Thursday 16 April 2015

Langkawi Trip - LIMA '15 (Part 2)

Assalamualaikum,


Akak dan blog bersawang adalah sinonim! Tah apalah yang disibukkan sangat sampai tak sempat langsung nak update blog. Rasa macam nak pinjam je jari jemari halus Octo si sutun CIMB tu supaya boleh buat banyak kerja dalam satu masa yang sama sekaligus. Kalau tak dapat pinjam, sewa hari pun bolehhhh. Eh?

Daah... tak perlu nak merepek lebih-lebih. Mari kita sambung cerita LIMA 2015 ni. Kalau ditangguh-tangguhkan, silap-silap haribulan authorithy yang berkenaan dah siap buat segala preparation untuk anjurkan the next LIMA pun entri LIMA 2015 akak ni tetap tak habis-habis nanti. Jadi, mari kita mara ke hadapan dan kuatkan semangat. Puh kiri, puh kanan... tepis segala anasir-anasir malas yang cuba bermaharajalela! *Kata-kata semangat ini ditujukan khas buat diri sendiri!

Entri sebelum ini, klik SINI.

Lepas terlopong-lopong mulut menyaksikan aerobatic performance yang sangat memukau dari UAE,  tibalah giliran team seterusnya. Ada silap sikit dalam entri yang lepas. Dalam entri tu akak tulis lepas Al Fursan (UAE) turn team dari Republic Of Singapore Air Force. Salah tu.... sebenarnya giliran TUDM menunjukkan kehebatannya di udara dengan jet Sukhoi. Sebenarnya, ini memang salah satu show yang akak nantikan. Tak sabar rasanya nak tengok our national hero in action.

SU-30 MKM berlepas dengan gagah perkasa. 

  Our very own Royal Malaysian Air Force!



Maka mengaumlah sang Sukhoi dengan garangnya di udara.


Bangga yang teramat melihatkan ketangkasan anak watan mengendalikan Sukhoi dengan maneuvers yang mendebarkan. Aku ni bukan boleh, silap-silap benda macam ni pun boleh membuatkan mata berkaca-kaca macam masuk habuk. Apakah maksud tersiratnya tu? Adakah ini petanda hormon emo terlebih dalam jiwa atau adakah ini lambang semangat patriotik yang sentiasa membara namanya??

Cobra maneuver yang menjadi trademark jet Sukhoi.


Macam mana agaknya perasaan ibu, isteri, anak atau adik beradik pilot ni bila tengok jet tunggang terbalik macam ni ya? Kalau akak, dah tahap perut naik ke muka... siap tutup-tutup mata sambil mendoakan show cepat habis and no more aerobatic performance lepas ni. Terus ikat laki kat tiang lepas tu kot!


Mendarat dengah penuh gaya.


Memang puas hati sangat dengan 5 star performance dari TUDM ni. Kudos to the pilot! You're the best. Memang gagah, berani, kuat semangat pilot ni!! 

Eh, kudos to the photographer juga. Kalau tak kerana hubby terchenta, tak dapatlah akak tepek gambar-gambar ni semua. Muah sikit. *Dah nak dekat anniversary ni kenalah pandai ambik hati sikit. Manalah tau kot-kot dapat surprise gift dari suami ke????? Hahahah.

Show seterusnya.... Black Knights dari The Republic Of Singapore Air Force.



Giliran F-16C Fighting Falcons pula menari-nari di ruang udara.

Masa ni orang dah makin ramai. Kalau tadinya aku berdiri kat depan sekali, tah macam mana agaknya sedar-sedar dah ke belakang! Kalau ketinggian Kak Fay ni 5'11" tu tak ada masalah kot. Ini nak dikatakan tinggi jauh sekali... rendang pun tidak. Jadi, secara tak langsung ini mematikan mood untuk ambik video sebab yang di depan tu majoritinya berbadan besar dan siap berpayung. Nak ambik video pun tak best dah... cuma nampak jet terbang di celah-celah payung pulak jadinya! Yang tak tahannya, lelaki-lelaki macho pulak tu yang beria-ia berpayung sakan. Penyelesaiannya, aku curi-curi berdiri bawah payung sorang aunty minah salleh ni. Serampang dua matalah kiranya - numpang berteduh dan menumpang kasih sekali!






Dek kerana view dah terganggu dan hari makin panas pulak tu, lepas habis saja show dari Black Knights ni kitorang pusing-pusing untuk tengok display yang ada sekali lalu. Perut pun dah merintih-rintih penuh kepiluan mintak diisi. Cadangnya lepas makan kitorang nak check-in bilik dan berehat-rehat sejukkan badan dulu. Petang nanti datang semula ke Mahsuri International Exhibition Centre ni untuk tengok aerobatic show sesi petang pulak. Lepas tu baru boleh fokus menilik setiap satu display.






Caption untuk display ni kena tunggu big boss sebab dia kenal segala tok nenek jet/ heli ni semua. Yang aku pulak dah tak menyabo nak publish entry ni. Malam nanti kalau rajin baru edit. *Boleh gitu? Terimalah diriku ini seadanya ;p




Helikopter Huey.

Sambil melawat kawasan tu, tiba-tiba terserempak dengan Dato' Halim Othman (Krisakti).

Terus aku cepat-cepat tahan dia dan suruh hubby bergambar sama. Ciri-ciri seorang kak nam memang terserlah masa tu! Lepas tu turn akak pulak bergambar sama. Tapi malas nak tepek kat sini sebab blog ni pun dah banyak sangat muka aku kot. Sekarang tibalah masanya untuk low profilekan diri. Cit...alasannnn.... Padahal dalam gambar tu muka hakak macam tak siap. Tu sebabnya. Kalau tak harus dah ditepek. Hahaha.


 Specification Sukhoi.

Lepas pusing tengok aerial display lebih kurang barulah kitorang ke kafe sementara yang ada dalam kawasan exhibition. Makanan yang ada pun bermacam-macam variety... ada local food, western dan beriani special dari India. Mula-mula, memanglah aku terliur dengan beriani tu. Tapi, dalam keadaan panas yang amat masa tu tekak macam tak lalu pulak nak menelan beriani bagai ni. Last-last kitorang sepakat beli Nasi Ayam Penyet (RM10 sepinggan). Masa nak bayar nasi ni ada drama sebabak antara aku dengan sorang minah ni.

Masa tengah beratur untuk bayar makanan perempuan bernama #12*4_@ (bukan nama sebenar - saja nak memberikan unsur android) beratur paling depan sekali. Gap antara dia dengan kaunter jauh gila.... kalau orang badan saiz sederhana boleh 6,7 orang lagi menyelit beratur kot. Belakang #12*4_@ pulak sorang lelaki muda (berdiri exactly depan aku). Masa yang sama ada orang tengah buat payment dekat kaunter.

By default, lepas orang tu settle membayar apa yang patut, tentulah turn #12*4_@ pulak kann. Tapi, dia ni pulak tak bergerak-gerak dari tempat dia berdiri tu. Aku sampai naik konpius whether dia ni nak bayar ke atau sesaja berdiri tunggu sesiapa. Lepas beberapa saat, bila dia tak berganjak walau seinci, mamat di belakang #12*4_@ pun potonglah queue pergi ke kaunter. Once mamat tu settle, dalam keadaan teragak-agak aku pulak pergi untuk bayar apa yang patut. Tiba-tiba terdengar jeritan dari suara tak berapa merdu si #12*4_@. "Kat sini memang orang tak beratur ke??!" Lepas tu #12*4_@ terus berdiri depan aku kat kaunter tu dengan muka sentap yang teramat!

Yang dia tercegat berdiri tak bergerak dari tadi tu dah kenapa. Tapi, aku malas nak berbalas-balas hujah dengan budak baru nak up yang kurang adab sopan ni. Berdiam diri dan reverse psychology lebih baik. Bila aku diam secara otomatik dia nampak macam orang wire otak dah short sebab terjerit-jerit sensorang. Lagipun kalau akak dah hangin nanti, bila bercakap dah macam orang dirasuk hantu omputeh. Siap keluar twang dengan accent tahapahapa lagi. Tu yang aku malas nak layan.

Tapi yang herannya budak lelaki tadi tak pulak dia sound. Mentang-mentanglah Kak Pay ni dah level makcik-makcik! Dunia ini sungguh tidak adillll! Dahlah nasi ayam penyet rasa macam nasi ayam goreng biasa yang kurang kunyit.... garam pun tak rasa...tawar hebe! Failled! Lepas tu aku kena makan cepat-cepat sebab owner kereta called nak tukar kereta. Yang dia ni pun satu. Kitorang nak sewa Viva yang diberinya Yaris tadi dah kenapa? Bertambah-tambah ketidakadilan dunia ini! Motip emo sangat? Sebab masa tu dipengaruhi simptom PMS kot! Hahahah.

Maka terpaksalah kami rushing lepas tu. Exhibition kat dalam hall pun tengok sambil jeling-jeling saja. Gambar pun main snap je 2,3 keping.

Memang ramai masa ni. Nak berjalan langkah kaki panjang-panjang pun tak boleh sebab bersesak-sesak dalam hall.



Booth Russia United Aircraft Corporation

Replika Sukhoi

Dengan hati yang berat kitorang laki bini melangkah keluar dari exhibition hall terus ke airport. Walaupun dekat tapi berjalan kaki dalam keadaan panas cukup menyeksakan mental dan fizikal. Dahlah orang yang ditunggu-tunggu untuk tukar kereta di airport cuma nampak bayang setelah setengah jam menunggu. Berpeluh-peluh... make-up dan lebihan lemak badan cair serentak!

Lepas tukar kereta kitorang terus meghala ke Petronas untuk isi minyak dulu. Aku pulak terus tak boleh nak tahan mata... apatah lagi bila didendangkan dengan nyanyian Najwa Latif. Lagi syoklah membuta dengan jayanya. Tengah-tengah tidur tu, tiba-tiba terdengar bunyi hon kereta...bukan dari sebuah kereta tapi dari 2,3 buah. Bukak-bukak mata, tengok-tengok dah sampai Petronas tapi kereta parking kat tengah jalan. Dah kenapa? Pandang sebelah, husband aku tengah tidur! Patutlah kena hon. Masa tunggu kereta depan isi minyak dia terlelap rupa-rupanya.

Bila masing-masing dah kemaruk tidur ni, plan di sebelah petang bertukar 360 darjah. Rancangan nak ke Mahsuri International Exhibition Centre pun berkubur dengan jayanya kerana kitorang berpegang teguh dengan prinsip 'esok masih ada'. Exhibition untuk orang awam kan 2 hari... jadi kalau miss petang ni esoknya masih boleh pergi. Walaupun dari bilik kami boleh dengar deruman jet yang memanggil-manggil dengan jelas, kitorang buat pekak je. Makin tarik selimut adalah! Hahahah.

Bersambung - Part 3 (Day 2 LIMA '15)




-lotsa luv-
Fayreen Mizan


2 comments:

  1. Wahh syoknya dapat gi LIMA .. saya pernah gi zaman habis belajar tu pun sebab setup company kat sana ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Big boss (hasben) laa paling seronok.... Macam masuk Toys R Us kemain berseri-seri muka dia tengok jets tu semua. Hahahah...

      Delete