Thursday 26 February 2015

Cuci Mata | Bunga-bunga Di Bukit Bendera, Pulau Pinang.

Assalamualaikum,

Rasanya all this while dah selalu sangat aku share gambar-gambar sunset untuk cuci mata. Hari ni kita cuci mata dengan bunga-bunga dan tumbuh-tumbuhan di Bukit Bendera pulak. Walaupun kurang kenal nama-nama bunga, sebagai seorang perempuan jauh di sudut hati mestilah tetap ada perasaan suka tengok bunga-bunga yang berwarna-warni, kann? Tapi, tang nama tu aku memang fail!

Yellow Crysanthemum. 

Amboihhh crysanthemum bagai... padahal biasanya aku panggil bunga kekwa je! Aku selalu keliru antara bunga daisy dan kekwa ni sebenarnya. As I googled through, ada perbezaan pada kedua-duanya dari dari segi penjagaan, jenis daun mahupun bentuk bunga. Tapi bagi layman macam aku ni, kedua-duanya tetap nampak sama!
  
Bunga Siantan @ Ixora.


Bunga Senduduk.

Bunga Tahi Ayam.

Cantik juga sebenarnya. Cuma nama tu potong stim sikit. Tapi, apalah yang ada pada nama?? Kann?

Bunga Misai Kucing

Kalau tak kerana gigih mengoogle demi untuk tahu nama-nama bunga yang aku dok tepek dalam entri ni, harus sampai ke sudah aku tak aware pun inilah bunga Misai Kucing rupa-rupanya! Padahal biasa je dengar daun Misai Kucing disebut-sebut orang. Nasib baiklah ada sikap ingin tahu dalam diri. Jadi, marilah kita terus browse untuk tambahkan lagi input yang berguna untuk manfaat bersama. Ehemmm. Motip sungguh!

Unknown spesis.

Ini pun tak tahu juga...

Misai Kucing lagi.


Info dan khasiat Misai Kucing :

Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Juga dapat membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi. Mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing. Ia juga tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-ubat moden. Dapat juga merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan penyakit batu karang, selain dapat mencegah pembentukan batu karang dan jangkitan saluran kencing, diabetes and nephritis. arteriosclerosis (capillary dan masalah peredaran darah),  Terkenal juga dengan khasiatnya untuk merawat kencing manis, mengurangkan kadar kolesterol darah, menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle pada dinding organ dalaman disamping sifat antiseptiknya. 

* Kredit http://www.bio-asli.com/Herba/misaikucing.asp

Bunga Keembong Merah

Lempoyang @ Pine Ginger.

Serius aku tak kenal rupa lempoyang ni walaupun biasa sangat dengar namanya masa kecik-kecik dulu. Again, nasib baiklah sikap ingin tahu tu berkobar-kobar. Jadi, dengan segera aku google around untuk tambahkan ilmu supaya tak terus sesat hingga ke penghujung jalan. Ptui sangat statement tu! Padahal pasal lempoyang je pun! Hahahah.

Ini ada sedikit info pasal lempoyang yang dicopy paste --> Digunakan untuk mandian ibu bersalin dan dibuat ulam. Membersihkan kulit , menambah selera makan, mengubat disentri, buasir, menghilangkan cacing, buang angin, bisa-bisa badan.


Cantik untuk menghiasi taman dan banyak pula khasiatnya. Jadi, apa lagi? Marilah kita bergotong-royong tanam lempoyang beramai-ramai.




Mana-mana bunga yang dibiarkan tidak bernama tu disebabkan aku tak tahu apakah jenisnya. Dah google pun tak bertemu jawapan. Lepas ni memang kena luangkan masa untuk kenal lebih banyak tumbuh-tumbuhan. Bab menanam pokok yang sesuai tu mungkin boleh dipertimbangkan juga. Minat nak menanam tu ada tapiii aku kurang berdisplin menjaga pokok-pokok ni. Bila rajin bukan main lagi. Sehari sampai 2, 3 kali bersiram... siap bubuh baja lagi. Kalau angin malas menyerang 3 hari laa pokok tu tak jumpa air. Caner tu??


-lotsa luv-
Fayreen Mizan

No comments:

Post a Comment