Assalamualaikum,
Bali
Fast food di Bali tidak halal??? Erk! Betul ke? Relaks jangan terus menggelabah. Baca dulu entry ni sampai habis. Hamboiii... tahun 2015 ni akak dah pandai paksa-paksa readers baca entry yang tak seberapa sampai habis pulak daah!
Sebenarnya, entry ni terhasil dari komen yang ditinggalkan oleh seorang Anon pasal status fast food di Bali yang menurut beliau tidak halal. Jap, tepek sikit komen tu kat sini.
Memandangkan sebelum ni aku pernah tulis dan beri beberapa contoh fast food yang halal di
Bali, bila timbul komen macam ni aku rasa bertanggungjawap untuk
jelaskan dengan lebih lanjut bagi mengelakkan sebarang salah faham.
Dah alang-alang tulis enrti pasal status halal ni, aku masukkan juga sikit sebanyak pasal status halal restoran-restoran di Bali. Lagipun, sebagai seorang blogger kita perlulah ada sense of accountability atas
hasil penulisan kita. Kannn? Tak gitu?
Screen shot entri terdahulu pasal fast food halal di Bali :
Full entry klik
SINI.- Kuta, Discovery Mall.
Entry yang berlainan. Full entry di
SINI :
Bali Travel Guide - Tips & tricks.
Hampir 90% penduduk di Bali beragama Hindu, jadi kedai-kedai yang menjual makanan halal agak terhad. Nak kata terlalu susah nak cari kedai halal tu tak juga. Ada je yang halal cuma kita perlu selektif. Contohnya macam restoran nasi padang. Jangan ingat semuanya halal ya! Tak bolehlah sesaja duduk makan di mana-mana restoran ikut suka hati. Kenalah banyak soal siasat sebelum order makanan. Kadang-kadang pemahaman diorang lain. Bila tak ada daging vavi je terus kategorikan makanan tu halal. Jadi, kita kenalah tanya penyediaan makanan tu macam mana... ada letak liquor ke... apa ke. Pastu ayam/ daging tu macam mana pulak cara sembelihannya.
Kalau di Malaysia kita ada JAKIM, di Indonesia pula Majelis Ulama Indonesia (MUI) dipertanggungjawabkan untuk memikul skop tugas yang lebih kurang sama dalam mengendalikan hal ehwal agama Islam. "MUI atau Majelis Ulama Indonesia
adalah Lembaga Swadaya Masyarakat yang mewadahi ulama, zu'ama, dan
cendikiawan Islam di Indonesia untuk membimbing, membina dan mengayomi
kaum muslimin di seluruh Indonesia. Majelis Ulama Indonesia berdiri pada
tanggal, 17 Rajab 1395 Hijriah, bertepatan dengan tanggal 26 Juli 1975
di Jakarta, Indonesia." - Wikipedia.
MUI juga bertanggungjawap mengeluarkan persijilan halal ke atas produk atau premis perniagaan. Memandangkan Bali sendiri adalah salah sebuah wilayah yang terletak dalam pentadbiran Republik Indonesia, dah tentulah authority MUI juga meliputi pemantauan hal ehwal agama Islam di Bali sendiri.
Biasanya, premis yang dah dapat certification halal ni akan tampal sticker halal yang MUI keluarkan di bahagian yang mudah dilihat oleh pelanggan. Rasanya dalam entri-entri Bali yang lepas berkali-kali kot aku ingatkan
supaya pastikan dulu stiker halal ni ada di outlet yang hendak kita makan tu. Tak semua fast food halal dan ada sticker ini ya. Antara yang ada certification halal termasuklah KFC, MCD, Pizza Hut dan Burger King. Walaupun dah ada sticker ni, tapi sekiranya masih rasa was-was, boleh tanya status halal makanan di situ dan request untuk tengok sijil halal yang dikeluarkan MUI.