Monday 20 April 2015

Resepi Sambal Tumis Udang Petai.

Assalamualaikum,

Peristiwa berlaku dan direalisasikan semalam setelah beberapa hari tidur tak lena, mandi tak basah terbayang-bayangkan sambal tumis udang dan petai! Begitulah hebatnya panahan asmara kombo antara kedua-duanya.

Petai ni sebenarnya dah almost 2 minggu kot akak beli. Dek kerana tamak, memang beli banyak haritu dan dah 2 kali masak pun. Jadi, selebihnya akak simpan elok-elok kat deep freezer! Macam-macam ada kat deep freezer rumah aku ni, bukan setakat ayam ikan je. Daun kari pun kadang-kadang campak simpan kat situ supaya tahan lebih lama kononnya! Hahahah.

Bahan-bahan dan cara masak sambal tumis udang ni lebih kurang sama saja dengan sambal tumis yang lain. Cuma kadang-kadang ikut angin akak... ada yang dilebihkan... ada yang dikurangkan. Kadang-kadang letak belacan, ada masanya saja tak letak tapi digantkan dengan ikan bilis yang dah ditumbuk halus. Kadang-kadang tak masukkan langsung pun sebab nak biarkan manis semulajadi udang ni lebih terasa dan tak diganggu dengan rasa benda-benda lain. Senang kata, ikutlah preference tekak masing-masing ya. Maklumlah soal rasa makanan ni subjektif sikit.

Sambal Tumis Udang Petai


Bahan-bahan :
- Beberapa ekor udang segar yang dah dibersihkan
- Sedikit petai
- 4 senduk cili kering yang dah dikisar
- 1 biji bawang besar dipotong bulat
- 4 biji bawang merah (blend/ tumbuk halus)
- 3 ulas bawang putih (blend/ tumbuk halus)
- Sedikit air asam jawa
- Sedikit air
- Minyak masak untuk menumis
- Sedikit gula
- Sedikit garam

Cara-caranya :
Panaskan minyak masak dan masukkan cili kisar. Kuantiti minyak masak ni agak-agaklah ya. Jangalah sikit sangat. Jangan pulak terlalu banyak sampai udang boleh berenang-renang dalam tu. Make sure dimasak dengan api yang kecil saja dan tumis sampai cili betul-betul garing. Makin lama cili ditumis, bukan saja rasa sambal lebih sedap... sambal juga tahan lebih lama. Kemudian, masukkan bawang merah dan bawang putih. Rata-ratakan dan biarkan sampai naik bau. Masukkan pula gula dan air asam jawa. Masukkan petai. Kemudian masukkan bawang besar yang dipotong bulat. Kalau kuah terlalu pekat atau kering, barulah dimasukkan sedikit air.  Biarkan mendidih sebelum masukkan udang ke dalam kuali. 

Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa. Jangan overcooked... nanti hilang pulak juiciness udang tadi. Siap! Sedap dimakan dengan nasi yang panas. Kalau dimakan dengan telur asin lagi terangkat. Slurpppp. Sendiri tepek gambar n share resepi sendiri pun perut dah berbunyi-bunyi diselang-selikan dengan ailio yang menjejes dengan produktifnya! Caner ni??? 





-lotsa luv-
Fayreen Mizan





1 ekor sotong kembang
4 senduk cili kering yang dah blend
1 biji bawang besar - potong bulat halus
2 biji bawang merah - blend
Sedikit belacan - optional
Sedikit asam jawa
Sedikit air
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukupnya - See more at: http://fayreenmizan.blogspot.com/2014/10/resepi-sambal-tumis-sotong-kembang.html#sthash.gJhzPYl9.dpuf

2 comments:

  1. suka mkn sambal tapi art yg paling malas adalah nk buang biji cili kering sebelum blendfe tu....kalau x buang...time blender tu biji x hancur...ada tips or petua x Fay

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tipsnya beli cili yang dah siap blend! Hikhik... Puteri ke apa namanya not bad juga rasanya. Tapi yang lain-lain tu selalunya agak hampeh.com laa JM... kann? Tu yang terpaksa juga blend. Dalam kemalasan tahap melampau terpaksa juga buang biji cili tu. Samalah kita JM, bab tu memang palinggggg malas.

      Delete