang berulang-alik ke sini walaupun kalau diikutkan jaraknya bukanlah dekat dengan rumah pun. As we are staying in KL, tetap kena travel selama 1 jam setengah untuk sampai. Selalunya, kitorang exit dari Bandar Baru Bangi kemudian lalu jalan kampung ikut  route Dengkil - Sepang. Dannnn... kitorang ke sini juga tak semestinya sebab nak makan seafood. Kami ke sini lebih untuk leisure. Maklumlah laki bini pencinta alam yang tegar kononnya. Kalau bernasib baik, dapatlah tengok sunset yang cantik... kalau tak ada rezeki, setakat duduk tepi pantai sambil menghadap laut yang terbentang luas pun dah heaven sangat rasanya.

Dannnnn.... kedatangan kami semalam disambut oleh cuaca yang suram. Maka, gambar-gambar pun suram jugalah kekdahnya. Yang penting dalam hati tuan belog ada taman yang berwarna-warni especially tengah musim-musim celebrate wedding anniversary sendiri ni. Ngee!

Walaupun suram, tapi udara sangat fresh. Baru lepas hujan kot rasanya.

 

Sunset pun tak berapa menjadi. Cuma nampak biasan cahaya dari matahari yang bersembunyi di sebalik awan.


Sedar-sedar matahari dah ada di kaki langit dan hampir terbenam. Itu pun cuma sipi-sipi saja yang nampak.

Tapiii, formasi awan sangat dramatik! Cantikkkk!!!

Senja.

Jejak yang ditinggalkan. 

Itu bukan tapak kaki akak ya. Akak pakai kasut/ sandal atau apa-apa yang sewaktu dengannya saiz 5, jadi of kozlah kesan tapak kakiku ini jauhhhhh lebih comel kalau dibandingkan dengan yang dalam gambar ni! Bahahahaha.... 

Awan. Cantik dan mempersonakan.

Walaupun sunset macam malu-malu kucing saja, tapi view lain yang ada tak menghampakan especially bila malam menjelma.....

See?? Bintang-bintang bertaburan di langit.


The other side of midnight... jeng.. jeng.. jeng!

Avani Sepang Gold Coast.

One last shot of stars.

Alhamdulilah, bersyukur sebab masih diberikan kesempatan untuk menikmati keindahan ciptaanNya.



-lotsa luv-
Fayreen Mizan

No comments:

Post a Comment