Wednesday, 28 January 2015

Luahan Hati Dan Perasaan Seekor Anak Kucing!

Assalamualaikum,

Pagi tadi sebelum start dengan rutin seharian, macam biasa aku belek-belek handphone check apa yang patut. Tak dapat nak fokus sangat sebab 2 ekor budak bulus terover ngada-ngada nak beriba pulak dah. Gomol-gomol diorang lebih kurang kemudian aku bangun buat kerja yang sepatutnya. Tak sampai setengah jam kemudian capai handphone, tup-tup tengok kat screen keluar ni...

 Tak syak lagi... budak kucing punya kerjalah ni!

Mungkin diorang cuit-cuit handphone aku. Touchscreen ni kan sensitif. Tu yang keluar macam-macam. Tapi terus pergi dashboard, siap keluar new post tu yang tak menahan! Nasib baik diorang tak klik publish terus!

Tanpa sebarang perasaan prejudis... inilah suspek utama kejadian. Memang confirm 2 ekor nilah yang aku tinggalkan atas sofa sekali dengan handphone. Cuma tak tahu antara dua ni siapa yang punya angkara.
 
"I need a lawyer. I'm not guilty until proven guilty!"

 Yang ni kalau dah jumpa kotak memang tak ingat dunia. Sampai tertidur-tidur dalam tu nanti!

Modus operandi suspect.....

Inikah sebabnya???

Semalam diorang baru dapat 4 ekor adik. Tu yang excited nak bitau satu dunia kot. Bahaya budak-budak bulus ni. Esok-esok dia up entry tulis aku jentik telinga diorang sebab tak nak makan ubat cacing caner??

Putih mulus... rasa nak gigit-gigit je!

Tidur dengan lena - beralaskan SHAWL AKU!

Akhir kata, naah - inilah luahan hati dan perasaan seekor kucing. Kira masterpiece ni. Aku cuma boldkan dan tak edit apa-apa pun. Esok-esok kalau malas nak tulis kat blog boleh mintak tolong diorang je. Hahaha.
  1. Just man ucbbkcjn
  2.  
'Just man'?? Oh My English sangat kucing ni tau! Memang kena hantar tuisyen English ni. 'ucbbkcjn' tu mungkin short form untuk kucing jantan kot! Point yang ke-2 tu tak sempat tulis dah kena tangkap!

Moral of the story - berhati-hati meletakkan handphone anda... tak kira di mana atau dengan siapa saja pada bila-bila masa!




-lotsa luv-
Fayreen Mizan









11 comments:

  1. Kami kucing ada hak untuk jadi blogger juga... hahaha XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Kena buatkan satu blog untuk diorang juga ni. :)

      Delete
  2. hihi..comel je kucing taw..pandai pulak nak meluahkan perasaan kat belog yerk..heheh

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Yang comey tu tuan kucing kann, Rin?? Eh! Hikhik...

      Delete
  4. Sangat syomel ... Huhuhu sangat minat kucing tapi akak dah trauma. Kucing kesayangan umur 14 tahun mati. Sedih sangat. Tgk n tumpang hepi untuk mamakat, hazel n tomcat. Heheheh n anak anak derang. Muahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah bela 14 tahun, sure sedih tu. Saya pun trauma juga nak bela kucing semula sebelum ni. Lama jugalah memujuk hati yang lara. Btw bebudak kucing tu semua kirim salam meowww meowwwww! :)

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  5. Nad ingatkan budak kecik je main hp...sekali budak bulusss pun main juga...hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak-budak kat rumah ni macam-macam ragam. Yang rajin ke dapur pun ada. Yang rajin memasak je tak ada... semua pandai buat sepah je! :)

      Delete