Wednesday 26 August 2015

Travel : Desiran Ombak Di Krabi - Phi Phi Island Part 3 (Maya Bay)

Travel : Desiran Ombak Di Krabi - Phi Phi Island Part 3 (Maya Bay). Sesi bercuti di Krabi diteruskan lagi dengan meneroka tempat-tempat menarik lain yang ada di gugusan Kepulauan Phi Phi. Kalau sebelum ni kami ke Bamboo Island --> klik SINI dan Viking Cave serta Phileh Lagoon --> klik SINI, kali ni kitorang ke Maya Bay yang menjadi sebutan seantero alam kerana shooting untuk filem The Beach lakonan Leonardo DiCaprio dilakukan di sini! Walaupun akak suka tonton filem Titanic (sampai repeat berbelas-belas kali kot!), tapi minat terhadap Leo setakat level biasa-biasa saja. Dia gagal bertakhta di hati ini. The chemistry between us doesn't work. Eh!??

Off to Maya Bay
Off to Maya Bay.

Tapiiii, Kak Fay menuju ke Maya Bay dengan perasaan yang sebal. Naik-naik je bot dari Phileh Lagoon, tengok-tengok straw hat yang akak tinggalkan dalam bot terjatuh kat lantai. Tu ok lagi. Yang tak oknya, topi tu ada bawah tapak kaki perempuan yang duduk sebelah akak! Maka penyeklah topi tu dipijak sang gajah! Motip perbuatan mesti sebab dia dengki tengok haku fefeeling Kate Middleton! Nak ambik semula topi tu pulak punyalah azab. Dia tak gerakkan kaki walau sikit pun. Habis, takkan akak nak kena pegang kaki dia, angkat dan kemudian alihkan? Choi! Baik angkat dan campakkan dia dalam air terus. *Tetiba perasan kuat walaupun saiz badan kami umpama cicak dan biawak. Got the picture?? Diberitahu nak ambik topi  pun dia buat bodo. Ke dia tak paham apa akak cakap?? Haiya sangat ni! Setelah dijeling-jeling, akhirnya dia gerakkan kaki sikit. Jadi dapatlah ambik topi tu semula. Aligment topi kat bahagian tetulang terutamanya memang outlah... bila dipakai macam 'pelepek' tak terletak elok lagi atas kepala!

Phi Phi Island
Menghampiri Maya Bay. 

Manusia ramai yang teramattttt! Lebih ramai dari di Bamboo Island. *Reverse psychology - anggaplah mereka umpama para peminat yang meraikan kedatangan kita!

Sampai ke destinasi dengan selamatnya.

Akak dan hubs duduk kat hujung bot. Jadi, sampai-sampai saja kitorang awal-awal lagi dah terjun turun.

Air yang membiru.

Macam-macam gaya... macam-macam ragam.

 
 Lekukan batu yang cantik. 

Ruang untuk ambik gambar tanpa sesiapa interframe memang terhad kecuali kalau pergi ke tengah sikit. Tapi masa kitorang sampai ni, ombak agak besar. Jadi, kami cuma ambik gambar kat tepi-tepi ni sebab takut kamera terkena air. Tupun terpercik jugak sikit!

Di sudut lain Maya Bay.

Pun ramai orang! Pendek kata manusia di situ... sana... sini.

Mencari jejak-jejak yang ditinggalkan Leonardo DiCaprio!

Manusia di mana-mana!

Jarak antara Phileh Lagoon dan Maya Bay tidaklah jauh mana. Dalam kawasan yang sama di sebalik tebing-tebing bukit tu je.

Diwartakan sebagai salah sebuah taman negara.

Tsunami hazard zone.
  
Hampir keseluruhan kawasan kepulauan Phi Phi termasuk Maya Bay teruk dilanda tsunami pada tahun 2004 dulu.

  Cantik dan mendamaikan!

Kalau mencari pantai dengan pasir putih yang halus, air jernih yang biru, angin yang menampar-nampar pipi serta pemandangan yang wow... memang inilah tempatnya! Cuma tamparan angin tu bergantung lah. Kadang-kadang pipi ditampar sepoi-sepoi bahasa saja... kalau angin bertiup kuat memang 'pang' teruslah kat pipi tu! Hahaha.

Berlatar-belakangkan bukit bukau.

Deretan bot.

Bukit-bukau lagi.

   Bot datang dan pergi silih berganti.

Crystal clear water.

Ombak menghempas pantai.

Bersambung....



6 comments:

  1. cantiknya pantai..impikn honeymoon di krabi, In Shaa Allah..

    ReplyDelete
  2. cantik la sangat pantai kat sini
    akan terjah jugak sini one day

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Azra. Sangat cantik... cumaaa tulah ramai orang. Nak ambik gambo pun susah... mesti ada je orang interprem! :D

      Delete
  3. cantiknya krabi!!! teringin nak sampai sana..huhu :)

    ReplyDelete