Monday 2 March 2015

Cats Tale| Pulanglah Sayang!

Assalamualaikum,

Masuk hari ni dah 8 hari MamaKat tak balik rumah. Tak balik lebih seminggu ni dah dikira pelik. Dia ni bukanlah jenis kucing yang suka merayap. Kadang-kadang tu dia keluar sekejap, tak sampai setengah jam dah balik semula. Nak keluar jejak tanah 2,3 hari sekali pun susah. Duduk memerap dalam rumah seminggu suntuk pun boleh.

Tapi, kalau tiba musim mengawan tu ya ampun... memang uncontrollable! Terjerit-jerit mintak dibukakkan pintu nak keluar tengah-tengah malam sedangkan sebelum ni jarang sangat dengar dia bersuara. Siap cakar-cakar pintu lagi. Habis punah ranah kesopanan dan kesusilaan MamaKat selama ini! Betapa hebatnya panahan asmara!!

Masa musim mengawan memang tak nampak batang hidung dia witihin the neighborhood. Heran aku.. tak tahulah mana dia cari port. Hilang terus 2,3 hari tu. Musim mengawan kucing-kucing ni langsung tak ingat makan minum kot. Ke MamaKat je peel macam tu? Tapi ada sekali tu dia tak balik rumah sampai 5 hari. Itu tempoh mengawan yang paling lama aku rasa. Tu yang keluar anak 7 ekor terus. Campur anak Hazel ada 4. Total anak kucing masa tu ada 11 ekor! Hambik....pitam Mama Pay kau, nak!

Tapi, kehilangan kali ini agak pelik sebab berlaku di luar waktu mengawan. Musim mengawan sebulan lepas MamaKat cuma keluar 2 malam je. Perut dia dah memboyot tunggu sampai masa nak beranak pun tu. Itu yang aku risau... takut apa-apa yang tak elok berlaku ke... takut dia lari ke. 

Nak kata merajuk, tak mungkin. Seingat aku, tak pernah sekali pun MamaKat kena marah. Dijentik telinga pun tak pernah. Disesah dengan penyapu jauh sekali. Penyapu tu dibuat main adalah! Memang tak tergamak pun nak punish diorang. Capacity otak diorang agak limited. Capacity yang ada hanya cukup untuk survival dan basic needs mereka yang lain. Diorang tak mampu berfikir pasal aspect impact macam manusia. Kalau buat salah tu maafkan sajalah.

Berbalik pada MamaKat... di mana dia? Sihat ke? Cukup makan minum tak? Proper ke tempat tidurnya? Dah beranak ke? Berapa ekor kali ni? Sihat tak anak-anaknya? Aku asyik fikir semua persoalan ni sepanjang 8 hari MamaKat menghilang. Tapi, aku juga dalam denial sebenarnya. Ada satu persoalan lagi yang aku tak nak fikir - Hidup lagi kah MamaKat??? 

Bukan menolak hukum. Semua benda hidup akan mati. Itu pasti. Tanyalah mana-mana pemilik kucing. Kenyataan yang satu ni memang menyedihkan. Apa-apapun naluri aku kuat mengatakan MamaKat is still alive and kicking out there. Semoga MamaKat dilindungi Allah dari sebarang kejadian tak diingini di luar sana. Please come back, Mama. I miss you so much. Rindu sangat dengan si mata hijau ni....... 

Come back soon.....

 Throwback - 16 September 2013. 2 hari selepas MamaKat, Hazel dan Tomcat jadi penghuni tetap rumah ini.


Balik cepat-cepat ya sayang.



-lotsa luv-
Fayreen Mizan

2 comments:

  1. Aduhai sayu pulang rasa, balikla dia nanti..........

    ReplyDelete
  2. Alaaa MamaKat balik lah cepat. Insha Allah Kak Fay, dia akan balik secepat mungkin. Kalau pun sesat, haraplah ada yang bagi makan & tolong jaga dia. I feel u, sangat2 feel.

    ReplyDelete