Thursday 2 July 2015

Pudding Kastard - Pencuci Mulut Yang Enak Dan Mudah Disediakan

Pudding Kastard - Pencuci Mulut Yang Enak Dan Mudah Disediakan. Sepanjang bulan puasa ni, so far baru inilah satu-satunya dessert yang akak buat. Sebabnya... Ai is malas! Bukan setakat malas biasa-biasa, ni dah tahap malas peringkat merah siap blinking-blinking lagi! Tapi, sesungguhnya tuntutan tekak itu sukar ditepis. Maka terhasil lah Pudding Kastard dalam gambar ini demi memenuhi kehendak tekak sendiri. Kalau tak diikutkan mau terbawak-bawak dalam mimpi nanti! Nikmat rasanya berbuka puasa sambil terpejam-mata mata menikmati Pudding Kastard dan menghirup sosnya yang lemak manis yang dah disejukkan dalam fridge awal-awal lagi. Heavennya!!!


Resepi Pudding Kastard

Bahan-bahannya :

A. Untuk Pudding:
1 cawan tepung kastard
1 tin susu cair atau fresh milk
1 cawan air
1/2 cawan gula pasir

Cara-caranya :

Masukkan susu cair/ fresh milk, air dan gula dalam periuk dan panaskan dengan api yang sederhana. Lepas tu masukkan tepung kastard. Kacau-kacaukan supaya semua bahan sebati dan jadi likat. Bila kastard dah meletup-letup, perlahankan api dan kacaukan sekejap to make sure kastard dah betul-betul masak. Padamkan api dan cepat-cepat masukkan bancuhan kastard dalam acuan untuk disejukkan. Settle bahagian A.

B. Untuk sos kastard :

200 ml fresh milk/ susu cair
2-3 sudu besar gula pasir
1/2 cawan fresh milk/ susu cair yang dicampurkan dengan 1 - 2 sudu besar tepung kastard (bergantung pada kepekatan yang kita nak)
1 sudu kecil esen vanilla.

Cara-cara :

Panaskan susu dengan gula pasir sehingga gula larut sepenuhnya. Masukkan pula tepung kastard yang dah dibancuh dengan susu. Kemudian masukkan esen vanila. Biar sehingga sos kastard menggelegak. Padamkan api dan biarkan sos sejuk sikit sebelum dimasukkan ke dalam fridge untuk disejukkan.

Boleh masukkan campuran fruit cocktail untuk rasa yang lebih enak dan bervariasi. Selamat menjamu selera. Nyum...Nyum...nyumm. #ailiokudahmenjejes.


-lotsa luv-
Fayreen Mizan

3 comments:

  1. sedapnye. boleh lah fyna cuba nanti.

    ReplyDelete
  2. ishh... sedap mcm ni JM hadap sorang je

    ReplyDelete
  3. Memandangkan bahan2 semua ada maka berpuding kastard la sekejap lg. Tgk resepi pun mcm senang kihkih...maklumla xbrapa nk rajin ni hihi...

    ReplyDelete