Saturday, 27 June 2015

Keluhan Hiba Di Bulan Ramadhan!

Assalamualaikum.

Keluhan Hiba Di Bulan Ramadhan. Bukan setakat tu je, kalau boleh nak menangis, golek-golek kemudian meraung kuat-kuat! Lantak pi laa satu kampung terdengar ke... even satu Kay Ell dengar pun tak pe. Biar... biarrrrrr!

Mana taknya..

Aboo the drama king!

Semenjak dua menjak jadi orang bujang, ni kemain asyik buli adik-adik lepas tu bergaduh terjerit-jerit. Suara seko-seko dahlaa nyaring Ya Rabbi! Bingit telinga toksah ceritalah.

Semalam disebabkan Aboo asyik bergaduh, kitorang laki bini terpaksa jatuhkan hukuman pada dia - Aboo kena duduk luar rumah! Have too lah... subuh tu dia bergaduh tahap terkam-terkam kucing lain yang lebih junior... petang tu time akak sibuk-sibuk nak masak pun buat peel bergaduh lagi sampai terberak-berak adik dia dibuatnya! Samseng eh... dah nak jadi abang kawasan pulak! Tak boleh jadi ni.

Maka, pelan kecemasan terpaksa dilancarkan sebelum keadaan jadi lebih teruk. Petang tu, dengan berat hati hubs letakkan Aboo kat luar tapi tempat tu elok covered jadi taklah dia kena hujan atau panas ke. Tapi si jantan perasan macho ni pulak berlari masuk celah grill rumah sebelah yang kebetulan tak ada orang duduk. Elok je dia duduk atas door mat yang memang ada kat situ. Pendek kata memang dia buat macam rumah sendirilah.

Masa panggil dia makan petang tu, Aboo tak nak datang. Muka aku pun dia tak nak pandang. Ceh sombong! Merajuk kononnnn. Ok, tak pe. Tak sampai hati punya pasal, makanan dan air tu akak letakkan je kat tepi. 

Malam tu masa kitorang nak keluar ke KL, tengok-tengok floor mat tu dah macam sosej bun yang gulung-gulung tu dengan Aboo kat tengah-tengah. Satu badan dari ekor sampai kepala semua dalam mat. Yang nampak cuma 2 biji mata dia terkebil-kebil pandang kitorang. Bila dipanggil dia masih buat bodo. Tapiiii, makanan yang akak letak tadi dah abis licin! Hahaha. 

Balik tu tengok-tengok Aboo masih lagi berbungkus dalam mat. Jenuhlah akak panggil dia masuk dalam rumah untuk tidur tapi dia tetap tak respon. Cuma mat tu saja sesekali bergerak-gerak. Kalau tengok dari jauh sekali imbas memang menakutkan juga. Bayangkan benda berbungkus bergerak-gerak tengah-tengah malam! Tak ke menimbulkan spekulasi penampakan Mr. Poch tu namanya? Since Aboo pun bolayan maka dengan berat hati terpaksalah akak berlalu meninggalkan dia kesepian di luar sana. Abis... dah panggil pun dia buat tak tahu, nak buat macam mana lagi?

Pagi keesokannya, perkara pertama yang akak buat tentulah terjah ke rumah sebelah untuk make sure Aboo ok. Malam tadi pun nak dekat sploh kali akak menjengah rumah sebelah. All this while dia memang tak pernah tidur luar rumah, jadi dah tentulah Mama Pay risau. Buatnya dia lari jauh-jauh ke mana kan ku cari ganti oooo. Dah setahun lebih bela dia, dah tentulah sayang walaupun nakal! Terbalikkan adunan untuk buat kuih yang dah siap letak butter dan telur pun Aboo pernah buat dulu!

This time, bila dipanggil dia respon di sebalik gumpalan floor mat dan perlahan-lahan datang kat akak. Tapi, dia nampak lemah longlai yang amat! Sudahhh, aku rasa sangat bersalah! Dia dehydrate ke... lapar ke... apa ke. Haish. Tiba-tiba Aboo terjelepuk rebah sebelah akak!! Eh, Aboo dah kenapaaa? Panik okay. Dah rasa macam nak bawak je dia ke HUKM sementara tunggu vet bukak! I felt so guilty.... double guilty. Kalaulah apa-apa jadi pada dia, macam mana?? Nyawa tu.

Akak cepat-cepat dukung Aboo dan bawak dia masuk dalam rumah. Guess what? Tak sampai beberapa minit Aboo yang tengah syok diriba tiba-tiba segar bugar dan sempat mengiau dengan lunaknya seraya melirik ke arah Chanteq - kucing betina yang jadi rebutan antara dia, Tom dan Mr. Brown!! Eh, terus sihat pulak dah. Rebah menyembah bumi tadi tu apa cerita? Maknanya adegan tadi tu cuma auta dia saja lah??! Dan aku tertipu dengan lakonan mantap seekor kucing bernama Aboo? So uncool okay... soooo uncool!

Daaannn petang tadi, ini pulak terjadi :

Tom kencingkan handbag Coach akak!!!

Tak ada maknanya dia beri hints suruh akak beli handbag baru. Dengan nilai Ringgit makin menurun ni sesak napas bila convertkan harga handbag yang jual online. Tapi tak apa, bag yang kena spray tupun akak dah bersihkan. Jadi, kita fikir positif sajalah. Adakah ini petanda tak lama lagi akak akan dapat berjuta-juta RM dalam handbag bertuah ini? Kalau tak ada memang jadi kucing 3 rasa lah kau nanti, Tom!

Jadi, setelah diperkotak-katikkan oleh 2 ekor kucing sepanjang 2 hari ni wajar sangatlah kalau akak meratap hiba mengenangkan nasib diri di tepi litter bin! Kann? Patut sangat dah! Selepas dihukum Aboo nampaknya dah well behaved. So far tak ada lagi terdengar adik dia terjerit-jerit kena buli. Tapi tak berani nak puji lebih-lebih sebab baru 1 hari genjatan senjata berkuatkuasa. Kalau buat hal lagi, for sure kena hukuman yang sama. Kali ini, walaupun dia rebah lagi... percayalah Tipah takkan tertipu lagi!!!



-lotsa luv-
Fayreen Mizan

3 comments:

  1. Macam-macam rupanya kisah kucing ni ya... Beg Coach Mahai tuuu...Adudu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... Tulaa setiap seko ada 1001 cerita!

      Delete
  2. ahahahaha...Aboo...Aboo...ishh!!!

    ReplyDelete