Thursday 26 March 2015

Langkawi Trip : LIMA '15 (Part 1)





Assalamualaikum,

Langkawi Trip - LIMA '15. Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition (LIMA '15) ini sememangnya trip yang dinanti-nantikan. Tak sabar sangat dah rasanya nak dengar ngauman jet yang berdesing-desing di telinga,  tak menyabar juga nak tengok jet terbang berdesup-desup dengan macam-macam maneuver atas kepala. Tak sabar hokeh nak tengok KRISAKTI, Sukhoi, Rafale dan seangkatannya beraksi!!

Akak selamat tiba di KL dari Pulau Langkawi tengahari Isnin hari tu. Suami akak ni memang minat yang teramat sangat dengan aerospace, aeronautical atau apa-apa sajalah yang berkaitan. Jadi, dah tentulah dia tak nak lepaskan peluang menatap kemachoan, kehebatan dan ketangkasan jet-jet kegemaran dia depan mata walaupun ada yang dah pernah tengok masa LIMA sebelum ni. Aku pun no hal... nak pergi Langkawi setiap kali LIMA pun boleh. Akak on je. Lagi aku suka sebab dapat merayap! Hahaha. 

Tiket flight dan hotel semuanya kitorang booking seawal bulan Jun tahun lepas! See... punyalah bersemangat kaan. Itupun hotel pilihan - Best Star Hotel dah fully booked! Hotel-hotel berdekatan yang harganya biasa-biasa saja pun fully booked juga. Meritius Pelangi masih ada bilik kosong masa tu tapi harganya.... alamak sesangat. Exceeded RM1K semalam tu. Super peak season katanya kann. Aku ni beriya-iya ingatkan kitorang orang terawal booked untuk LIMA... rupa-rupanya orang lain lagiiiii awal! Memandangkan dah tak ada pilihan dan kitorang pulak tetap berdegil nak stay kat area Pantai Cenang jugak.... maka, selepas mengodek-godek Agoda kami sepakat booked bilik di Huda Inn saja which turned out to be quite ok walaupun kedudukannya bukanlah exactly tepi pantai. Cerita pasal Huda Inn ni kemudian ya. 

Kerana rasa satisfied dengan service Malindo Air yang mesra alam dan charges yang straight forward, tak ada hidden itu ini masa trip ke Langkawi sebelum ni (entri trip ni pun akak masih berhutang lagi!!), maka dah tentulah Malindo Air sekali lagi jadi pilihan. Kalau diikutkan flight dijadualkan pukul 10++ pagi tapi sebulan sebelum terbang Malindo dah siap-siap hantar email beritau schedule dicepatkan ke pukul 7.45 pagi hari yang sama. Aku dah risau sebab knowing me...eh...knowing us... adegan kelam kabut nak keluar rumah mesti berlaku bila terbang pagi-pagi buta ni. To be safe, kitorang keluar rumah seawal pukul 5.30 pagi selepas 10, 15 minit 'berperang' dengan budak-budak kucing yang tak nak keluar dari bilik tidur kami! Berpeluh-peluh sampai cair make-up mengerjakan diorang. Bila keluarkan 2 ekor dari bilik... 3 ekor yang lain pulak berlari-lari masuk bilik. Keluarkan seko... 2 ekor yang lain pulak pecut masuk. Konspirasi beramai-ramai sungguh!

Memandangkan akak tak confident ada cab lalu depan rumah subuh-subuh sapie tu, kami berdesup drive dan parking kereta kat TBS sebab nak naik KLIA Transit terus ke KLIA 2 nanti. Charge parking yang dikenakan di TBS sangat-sangat berpatutan - RM4 sehari! Dahlah tempat parking bersih... covered pulak tu. Hubby pulak parking dekat baris yang sederet dengan booth polis. Lagilah bertambah-tambah confident tinggalkan kereta kat situ. Bolehlah kami terbang di awan biru dengan senang hati. :) *Humming lagu Seiring Sejalan sambil seret suitcase ke terminal KLIA Express. Beli tiket Bandar Tasik Selatan - KLIA 2 pergi balik untuk 2 orang siap-siap. Tunggu beberapa minit akhirnya train pukul 6.10 am tiba. Dalam setengah jam kemudian sampailah kami kat KLIA. Convenient kaan.... tak perlu berdebar-debar meletup-letup dada terperangkap dalam traffic jam bagai. Sebab itulah kalau nak fly ke mana-mana kitorang laki bini lebih suka naik KLIA Transit. 

Dipendekkan cerita, urusan check-in... security check semua berjalan dengan smooth. Cuma masa security check tu akak terhegeh-hegeh sikit nak bukak tali pinggang sebab buckle tersangkut. Kalau tak ada drama tak sah kot! Apa-apapun flight berlepas on schedule dan sampai di Langkawi International Airport sejam kemudian. Keseluruhan penerbangan sangat smooth. Tapi tak dapat nak enjoy view sangat sebab akak duduk kat tengah. Setakat jeling-jeling sebelum landing ajelah jawabnya.
 
  LGK bertukar wajah... deretan kapal terbang dan jet perang dari saiz yang kecik sampai yang sebesar-besarnya tersusun kat runway.


Sempat snappy sambil berjalan masuk ke Arrival Hall.

Sekilas ikan di air aku dah boleh baca isi hati Mr. Hubby bila nampak segala jenis jet ni depan mata dia. Orang kalau dah minat kann. For sure meletup-letup dah dada tu sebab tak sabar nak ke Mahsuri International Exhibition Centre tempat berlangsungnya LIMA '15 ni. I feel you, darling! Ecececeh....

Sebelum ke exhibition hall kenalah ambik bag dulu.... lepas tu proceed ambik kereta sewa yang kitorang dah booking siap-siap. Kali ni Viva jadi pilihan (RM300 untuk 3 hari). Faktor utama pemilihan - Viva ni kan kecik molek. Jadi, senang untuk parking waktu super peak period macam LIMA ni. Jumpa space kecik... ke depan sikit, reverse sket... pusingkan stering kiri kanan... settle masalah! Faktor lain pemilihan - sbab kitorang kedekut pun iya jugak! Hahaha. Tapiiii, instead of Viva kitorang dapat Toyota Yaris pulak untuk beberapa jam pertama ni! Ok sangat laa tu kaan.

Settle segala urusan di airport, kitorang letak barang dalam kereta... cari parking yang sesuai dalam kawasan airport (RM2 sekali entrance).... kemudian jalan kaki saja ke Mahsuri International Exhibition Centre. Walaupun sebelah saja dengan airport, tapi berpeluh-peluh jugalah menapak disebabkan cuaca panas. Walaupun belum pukul 10 pagi dah terasa bahang sangat. Orang pun ramaiiii yang amat. Tapi nasib baik masa kitorang sampai dah tak berapa ramai orang beratur dekat kaunter tiket (RM10 - dewasa, kanak-kanak - foc). Jadi, urusan membeli tiket masuk smooth sajalah. Bila nak masuk ke main entrance... ambikkkk.... agak azab disebabkan pengunjung yang ramai.

Maka, bermulalah cerita LIMA '15 dan sesi tepek menepek puluhan gambar jet....


TUDM


Sambil-sambil warm-up ambik gambar, tup-tup terdengar deruan jet. Our very own KRISAKTI baru nak buat performance rupa-rupanya.  Apa lagi... sesi menala lens oleh hubby pun bermula laa. Tugas akak pulak - ambik video. Kualitinya... super parkinson you know!! Forget the 'parkinsoness', meh saksikan aerobatic performance yang super duper awesome dan mendebarkan dari Krisakti.




KRISAKTI 1Malaysia Aerobatic Team














Selamat mendarat. Performance diorang memang superb. Sangat-sangat WOWWWW!

Tak lama lepas KRISAKTI mendarat terdengar pulak ngauman beberapa buah jet lain yang dah bersedia untuk performance seterusnya.


 Showtime - Aermacchi MB-339 Al Fursan Aerobatic team dari UAE.




 








Performance diorang sangat synchronized dan cantik!!!










 Performance dari UAE ni pun WOWWWWWW sangat. Menghiburkan complete dengan segala macam maneuvers yang mendebarkan.

By this time memang dah rasa panas yang amat. Bukannya akak mengada-ngada fefeeling puteri lilin ke apa. Memang sangat panas haritu. Rasa macam masuk dalam oven kot (??). Lepas performance yang 5 bintang dari UAE tadi, team dari Singapore Air Force pulak mengambil tempat. Gambar-gambarnya akak tepek dalam next entry ya. Dah panjang sangat daah pun entry ni. Bukan tu je, aku pun dah penat menepek gambo! Hahaha. *Itu sebab sebenarnya! :p

Till then... hugs...


-lotsa luv-
Fayreen Mizan

3 comments:

  1. very nice pixs.. thanks for sharing

    ReplyDelete
  2. hahaha..suka ur sense of humour Fay..superb! baca sambil sengih sorang2..hahaha..

    ReplyDelete