Tuesday 4 August 2015

Travel : Desiran Ombak Di Krabi (Intro) - Road Trip Dari Kuala Lumpur Ke Krabi.


Travel : Desiran Ombak Di Krabi (Intro) - Road Trip Dari Kuala Lumpur Ke Krabi. Assalamualaikum. Sebelum lupa lebih banyak facts disebabkan daya ingatan yang semakin lemah, rasanya eloklah Kak Fay kongsikan sikit suka duka, liku-liku, onak duri serta pahit manis travel dari Kuala Lumpur ke Krabi menggunakan jalan darat... ececeh. Tapi, kami cuma drive sampai Bukit Kayu Hitam saja. Kemudian parking kereta kat Kompleks ICQS - Immigration, Customs,  Qurantine and Security (parking rate RM15 sehari) dan terus sewa MPV dari 'dealer' yang ada (tak tau nak guna perkataan apaaaaa!! Lebih kurang halal laa panggilan dealer tu ye...) untuk masuk ke Sadao immigration checkpoint di Danok, Thailand sebelum ke Hadyai. Dari Hadyai pulak kitorang naik bas ke Krabi. 'Dealer' ni beroperasi dekat-dekat kawasan parking tu je. Diorang ni juga akan tolong tuliskan immigration embarkation card dan apa-apa yang patut.

Apa-apapun trip ini memang meleperkan punggung. Bayangkan, dari KL ke Kedah saja pun perjalanan dah ambik masa lebih kurang 6 jam termasuk berhenti kat beberapa R&R untuk makan dan melepaskan hajat. Belum lagi journey seterusnya masuk ke Thailand. Itupun nasib baiklah kami stay semalam kat Alor Setar. Kalau direct ke Krabi hari yang sama, harus cramp satu badan. Akak mmang prefer untuk fly saja sebab lebih selesa dan cepat tiba. Tapi, demi sebuah persahabatan dan pengalaman semua tu terpaksalah ditolak ke tepi kekdahnya. Bahahaha. Lagipun akak bukan pergi berdua dengan hubby saja. Kalau berdua-duaan memanglah kami bermaharalela buat plan ikut suka hati sendiri! Kali ni, kitorang pergi dengan bff hubs, Bro Zul sekeluarga. Idea dialah semua ni. Pasal dialah sampai berasap-asap dan naik kematu montot akak! Hahaha.

Nasib baiklah mpv yang kitorang naik ni amat selesa. Seat empuk... aicond pun kuat dan sejuk. Pulak tu cuma kami berlima saja dalam tu. Segala urusan tawar-menawar harga tambang dilakukan oleh kaum Adam so akak tak pasti berapa bayarannya. RM250 untuk sebuah mpv ni kalau tak silap. Tapiiiii, rasa macam melayang-layang ditiup angin sepanjang 60 km perjalanan dari Danok ke Hatyai tu sebab driver memecut laju... lajuuuu yang amat. Bila dia tiba-tiba brake, kus semangat... rasa macam nak tercabut jantung. Gitu perasaannya. Ke sebab orang yang drive tu orang yang kita tak biasa.... sebab tulah ragu-ragu dengan driving skillnya kot.

Kami selamat tiba di Hadyai lebih kurang setengah jam kemudian. Dah tentulah perkara pertama yang kami buat adalah mencari makanan untuk mengisi perut yang riang-ria berkeroncong. Disebabkan malas nak berjalan jauh, kitorang makan saja kat kedai makan across the road tak jauh dari terminal bas. The food memang tasteless... tak sedap langsung tapi pinggan tetap licin sebab kami kelaparan! Dalam masa yang sama bro Zul dan hubs pergi ke terminal bas untuk deal van/ mpv atau kenderaan lain yang sesuai untuk membawa kitorang ke Krabi. Jangan disewanya tuk tuk sudahhh!

Akhirnya, menggunakan kuasa vetonya sebagai orang yang paling tua di antara kami, Bro Zul nekad ke Krabi naik bas saja. Bas ni sebenarnya direct dari Hatyai ke Phuket tapi akan stop di krabi untuk turunkan passenger yang nak ke sana. Maka bermulalah perjalanan selama 5 jam ke Krabi ditemani oleh rakyat tempatan dan 'penumpang' VIP yang kebetulan duduk di seat belakang akak.









<scroll>














----------------














-------













Pandangan mata chuols memang tidak menipu. Ini motosikal sejati dan bukannya jelmaan puteri cantik yang disumpah jadi besi. Ini memang motosikal sebenar yang turut menjadi passenger!  Wajah cantik jelita inilah yang terpaksa Bro Zul dan anak daranya hadap sepanjang 5 jam perjalanan. Wife dia pandai, dari awal dah duduk depan sikit. Nasib baik motosikal, kalau diangkutnya anak gajah?? Hahahah.

Lepas 2 jam, bas berhenti kat R&R di daerah Trang. Jadi, sesiapa yang nak makan, minum, membuang air atau solat boleh turun kat sini. R&R ni besar, bersih dan siap ada surau. Makanan halal yang dijual oleh masyarakat Muslim Thai pun banyak. Semuanya nampak menyelerakan. Tapi sebab journey masih jauh, akak tak berani nak makan yang bukan-bukan. Buatnya perut meragam nanti... how?

Throughout the rest of the journey dapatlah kami lihat kawasan perkampungan di selatan Thailand. Ada pokok-pokok getah dan rumah-rumah kampung dengan design macam rumah-rumah kampung di Malaysia dulu-dulu. Pendek kata landscape kampung di sini lebih kurang juga macam di Malaysia cuma kat sini memang nampak ketinggalan berbanding tempat kita. Surau dan masjid pun banyak di sepanjang jalan sebab selatan Thailand ni kan dikira Muslim territory. 

Semakin menghampiri Krabi, bas bergerak makin perlahan dan asyik berhenti pulak sebab ramai passenger turun naik. Tapi, motorsikal yang satu itu tetap setia menemani kami di seat belakang! Tak lama kemudian, hujan turun laa pulak. Maka gone with the wind laa nampaknya impian akak nak tengok sunset dan berjalan beriringan di tepi pantai petang ni. Cehhh!

Selepas journey selama 5 jam lebih akhirnya tibalah kami di Krabi town. Bas dropkan kitorang dan passenger lain termasuk motosikal tadi di Krabi Bus Station. Kecik je stesyen bas ni. Memandangkan hotel yang akan kitorang stay tu letaknya di Ao Nang, kitorang terpaksalah pulak naik taxi untuk ke Ao Nang. Tapi sebelum tu kami beli tiket bas ke Phuket siap-siap sebab lepas 2 malam bermalam di Krabi kitorang akan merayap ke Phuket pulak.

Krabi taxi/ songthaew - 60 Baht/ pax dari Krabi Bus Station ke Ao Nang.
*Photo credit : Google
Masa ni  dah rasa penat gila sampai nak beritahu pakcik taxi tu rupa dia macam pelakon kulit hitam Hollywood yang fames, Morgan Freeman pun tak larat. Tapi, serius dia memang ada iras-iras younger version of Morgan Freeman. Menyesal tak bergambar sama. Kalau tepek kat fb, kawan-kawan bukannya tau pun tu klon Morgan Freeman! Haha.
Akhirnya, tibalah kami di tempat yang dituju walaupun dah gelap masa tu. Maknanya, memang no sunset and beach today!

Krabi Aquamarina Resort & Spa. Bila sampai saja sini, automatik mata jadi layu... terus nak cari bantal bantai membuta! *Ini gambar pagi hari esoknya. Masa sampai tu hujan jadi kamera memang menyorok dalam case.

View luar bilik. Hujan macam ni tak ke memangil-manggil bantal namanya?!

One bedroom family unit. Asalnya booking family room ni sebab nak bawak our bujang sama. Tapi last minit ada hal yang tak dapat dielakkan jadi dia terpaksalah ditinggalkan nampaknya.

Bilik besar dan yang penting... bersih!

Complete dengan microwave.

Bathroom.

Hujan-hujan macam ni dah tentulah perut merayu-rayu minta diisi. Jadi, kitorang sepakat ke Ao Nang demi mencari sesuap nasi. Walaupun Krabi Aquamarine Resort ni terletak ke dalam sikit dari Ao Nang beach, tapi transport untuk ke mana-mana tak jadi masalah besar sebab sentiasa ada tut tut dan taxi tunggu passenger kat depan resort. Pihak resort pun ada sediakan free shuttle ke Ao Nang pada waktu-waktu tertentu. Sebenarnya kalau nak berjalan kaki boleh je sebab pantai dan kedai-kedai cuma 800 meter je dari resort. Kalau nak bertambah ramping naiklah basikal yang resort sediakan foc.

Restoran pilihan kitorang malam tu.

Lemon Restaurant. Ada makanan yang rasanya sedap.. ada yang so-so. Harganya pun dalam kategori agak mahal. Tapi service memang tip-top dan owner nya sangat friendly.
Lepas makan kitorang cari tour operator untuk beli travel package ke Phi Phi Island untuk hari esok. Settle urusan beli travel package dan apa-apa yang patut kitorang balik ke resort naik tuk tuk. Tak de mananya masing-masing nak berjalan kaki. Bila perut dah kenyang, mata pulak macam ditutup rapa-rapat. Dahlah hujan masih turun renyai-renyai. Naik tuk tuk memang pilihan paling bijak masa tu. Dan akak, tak lama lepas balik bilik zzzzz laa dengan riangnya bagaikan orang yang dah 3 bulan tak jumpa bantal. Yang penting esoknya kami nak berasmaradana bersama-sama air laut, ombak, pantai, pasir dan awan!

Bersambung di SINI.

-lotsa luv-
Fayreen Mizan

2 comments:

  1. Farah roadtrip dulu tak sampai ke Krabi, terhenti di Songkhla sahaja...Tetapi kali ni kalau pergi nak sampaikan ke Krabi...Krabi itu memanggil-manggil...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai Songkhla pun sure punggung berasap juga kan? Memang penat tapi pengalaman tu yang best. Bila nak ke Krabi tu, Farah? Ikuttttt.....

      Delete