Thursday 14 May 2015

Stress Buster!

Assalamualaikum,

Salam meow-meow untuk semuaaaa... you... youuuuu and youuuuu... ya... the one yang tengah betul-betulkan shawl instant Loofa kaler pepel tu!! Senang betul pakai instant shawl ni kann... tak kiralah apa brand pun. Serkupkan... adjust sikit biar ngam dan teletak kat kepala... pusing-pusingkan dan kemaskan apa yang patut.... tak sampai berapa minit,  siap!! Eh, tapi ada masanya lama juga akak menghadap cermin tapi masa menunggu Mr. Hubs kuranglah sikit dibandingkan dolu-dolu. Kesimpulannya, belikanlah I instant shawl banyak-banyakkkk! Hahaha. 

I witnessed yet another miracle selepas Subuh tadi. Hazel the cat beranak lagiiii! Padahal anak dia yang kecik sekali tu baru 4 bulan lebih. Abis, nak buat macam mana? Apalah daya upaya akak nak kawal kehendak dia yang satu tu? Dapat cucu baru ni kira rezeki juga. Memandangkan kitten pun baru 2 ekor je yang keluar sehingga pukul 8 pagi tadi, cerita pasal kittens terbaru ni akak story mory kemudian la ya. Kira siaran tertunda laa kekdahnya. 

Memandangkan hari ni pun dah hari Khamis, sure ramai yang dah menghitung hari tak menyabar tunggu weekend. I feel you. Macam akak ni, kadang-kadang bila hari Khamis je mulalah terasa susah nak bangun bukak mata pergi kerja. Bukan malas, tapi badan dah rasa letih. Otak apatah lagi especially bila memory dah overload. Tu yang ada masanya macam ngong sikit. Eh, bukan ngong 24 jam sepanjang 365 hari ke.???!! 

Apa-apapun, campakkan stress atau segala macam rasa tak syok korang tu ke tepi. Baling jauh-jauh sikit. Meh akak belanja video yang garenti boleh buatkan korang menyengih semula. Sebelum tu... pssttt... pandang kiri kanan dulu tengok boss ada tak. Pastu speaker tu slowkan sikit. *Matilah ajar staff orang lain buat jahat. 



Credit : YouTube

Hahaha. Rasa nak goreng seko-seko. Inilah juga yang akak hadapi bila nak mandikan budak-budak kat rumah ni So far, yang tak takut air cuma Aboo Bakar dan Cik Carol je. Itupun ikut hangin. Kalo mood tak ok, jangan cuba-cuba ya... bersilat gayunglah korang dalam bilik mandi tu nanti! Apa-apapun I lurveeeee my cats and I love myself as well. Eh! Motip??




-lotsa luv-
Fayreen Mizan

3 comments:

  1. kite takut kucing, sekian! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Birthday bila?? Nanti akak hadiahkan kucen ikat reben pink siap-siap. Nakkk? :p

      Delete
  2. risau bila ibu muda kucing beranak. diorng kadang tak pandai jaga anak

    ReplyDelete