Thursday 15 January 2015

Fast Food Di Bali Tidak Halal?

Assalamualaikum,

Bali

Fast food di Bali tidak halal??? Erk! Betul ke? Relaks jangan terus menggelabah. Baca dulu entry ni sampai habis. Hamboiii... tahun 2015 ni akak dah pandai paksa-paksa readers baca entry yang tak seberapa sampai habis pulak daah! 

Sebenarnya, entry ni terhasil dari komen yang ditinggalkan oleh seorang Anon pasal status fast food di Bali yang menurut beliau tidak halal. Jap, tepek sikit komen tu kat sini.


Memandangkan sebelum ni aku pernah tulis dan beri beberapa contoh fast food yang halal di Bali, bila timbul komen macam ni aku rasa bertanggungjawap untuk jelaskan dengan lebih lanjut bagi mengelakkan sebarang salah faham. Dah alang-alang tulis enrti pasal status halal ni, aku masukkan juga sikit sebanyak pasal status halal restoran-restoran di Bali. Lagipun, sebagai seorang blogger kita perlulah ada sense of accountability atas hasil penulisan kita. Kannn? Tak gitu?

Screen shot entri terdahulu pasal fast food halal di Bali :

Full entry klik SINI.- Kuta, Discovery Mall.

 Entry yang berlainan. Full entry di SINI : Bali Travel Guide - Tips & tricks.

Hampir 90% penduduk di Bali beragama Hindu, jadi kedai-kedai yang menjual makanan halal agak terhad. Nak kata terlalu susah nak cari kedai halal tu tak juga. Ada je yang halal cuma kita perlu selektif. Contohnya macam restoran nasi padang. Jangan ingat semuanya halal ya! Tak bolehlah sesaja duduk makan di mana-mana restoran ikut suka hati. Kenalah banyak soal siasat sebelum order makanan. Kadang-kadang pemahaman diorang lain. Bila tak ada daging vavi je terus kategorikan makanan tu halal. Jadi, kita kenalah tanya penyediaan makanan tu macam mana... ada letak liquor ke... apa ke. Pastu ayam/ daging tu macam mana pulak cara sembelihannya.

Kalau di Malaysia kita ada JAKIM, di Indonesia pula Majelis Ulama Indonesia (MUI) dipertanggungjawabkan untuk memikul skop tugas yang lebih kurang sama dalam mengendalikan hal ehwal agama Islam. "MUI atau Majelis Ulama Indonesia adalah Lembaga Swadaya Masyarakat yang mewadahi ulama, zu'ama, dan cendikiawan Islam di Indonesia untuk membimbing, membina dan mengayomi kaum muslimin di seluruh Indonesia. Majelis Ulama Indonesia berdiri pada tanggal, 17 Rajab 1395 Hijriah, bertepatan dengan tanggal 26 Juli 1975 di Jakarta, Indonesia." - Wikipedia.
 
MUI juga bertanggungjawap mengeluarkan persijilan halal ke atas produk atau premis perniagaan. Memandangkan Bali sendiri adalah salah sebuah wilayah yang terletak dalam pentadbiran Republik Indonesia, dah tentulah authority MUI juga meliputi pemantauan hal ehwal agama Islam di Bali sendiri.

Biasanya, premis yang dah dapat certification halal ni akan tampal sticker halal yang MUI keluarkan di bahagian yang mudah dilihat oleh pelanggan. Rasanya dalam entri-entri Bali yang lepas berkali-kali kot aku ingatkan supaya pastikan dulu stiker halal ni ada di outlet yang hendak kita makan tu. Tak semua fast food halal dan ada sticker ini ya. Antara yang ada certification halal termasuklah KFC, MCD, Pizza Hut dan Burger King. Walaupun dah ada sticker ni, tapi sekiranya masih rasa was-was, boleh tanya status halal makanan di situ dan request untuk tengok sijil halal yang dikeluarkan MUI.

Logo halal yang dikeluarkan Majelis Ulama Indonesia

Selain daripada fast food aku lebih prefer makan di restoran-restoran yang agak well-known di Bali, antaranya Natrabu (makanan Minang), Pawon Pasundan (masakan Sunda), Mentari Restaurant (buffet - pisang goreng dipped vanilla nya sangat umphhh!!),  Suling Bali dan seafood di Jimbaran. Bukannya sebab konon-konnya macam tak ada class kalau makan di kedai yang biasa-biasa saja di tepi jalan... tapi sebab aku memilih. Memilih untuk makan di tempat yang dah sah-sah ada cop mohor halal supaya boleh enjoy kesedapan makanan tanpa rasa was-was! Gitu!

Makanan Sunda di Pawon Pasundan.

 Menikmati seafood di Jimbaran sambil ditemani sunset di tepi pantai. Bliss!

Apa-apapun, terima kasih banyak-banyak pada anon yang telah memberikan komen di atas. Seriously, aku tak marah pun walaupun dikatakan khilaf. Baguslah dia sentuh pasal kehalalan fast food di Bali tu. Benda halal haram ni bukan boleh diambil mudah, especially bab makan minum. Jadi darah daging tu.

Untuk info tambahan yang lebih reliable, rajin-rajinlah klik link kat bawah yang menyenaraikan banyak restoran halal di Bali. Kita kena jadi masyarakat yang rajin membaca. Banyak maklumat cuma di hujung jari saja sekarang. Rajin dengan tidak je nak korek info yang ada. Kannn?

MUI - Bali Halal Certification : mungkin juling-juling gak kot biji mata tengok list yang ada sebab diorang campurkan sekali perusahaan-perusahaan yang keluarkan produk dengan yang jalankan bisnis kedai makan yang ada certification halal. Tapi, info yang ada dah cukup untuk dijadikan guidance sebab agak banyak juga restoran yang tersenarai.

e-kuta.com - rumah makan halal Bali : scroll bawah sikit sebab list restoran ada di situ complete dengan lokasi dan jenis makanan. Link ni memang sangat membantu.

Diharap perkongsian yang tak seberapa ini dapat membantu readers memburu makanan-makanan halal yang sedap dan lazat di Bali tanpa was-was. Apa-apa pun cross check jugalah dengan sumber-sumber yang lebih sahih lagi ya. 

Finally, jom cuci mata dengan 2,3 keping gambar-gambar di Bali yang ada dalam simpanan. 


 Uluwatu yang mengasyikkan!

Tanah Lot.

Tak lengkap trip ke Bali kalau tak singgah sini..

Jimbaran.

 Sunset dinner ditemani deruan ombak.

*Menggigil-gigil jari-jemari tuan blog menahan diri dari terbooking tiket flight ke Bali!!





-lotsa luv-
Fayreen Mizan











4 comments:

  1. Satu lg tmpt yg sy suma sgt pergi..bedugul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai!
      Bedugul tu cantik gak. Tapi masa saya sampai tu hujan. Lepas lunch dapatlah pusing2 kat Lake Bratan sekejap. Tak dapat nak enjoy view sangat... lepas tu hujan semula!! :)

      Delete
  2. terjawab sudah bila baca entri ni Fay...so x boleh main ckp je kan..HALAL or NOT kalau x selidik betul2

    ape...nk klik lagi tix ke Bali..ehh pukan dh pegi ke..bagi chance JM lak ke sana heee

    ReplyDelete