Friday 2 January 2015

DI SEBALIK AWAN!

Assalamualaikum,

Kita mulakan entri yang santai-santai saja di awal tahun ni sementara menunggu tuan blog mengumpul kekuatan diri bagi menghadapi hari-hari mendatang dengan kesedaran yang umur juga semakin bertambah selari dengan perubahan masa! Hahaha.


Melihat dan mengagumi formasi-formasi awan di langit adalah satu lagi obsession aku. Memang mengasyikkan lebih-lebih lagi kalau dapat formation yang berlapis-lapis.... yang sekali pandang macam Banjaran Alps atau macam gugusan pulau di tengah-tengah laut tu. Bliss! Memang boleh buat aku terleka sampai tak tidur akhirnya.

Pendek kata, memang boleh dapat anugerah co-pilot terbaik dunia kerana komitment yang tak berbelah-bahagi sampai sanggup bersengkang mata menemani sang driver memandu hingga sampai ke destinasi! Itu kalau travel sianglah. Bila travel malam aku leka tengok bintang pulak. Pencinta alam katanya!

Ni masa journey ke Pulau Pinang hari tu. Entry ke sana tak sempat tepek lagi ni!

Cantik dan menenangkan jiwa yang gundah gulana.

Umpama gumpalan kapas yang menghiasi langit yang membiru.






Entahlah, bila tengok awan yang cantik dan gebu macam  ni aku rasa sesuatu. Rasa teruja pun ada... rasa bersemangat pun ada. Kau mampu rasa bersemangat bila tengok awan???!?




Yang ni gambar weekend haritu masa nak ke Pulau Pangkor. Walaupun langit agak mendung, formation awan tetap menggiurkan.Terima jelah ayat yang tahapahapa ni.

Mendung tak bererti hujan. On the way balik ke KL.

Eh, tapi hujan jugalah on the way tu. Walaupun tak lebat, tapi journey kami ditemani dengan hujan renyai-renyai yang intermittent sepanjang jalan. Boleh ke guna istilah intermittent untuk hujan??? Belasah jelahhhh. :p



-lotsa luv-
Fayreen Mizan

3 comments:

  1. JM pun suka tgk awan, kepulan2 putih yg menemani langit biru cantik sgt tp syg d tempat JM sekarang bila pandang ke atas hanya warna putih tanpa awan langit putih je. cantik sungguh ciptaan allah

    ReplyDelete
  2. Tak pernah pula rasa nak tenung awan lama2. tp lpas tgk gambar2 ni rasa nak tenung lama la pasni. cantik sgt!!

    ReplyDelete