Tuesday 20 January 2015

Sunset| Bagan Lalang, Sepang.

Assalamualaikum,

Apa khabar??? Aku tanya apa khabar. Aku tanya apa khabar semuaaaaa. Hahaha...nampak nau demam AJL 29 belum abis lagi. Macam biasalah, rumah dah siap pahat masih berbunyi! Nak komen keputusan juri-juri professional yang menobatkan lagu Joe Flizzow ni sebagai juara pun aku tak berani sebab aku bukannya pakar dalam bidang seni suara ni. Hanya jauhari yang mengenal manikam, tak gitu? AJL ni pun aku tak follow sangat. Sedar-sedar, dah nak semi final je ari tu. Tu pun tertengok kat tv. Kalau tak lagilah tak tau apa-apa. Tapi performance Mojo & Caliph Buskers dengan suara yang memukau memang win. 5 bintang sangat! Dayang pun sangat wowww! Cuma rasa agak irritated dengan tagline dan pesanan penaja yang mendominasi AJL. It killed the umpphh of the program!

Ok... cukup...cukup. Entri ni pun sebenarnya bukan nak ulas pasal AJL. Saja nak share dengan korang aktiviti hujung minggu baru-baru ni. Sebagai santapan mata, jom layan gambar-gambar yang kitorang snap kat Bagan Lalang, Sepang aritu. 

Avani Sepang Goldcoast Resort.

 Berlari-larian di gigi air.

 
Kitorang sampai dalam pukul 6 petang. Niat asal nak camping dan tidur kat tepi pantai je malam tu. Seronok sebenarnya tidur dalam khemah bertemankan desiran ombak. Bliss! Tapi, mood untuk camping berkubur bila tak ramai orang yang camping haritu. Cuma ada 5,6 khemah saja. Eh, mana yang lain-lain... diorang ke mana?? Bulan lepas kitorang tidur kat sini ramai juga. Lebih rasa secure sikit bila ramai orang lain camping sama. Kalau ada apa-apa hal, menjerit kuat-kuat InsyaAllah ada yang datang membantu. Ni bila pantai sunyi sepi hati rasa gundah gulana pulak. *Meratap hiba sebab impian untuk tidur diiringi bunyi ombak hancur musnah!

Solution terbaik, kitorang laki bini duduk-duduk saja tepi pantai sampai pukul 10 malam. Nak fefeeling romantik pun tak boleh sebab cuaca malam tu panas gila. Masing-masing duduk jauh-jauh... tak boleh berkepit rapat-rapat sebab lemas. Panassss!!! Angin laut pun tak terasa menampar-nampar pipi. Cuma aku yang tampar pipi sendiri sebab sekali sekala ada nyamuk sesat hinggap untuk menghisap madu yang masih ada. Erk?!.

Matahari yang tak berapa nak sharp. Guna kamera Samsung je masa ni. DSLR memang kitorang tinggalkan kat rumah.

Avani lagi. 

Motorized paraglider.

 Up up in the sky!

 
Menarik! Macam nak cuba tapi dah 'tutup servis' sebab hari dah makin gelap.

Avani Sepang Goldcoast bagaikan memanggil-manggil. Not now, kot. Tunggu lagi 2,3 tahun lagi untuk next stay.  Tapi kalau dapat peluang stay for free, why not! Sekarang juga akak angkut bag baju!!

Entri Avani sebelum ni --> klik SINI dan SINI.

Matahari perlahan-lahan berlalu pergi untuk meneruskan tugasnya di zon yang lain.... 

Tak dapat tengok matahari tenggelam sepenuhnya sebab view terganggu dengan Avani ni. Kitorang pulak malas nak bergerak ke sebelah kanan untuk dapatkan view yang lebih jelas. Bersyukur sajalah dengan apa juga yang disajikan depan mata. Padahal, punggung super berat untuk bangun!

Mengintai di sebalik pokok.

Semakin gelap.

Pokok kelapa

Sesiapa yang ingin bermesra dengan alam, boleh cuba berkhemah dan bermalam di pantai Bagan Lalang @ Sepang Gold Coast ni. Waktu paling baik adalah weekend atau cuti sekolah sebab hari-hari bekerja tak ada orang bermalam di sini. Jadi agak risky lah sikit. Safety first, betul tak? Weekend tu pun nak kata ramai tak adalah sampai 50 family. Dalam 15 - 30 buah khemah adalah kot. Tak lah ramai macam camping kat PD. Kat PD tu memang ramai ... dah macam pesta. Tapi yelah bila dah ramai privasi agak terganggu sikit. 

Tapak untuk camping ni free of charge. Korang boleh pilih pantai di sebelah kanan atau kiri Avani. Pantai di sebelah kiri ni ada row of kedai makan, surau dan tandas yang dibuka 24 jam waktu weekend saja (Jumaat - Ahad). Penting cari tempat yang dekat dengan tandas. Kalau tandas jauh, tak ke terkucil dibuatnya bila seruan nak membuang tu datang tengah-tengah malam! Pantai sebelah kanan pun ada kedai makan juga... tapi kedai sebuah-sebuah. Restoran seafood yang famous - HM Seri Bagan located dekat-dekat dengan area ni. Sekarang ni dah ada banyak restoran seafood lain juga. Cuma pilih yang berkenan di mata... order makanan... makan dan bayar saja.

Akhir kata, marilah kita bermesra dan menikmati keindahan alam!*Tetiba!




-lotsa luv-
Fayreen Mizan




3 comments:

  1. cantiknyaaaa view....belum pernah pegi lagi sini...mcm best...

    JOM JENGUK PELUANG BISNES DENGAN BLOGGING

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Puteri!
      Try laa ke sini bila-bila free nanti. View cantik tapi kadang-kadang pantai kotor sikit. ;)

      Delete
  2. MACAM BEST JER...MCM CANTIK JER..TAPI MEMNG CANTIK VIEW NYA..

    ReplyDelete