Sunday 10 May 2015

Bersenggol-senggolan Di Federal Highway.

Assalamualaikum,

Insiden ni berlaku hari Jumaat malam Sabtu hari tu - cerita ni taklah sepanas bun yang baru keluar dari oven (ummm... sedapnya makan panas-panas. Letak pulak salted butter yang lemak berkrim... lagi ummphh!). Gini, kitorang laki bini dalam perjalanan dari KL ke Port Klang demi memenuhi tuntutan tekak dan perut yang meronta-ronta minta diisi dengan seafood di Tanjung Harapan. Plus, akak sendiri pun malassssss nak masak untuk dinner kelmarin. Jadi, bila hubs beri idea makan kat luar, memang hip hip hooray sambil pegang pom-pom tinggi-tinggilah haku!

Sepanjang-panjang perjalanan kat Federal Highway tu punyalah banyak kereta... tapi taklah sampai ke tahap jammed. Kereta masih boleh bergerak lancar dengan kelajuan sederhana. Tapiiiii..... lepas Shah Alam dekat exit I-City onwards, jammed teruk sungguh. Jammed dah macam nak balik beraya. Kereta cuma boleh bergerak beberapa kilometer je sejam kekdahnya. Jalan sikit, brek...jalan brek.

Akak memang seriau kalau terperangkap dalam jammed macam tu. Takut kita tak sempat brek terlanggar vehicle yang ada kat depan satu hal. Takut yang kat belakang kita tak dapat control kenderaan pastu tersondol montot kereta kita yang gebu pun iya. Paling takut kalau kenderaan yang besar-besar macam bas atau lori betul-betul kat belakang akak. A few months back kan ada beberapa incident lori hilang kawalan terus seret kereta yang ada kat depan.Tu yang takut.

Tengah-tengah terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dekat-dekat area Bukit Raja, tiba-tiba kedeboom.... bonet kereta kitorang kena langgar! Sebagai co-pilot sempatlah juga aku jeling side mirror. Nampaknya ada gap antara kereta kitorang dengan kereta di belakang... jadi bukan kereta kat belakang laa yang sondol kitorg. Aku konpius sekejap. Dahlah stress management aku ni out. Nasib baik hubs jenis cool. Kalau dua-dua orang sama naik kalutnya???

Rupa-rupanya kitorang kena sondol dengan motosikal kat bahagian bonet side driver. Yang bagusnya, motorist yang melanggar tu tak lari. Dia datang kat tingkap dan 'menyerah' diri kat hubby. Amboi ayat - menyerah diri tu! Aku suka cara dia ni. Bertanggungjawap dan tak cuba lari dari masalah.

Bila tengok muka yang melanggar tu timbul rasa kesian pulak. Pucat ok muka dia. Mungkin terkejut kot. Terus Kak Pay lupakan hasrat nak keluar dari kereta sambil hayunkan stering lock. Nak angkat-angkat kening macam kak Ziana Zain pun tak jadi.  Seriously memang kesianlah. Nasib baik hasbeng pun ada perasaan yang sama. Walaupun lampu kereta pecah tapi kitorang tak sampai hati nak mintak compensation. Lagipun dia bukan suka-suka sondol. Nampak gayanya adik ni macam student. Lagilah tak sanggup nak claim apa-apa. Biar lah dia gunakan duit PTPTN yang dia dapat untuk belajar.

Andai kata dia dah bekerja, tak apalah. Kitorang halalkan. Lagipun minor problem sangat tu. Bukanlah nak kata kitorang banyak nau duit tapi fikir secara positif syukurlah tak disondol oleh kenderaan berat dengan impak yang berkali-kali ganda lebih teruk. Ada hikmahnya tu. Mungkin Allah nak gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Passat mungkin??? Lalalala. Padahal meremang bulu roma tengok harga Passat ni walaupun I loike especially yang berwarna hitam sebab nampak macam mafia!

Dipendekkan cerita, kitorang teruskan perjalanan dan merealisasikan misi mengisi perut dengan jayanya. Apa-apa yang mengganggu fikiran kitorang lontarkan jauh-jauh dan makanlah kami laki bini dengan lahapnya. "Hah.. lampu kereta? Kenapa dengan lampu kereta??" - lebih kurang macam tu lah kitorang masa tu sambil tambah 3, 4 pinggan nasi lagi. Kami suami isteri sepinggan sorang... yang lain-lain tu untuk belaan masing-masing. Eh????



-lotsa luv-
Fayreen Mizan.





No comments:

Post a Comment