Thursday 15 May 2014

EXPLORING TOKYO : THE ARRIVAL - FROM NARITA AIRPORT TO HOTEL HORIDOME VILLA (DAY 1)

Assalamualaikum,

Aku dah selamat sampai Malaysia petang Sabtu hari tu selepas 10 hari bertapa di bumi Nippon. Keseluruhan journey dari pergi sampai balik semuanya berjalan dengan smooth. Terlepas satu train station sebab aku dengan hasben asyik soksek-soksek berbisik sesama sendiri tu ada happened sekali.... nak turun untuk transfer kat Ginza tup-tup sedar dah menghala ke Tokyo Station. So kitorang cepat-cepat turun kat Tokyo Station dan patah balik naik train ke Ginza. Selain dari tu, Alhamdulilah.... tak ada adegan-adegan tersesat atau tersalah naik train. Kira boleh tahan complete dan accurate jugalah itinerary dengan segala macam details yang aku buat! Hahaha.... nak jugak promote diri sendiri tu!! Ptuiii sangat taw! :p

Dah settle urusan-urusan penting yang lain baru aku boleh concentrate update blog. Lagipun, seperti biasa lepas balik travel mesti aku tak tahu nak start bercerita dari mana... tu belum masuk bab nak share gambar-gambar yang sesuai lagi tu. Untuk Japan trip ni saja ada lebih dari 4000 keping photo untuk dipilih. Hambikkkk... lepas habis tulis entri Japan ni mau berpusing-pusing biji mata aku! Apa-apapun, kami enjoy holiday kali ni sooooo much! Tokyo is a very nice place... cuaca sepanjang kitorang kat sana pun sangat baik - sedikit sejuk tapi bearable dan sangat nyaman!

.........................................................................................................................................

The journey begins......

Kami naik Malaysia Airlines dari KLIA 30 April haritu... memandangkan kitorang ambik flight malam yang akan berlepas ke Narita tepat pukul 11.30 pm nanti, siang tu sempatlah aku mengemas rumah, mengemop lantai... uruskan hal budak-budak kucing sekali. Memang sebelum bercuti ke mana-mana wajib untuk aku make sure rumah dah siap dimop. Habit ni normal untuk makcik-makcik macam aku supaya tak 'sakit mata' lepas balik travel nanti :) Budak-budak kucing semua stay kat rumah saja since diorang kan takut dengan manusia lain... so memang tak boleh hantar boarding. Alhamdulilah, nasib baik adik ipar aku setuju untuk tengok-tengokkan dan beri diorang makan.



Journey dari KLIA ke Narita selama 6 jam ++ berjalan dengan smooth. Tapi mata aku ni tak mengantuk pulak... tidur pun setakat tidur-tidur ayam aje bila dah boring duduk lama-lama dalam kapalterbang!


Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tokyo sejauh 5773 km...

Bila dah mendarat kat Narita... haa.... hambik... barulah rasa mengantuk sampai ke tahap rasa nak berjalan sambil pejam mata je masa immigration process. Nasib baik overall immigration process berjalan dengan smooth. Tarik nafas panjang aku bila settle semua urusan immigration sebab beberapa tahun lepas aku pernah 'tersangkut' lama masa immigration checking ni. Teori kami - mungkin kat passport aku ada visa masuk ke Arab Saudi untuk umrah sebelum tu. Visa umrah tu pulak betul-betul kat page sebelah visa masuk ke Jepun. Masa tu macam-macam soalan immigration officer tanya... infact sampai ke tahap diorang panggil officer yang kat dalam office tu keluar check passport aku! Total  3 orang immigration officers aku kena hadap... gabra sekejap masa tu! Kali ni, Alhamdulilah tak ada apa-apa masalah....

Luggage collection sangat pantas dan efficient... tak payah nak tunggu lama-lama... berdiri sekejap kat carousel tu tengok-tengok luggage dah ada depan mata. Lepas settle ambik luggage dan custom clearance semua kitorang lepak-lepak dulu kat airport untuk minum since kitorang pun dah breakfast masa kat dalam plane tadi (eh... ok apa nasi lemak Malaysia Airlines... sedap je pada tekak aku), bersihkan diri dan buat apa-apa yang patut. Yelah nak rushing ke hotel pun pukul 3 petang nanti baru boleh check-in. Sekejap tak sekejap... almost 2 jam jugalaa kitorang 'merehatkan' diri tu :). Pastu barulah kitorang menghala ke kaunter Narita Express (NEX). Kaunter NEX ni terletak kat level B1F. Senang saja nak cari kaunter ni sebab ada banyak signage yang tunjukkan direction so tak mungkin kita terlepas pandang.


Narita Airport.


Untuk beli tiket bas atau train... follow direction yang disediakan.

Ada banyak method untuk ke destinasi masing-masing dari Narita Airport ni. Aku pilih NEX (JR) sebab lepas study route dan masuk beberapa forum ni alternative yang paling banyak dicadangkan. NEX ni akan stop di Tokyo Station... dari Tokyo Station aku kena naik Metro Subway Hibya Line ke Kodenmacho Station yang terletak dalam 300 meter saja dari hotel yang dah kami booked. Lagipun untuk foreign passport holders ada special diskaun untuk pembelian tiket pergi balik di mana kita cuma perlu bayar 5500 Yen seorang. Setiap ticket holder juga akan diberikan sekeping Suica Card preloaded dengan nilai 2000 Yen, ini bermaksud harga tiket pergi balik cuma 3000 Yen which is a bargain sebenarnya. Fungsi Suica Card ni macam kad Touch n Go juga... korang cuma perlu tap Suica kad ni dan tak perlu beli tiket daah untuk naik train. Boleh juga guna Suica kad ni untuk beli barang kat sesetengah kedai. Cuma perlu top-up bila nilai yang ada dalam kad semakin kurang atau habis.


Ramai juga orang beratur masa kitorang sampai kat kaunter NEX ni.

Tengah-tengah beratur tu tup-tup sorang staff kat situ datang approach setiap orang dan explain apatah... sedar-sedar sorang demi sorang tinggalkan kaunter NEX tu. Erk... apa hal pulak tu? Bila tiba turn kami staff tu beritau service NEX diberhentikan sementara sebab train sebelum tu accident so pihak maintenance tengah check rail. Dia advise kitorang untuk naik Keisei Line atau bas saja sebab dia tak sure impact accident tu... so tak boleh nak decide sama ada ambik masa lama atau tidak untuk repair rail. Sudahhhhh.... aku berpeluh-peluh jap sebab route train lain aku study tahap-tahap di angin lalu je dan tak sedetail study NEX! Mampuihhhh.... buat itinerary... study route train ni kerja aku... tengok map nak navigate ke satu-satu tempat tu nanti task hasben aku. Dalam hati kata 1st day sampai aku dah fail!

Debaran dalam hati ni jangan cakaplaa... bunyi gong... drum... trumpet semua ada! Aku tarik nafas jap... lepas tu buat muka confident gila discuss dan mintak opinion hasben. Big bos suggest pergi je kat kaunter Keisei. Sampai-sampai kat kaunter kitorang terus tunjukkan itinerary dan beritahu kat staff yang jaga kaunter tu kami nak ke Kodenmacho Station.  Nasib baiklah dia boleh cakap Bahasa Inggeris dan sangat friendly. Dia keluaarkan route map Metro Subway.... conteng-conteng sikit kat situ dan beritau kitorang Keisei ni akan stop kat Ueno... once dah stop kat Ueno nanti kitorang kena naik subway kat Ueno Station (Metro Subway - Hibya Line) dan berhenti kat Kodenmacho. Sempat lagi kitorang laki bini meeting jap kat situ sebelum sebulat suara capai persetujuan untuk naik Kaisei instead. Surprisingly tambangnya pun jauh lebih murah - 1030 Yen seorang! Cuma waktu perjalanannya lebih lama (70 minit) berbanding dengan NEX. Tapi seronok juga sebab dengan masa perjalanan yang lebih lama dapatlah kitorang tengok pemandangan landscape yang bermacam-macam wajah.

For more info on NEX & Keisei boleh click link kat bawah :

Narita Express
Keisei



Kaunter Keisei ni betul-betul berdepan dengan kaunter NEX. Sebenarnya Keisei dari Narita ke Ueno ada 2 jenis.... satu skyliner - 40 minit dari Narita ke Ueno.... satu lagi ordinary train (70 minit).

Bila dah sampai Ueno, dari Keisei Line ke Ueno Metro Subway Station pun agak mudah sebab banyak signage tunjukkan arah ke sana. Cuma perlu fokus dan jangan cepat gabra... amboihhh bukan main lagi statement aku... padahal aku jugak yang tak pasal-pasal berpeluh-peluh dalam suhu musim spring yang cuma 21 degrees tadi tu... hahaha! Kalau aku sorang memang confirm sesat barat walupun banyak signage depan mata!! Nasib baiklah hasben aku ni jenis cepat tangkap direction... tengok map sekali dua terus dia beri instruction... jalan terus... pusing kiri... kanan... tengok-tengok memang sampai tempat yang dituju!

Dari Ueno Station ke Kodenmacho cuma ada 2 stop saja... Naka-okachimachi dan Akihabara sebelum terus sampai Kodenmacho. Sampai-sampai tu tercangak-cangak jugalaa tengok map yang ada kat station tu untuk cari direction hotel. Direction ke hotel memang aku dah print siap-siap tapi sebelum bergerak ke tempat yang dituju tu kena tau starting point dulu... arah utara ke... selatan... timur ke barat kannn. Masa tu ada sorang Japanese berhenti dan tanya kitorang nak ke mana. Once dah tengok nama dan alamat hotel terus dia cakap... "This place is familiar... it's somewhere here"... pastu dia terus blah. Aittt... blah daah?! Ok tak apalaa... kitorang decided untuk keluar dari station dan cari beberapa landmark yang ada kat direction yang aku print tu. Masa tengah termengah-mengah naik tangga nak keluar station tu... tengok-tengok mamat Japanese tadi tu ada kat luar station. As expected, dia memang tunggu kitorang untuk tunjukkan direction ke hotel.... siap berhenti kat tepi jalan lagi untuk pastikan kitorang menghala ke arah yang dia tunjukkan!



Route dari Kodenmacho Station ke Hotel Horidome Villa.


** Google pic

Hotel Horidome Villa ni terletak di tengah-tengah antara Kodenmacho dan Ningyocho Station (Hibya Line). Jarak setiap satu station ni pun sangat dekat. Untuk ke Ginza Line boleh naik dari mana-mana satu station dan transfer kat Ginza sebelum bertukar ke Ginza Line. Kalau nak ke Asakusa, naik Asakusa Line dari Ningyocho... kemudian turun kat Asakusa. Convenient kaan ?

Lepas lebih 5 minit berjalan ala-ala kategori lenggang kangkung sambil tarik trolley bag masing-masing... tup-tup terpandang hotel penginapan kami - Horidome Villa Hotel di seberang jalan. Legaaaaa to the max! Hotel ni kitorang dah siap-siap booking through Agoda bulan Oktober tahun lepas. Meaning full payment semua dah buat masa booking tu. Cuma perlu tunjukkan payment & booking confirmation yang Agoda emailkan pada kita masa check-in nanti. Masa kitorang sampai tu baru pukul 12 tengahari dan by right, cuma boleh check-in pukul 3 petang tapi receptionist inform yang kami boleh check-in pukul 1 petang nanti. Kitorang duduk je kat lobby tu sambil jeling-jeling facilities yang ada sebab masing-masing rasa tak selesa nak berjalan-jalan ke tempat lain dulu.


Restoran 24 jam - Yoshinoya terletak di sebelah kiri hotel. Kat sebelah kanan pulak ada Family Mart... kat seberang jalan beberapa meter dari hotel ada 7 Eleven.


Getah ikat rambut pun diorang sediakan untuk guest! Kalau perlukan benda-benda ni boleh ambik sendiri kat lobby. 


Coffee percuma untuk guests dari pukul 6 pagi - 12 tengahari. 


Map & travel info dalam macam-macam bahasa ada kat sini. Kalau ke Tokyo korang patut dapatkan satu copy Tokyo Handy Guide (yang warna oren tu English version) dengan Tokyo Metro Guide ni. Info yang ada sangat useful.


Tiba-tiba ternampak beberapa recognition yang hotel ni terima. Hemmm.... not bad kaan?


Tengah-tengah syok membelek apa yang ada kat lobby, tiba-tiba receptionist datang beri kitorang kunci bilik dan beritahu bilik dah dibersihkan... so kami dah boleh masuk bilik. Legaaaaa! Walaupun mata aku dah macam zombie... tapi masa tu aku tak fikir soal nak terus tidur... aku cuma fikir nak mandi dulu sebab badan dah rasa melekit-lekit!


Masa mula-mula buat booking memang kitorang aware yang bilik kat hotel ni agak kecik. Jadi, untuk menjimatkan ruang semua bag aku sumbat simpan bawah katil... taklah nampak crowded sangat dan masih ada ruang untuk solat dan berjalan mundar-mandir dalam bilik :). Plus factor di sini, ada free WiFi bukan saja di lobby tapi sampai ke dalam bilik juga!



Waktu malam dari jalan ni dah boleh nampak Tokyo Sky Tree... cuma kena jalan ke depan sikit untuk dapatkan view yang lebih jelas.


Bathroom?!? Ok... nah... tepek sekeping. Facilities lain yang ada termasuk refrigerator, yukata, set berus gigi ubat gigi, razor (shaving cream boleh ambik kat lobby), hairdryer, tea set dan macam biasa - towel juga.


Heaven betul bila dapat mandi dan bersihkan diri gunakan body soap tu... memang best... bau lembut dan sangat fresh! Shampoo & conditioner tu pun aku suka. Lepas mandi sakanlah masing-masing bayar hutang tidur petang tu! :)


Itinerary untuk 1st day ni. Itinerary ni jugalah yang aku main tunjuk-tunjuk aje masa nak beli tiket train kat Narita Airport dan nak cari direction hotel tadi. Nama tempat saja buat dalam 2 bahasa untuk memudahkan komunikasi kononnya.. hahaha...




-lotsa luv-
Fayreen Mizan























9 comments:

  1. best tu g tokyo....in shaa allah bakal menyusul thn depan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waah.... tahun depan ke Toyo ya? Have a nice trip :)

      Delete
  2. 4000 keping?..pengsan heee
    WAhh..memang menarik dan detail story hari pertama ni...kalau JM pun cuak kalau kita study 1 route then time tu pulak ada hal..mmg gelabah la kan
    Berapa harga bilik hotel tu Ezan dpt waktu book eh,,harga per night? sbb lokasi cam menarik je...next pleasee..tak sabar nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya JM 4000 keping sampai processor dah mcm kura-kura sekarang... hahaha...mentang-mentanglah zaman sekarang tak payah guna film macam zaman dolu-dolu.. tu yang syok snap sana sini. Rate hotel tu nanti kita share ya... Lokasi memang best - ke Akihabara/ Tokyo Station/ Imperial Palace boleh jalan kaki je :)

      Delete
  3. Jauh perjalanan mmg luas permandangan.. suka tngok gmbar jalanraya & bangunan tu.. bersih & sejahtera je kan.. Nice sharing Fayreen.. :)

    ReplyDelete
  4. Mesti mamat tu pelik kenapa korang xsampai lagi kat atas station...sebab dia nak tunjuk arah ke hotel. Baik kan Japanese? Xyah tanya, nampak orang macam sesat je terus diorang approach.

    Bilik hotel not bad. Haritu kena duduk family room sebab datang berlima.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah... yer Bie... keluar je station dah nampak kepala dia dulu. Bila hubby cakap thank you lak dia reply 'sama-sama'... sah-sah kitorang tak leh menipu ada keturunan eurasian ke hapa... ceh..

      Delete
  5. wahhh good info...memang cadang nk gie next year....

    ReplyDelete