Cerita Aidil Fitri 2015. Salam Aidil Fitri. Maaf zahir dan batin kepada semua rakan blogger dan readers di luar sana. Dalam setahun lebih berblogging ni manalah tau kot-kot ada tulisan dan gurauan Kak Fay yang menyentap perasaan atau mendatangkan aura negatif pada pembaca ke, ada terselit ajaran-ajaran sesat masa share resepi atau travel info ke. Manalah tau nak buat kek butter tup-tup jadi kek lapis pulak. Eh?! Lebih dari ok laa tu, kann? Hahaha.
Tahun ni, kitorang beraya di KL dari hari raya pertama sampai ketiga. Hari keempat baru balik ke Muar\ Melaka dan balas dendam beraya puas-puas. Orang pergi kerja, kami duk pulun beraya dan makan...makan...makannnn! Pastu dok komplen jeans saiz 28 yang boleh dipakai sepanjang bulan puasa mula rasa ketat sekarang! Motip sangat beritahu saiz jeans kann?!?
Bila beraya di KL Hari Raya pertama tu dah tentulah hidangan pagi raya memang kena buat sendiri maknanya. Itu memang cabaran yang sangat berat sebab seumur hidup akak tak pernah lagi sediakan juadah raya yang lengkap dari ketupat, lodeh, sambal kacang sampai ke rendang semua sendiri! Biasanya setakat tolong potong-potong apa yang patut kat dapur atau sesekali jengukkan muka saja. Sekali tahun ni, hambik! Padan muka haku... tulah selama ni buat-buat sibuk je lebih, tahun ni kena buat sendiri dari A - Z. Akak ni kalau bab-bab memasak cepat diserang panic attack. Entah apa yang ditakutkan agaknya. Nak kena jumpa pakar ke apa untuk overcome masalah ni. Berdebar-debar ya menunggu saat dan ketika nak menyediakan semua tu. Tu yang cuti berblogging 2 minggu sebelum raya sampai ke hari ni! Bahahaha. Melampau tahap patut kena lempang kan aku ni?
Berpegang pada prinsip 'tekun, usaha, jaya' yang juga merupakan cogankata sekolah menengah dulu yang rasanya masih relevan untuk dipraktikkan, Alhamdulilah juadah raya dihasilkan dengan jayanya. Kembang kempis hidung tengok hasben menghirup kuah lodeh dan makan bertambah-tambah. Akak sendiri pun terkembang-kembang punggung bila makan sambal kacang masakan sendiri sebab dapat hasilkan rasa exactly macam yang dihajati. Sepanjang hari tu, sploh ribu kali kot aku asyiklah tanya hubs ok tak rasa masakan. Last-last sebab dah penat menjawap soalan yang sama dari pagi ke petang, dia kata dia makan bertambah-tambah tu sebab lapar, bukan sebab sedap. Cit! Eleh, jawap senyum-senyum gitu macamlah ai tak tau tu ayat kaver line! Nyampah...
Lodeh
Sambal kacang ni akak buat version yang ala-ala kuah satay. Masa masak sambal kacang ni akak dah mula gabra takut hidangan tak sempat masak sebelum solat raya. Sudahnya tumbuk kacang lebih kurang jelaa jawapnya. Yang penting rasanya slurppp. Dah kenapa puji masakan sendiri ni? Hahaha.
Akhirnya sampai ke malam lupa nak ambik gambar ketupat segera yang direbus macam nak rak malam raya tu dan lemang yang dibeli! Lemang tu memang hampeh.com... keras gila. Nasib baiklah ada biskut raya buatan sendiri untuk mengembalikan mood yang sedikit hilang disebabkan lemang yang menghampakan tu. Walaupun akak cuma sempat buat 2 jenis saja... tapi oklaa tu kann? *Wink... wink...
Biskut Snow Almond
Biskut Arab
Memandangkan mama beraya di kampung MIL Adik kat Kuala Lipis, selepas kami suami isteri bermaaf-maafan sesama sendiri kitorang terus ke rumah akak hubs dan menziarah pusara arwah FIL dan mereka-mereka yang telah kembali menemui Sang Pencipta. Al-Fatihah... semoga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman......
**** Dipendekkan cerita yang panjang... marilah kita terus lompat ke hari yang ke-4 dan ke-5.
Lokasi - Muar, Johor.
Asam Pedas Muar.
Sampai saja tiba di Muo, agenda pertama dalam to do list adalah melantak dan asam pedas ikan mayong ini jadi pilihan hati. Dah rezeki kitorang, ada pulak telur ikan haritu. Nyam... nyammmm... nyammmm.... terus makan tak toleh kiri kanan. Slurrrpppp sangat!
Rojak Singapura
Dijamu pulak dengan Rojak Singapura sebaik-baik saja sampai rumah Datin Merry. To h*l* dengan diet ke jaga badan ke apa ke... kita bedal sajork apa yang ada depan mata. Nyum... nyummm... nyummmm lagi sampai terpaksa longgarkan belt!
Merah - biru... luaskan kuasamu JDT! :)
Inilah sebab utama akak beraya di perantauan tahun ni (ceh... perantauan hokay! KL tu perantauan laa sangat..hikhik) dan cuma balik ke Muo raya yang ke-4... ada majlis aqiqah 2 orang cucu Datin Merry raya ke-5 tu.
Beriani Kambing.
Nyum... nyummm... nyummmm lagi dan mengkambingkan dirilah kami siang dan malam tu sebab majlis aqiqah dan doa selamat ni dibuat 2 sesi - siang untuk lelaki, malam pulak untuk perempuan.
Buah tembikai yang lazat dan menyihatkan...
Pencuk untuk membangkitkan selera.
Ayam goreng yang crispy.
King of the day... daging kambing masak beriani yang sungguh sedap.
Menu di sebelah malam lebih banyak variety.... ada Laksa Johor favourite akak.
Roti Jala yang dimakan dengan Dalca Kambing. Memang terangkat!
Si kecik yang diraikan hari tu. Bulu mata pelesu kah?!
Sleeping beauty. Inilah wajah-wajah dua orang pengantin kecik yang bersepupu.
Aunty Pay dengan anak-anak buah. Kemain berminyak lagi muka yang semakin boolat! Dagu pun semakin menghilang. Scary hokay. Erk... petang ni memang kena jogging 10km terus! Bahahaha.
Pagi raya ke-6... dengan gigihnya kami mencari sunrise. Walaupun matahari dah mula tinggi, sempat jugalah ambik sekeping dua gambar sunrise di tepi Sungai Muar.
Murtabak Singapura.
Hahaha. Gambar makanan lagiii! Petang tu sebelum bertolak ke Melaka untuk visit sepupu hubs, kami pekena murtabak Singapura di Tanjung Agas pulak. Pada pendaat akaklaa, dulu-dulu rasa murtabak ni lagi sedap... dahlah tu inti dagingnya pun banyak. Kali ni daging dah kurang dan macam dry sikit. Tapi dengan harga RM10 saja untuk sekeping murtabak yang boleh dimakan berdua ni kiranya berbaloi sangat daah.
Sesi merambutankan diri di Melaka. Habuan terakhir untuk perut sebelum bertolak balik ke KL. Bahahaha.
Itulah sikit sebanyak corat-coret Raya akak yang nampaknya dimonopoli oleh sesi makan-makan dan gambar makanan. Akhirnya gambar makanan lebih banyak dari gambar beraya!
Sekali lagi Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf zahir dan batin kepada semua.
-Salam Lebaran-
Fayreen Mizan
Selamat hari raya! Nanti kalau ada lagi open house boleh jemput-jemput la na. Heheheh
ReplyDeleteSelamat hari raya juga. Hahaha... boleyyyyy...
DeleteFay!!!! meriahnya makanan...no wonder lah makin bolat tetapi still cute...biar lah berisi sikit...baru peluk x rasa tulang eheheeh
ReplyDelete