Akhirnya 'exploring Tokyo' sampai ke entri yang terakhir. Hari ni adalah hari yang kesepuluh di mana kitorang akan berangkat pulang ke KL menaiki Malaysia Airlines pada pukul 10.30 pagi nanti. Dengan semangat yang membara, subuh-subuh sapie lagi kitorang dah bangun. Dah tentulah aku yang kena mandi dan bersiap dulu. Nak belit-belitkan shawl... nak conteng muka semua tu tetap ambik masa walaupun result before vs afternya tetap sama! Kenalah touch up sikit-sikit. Takkanlah nak balik Malaysia dengan muka pucat lesi pulak kann? Manalah tau kot-kot ada sambutan sempena keberangkatan pulang tuan blog ke tanahair kat KLIA nanti!! Hahaha.
Seawal jam 6 pagi kitorang dah keluar dari bilik dan terus ke lobi untuk check out. Sebelum tu sempat lagi minum secawan dua kopi free yang dah sedia ada kat lobi buat kali terakhir. Process check out sangat mudah - serahkan saja kunci bilik pada receptionist. Lepas adegan bongkok membongkok dan hait menghait 2, 3 kali tanda hormat, maka bergeraklah kami ke Kodemmacho Station sambil menyeret bag masing-masing meninggalkan Hotel Horidome Villa setelah 9 hari dijadikan tempat penginapan rasmi. Walaupun saiz bilik agak kecik, overall aku sangat puas hati stay sini. Simple review hotel akan menyusul nanti.
Memandangkan bag dah agak ringan setelah semua bekalan makanan berjaya dikhatamkan tak berapa azab sangatlah menjinjit bag turun anak-anak tangga kat Kodemmacho Station. Walaupun tak azab, slow giler jugak aku turun tangga. Last-last hasben suruh aku stay je kat tangga tu dulu sementara dia letakkan bag dia kat bawah dulu. Kemudian dia naik semula bawakkan bag aku. Aku pulak cepat-cepat turun jaga bag yang dah letak kat bawah tadi tu. Nasib baik cuma dua luggage bag je... kalau sploh??? Sebenarnya ada lif kat station ni. Tapi sampai ke sudah kitorang tak jumpa exit mana satu yang ada lif tu!
Menangis teresak-esak di tepi tangga sambil menjinjit bag!
Kemudian, kitorang terus beli tiket ke Ueno dari mesin. Sampai ke sudah akhirnya tak belipun Suica card. Dari mula-mula tiba Tokyo sampai nak balik KL tiket train kami beli secara tunai saja. Info Suica card, klik SINI.
Kodemmacho ---> Tokyo Metro Hibya Line (5 mins, 2.4 km, 170 Yen) ---> Ueno.
Sampai saja di Ueno Station, kitorang terus bergerak menghala ke arah Keisei Ueno Station untuk beli tiket ke Narita Airport. Signage yang ada memang sangat user friendly. Kitorang cuma kena fokus dan follow arah yang ditunjukkan sampai ke kaunter. Those yang sarat dengan bag pun tak perlu risau sebab lif disediakan untuk pengguna Keisei. Jadi, tak perlulah berpeluh-peluh pikul bag turun naik tangga.
* Google image
Signage Keisei Line.
Keisei Line ada 2 jenis train untuk ke Narita Airport - Keisei Skyliner dan Keisei Limited Express. Keisei Skyliner lebih laju dan dah tentulah harganya lebih mahal dari Limited Express. Perjalanan sehala dari Ueno ke airport (41 minit) berharga 2,470 Yen manakala Limited Express pula cuma 1,030 Yen saja sehala untuk perjalanan selama 70 minit. Memandangkan masih banyak masa lagi, kitorang sebulat suara pilih untuk naik Keisei Limited Express. Di saat-saat akhir ni setiap sen Yen jadi amat berharga bagi memastikan upacara meleburkan saki baki Yen di duty free shops airport nanti lebih meriah dan berwarna-warni!
Apapun, aku rasa Narita Express lebih menjimatkan dari Keisei Skyliner bagi perjalanan pergi balik dari/ ke Narita Airport. Sesiapa yang follow trip Japan aku ni tentu ada terbaca yang plan untuk naik Narita Express masa aku mula-mula sampai Tokyo haritu terbantut disebabkan service NEX yang dihentikan seketika sebab ada accident. Boleh klik SINI untuk baca full entry. More info pasal Keisei Skyliner klik SINI. Narita Express pulak klik SINI.
Alhamdulilah proses-proses lain lepas tu juga berjalan dengan smooth termasuk aktiviti shopping kat duty free shop yang ada! Rugi kalau tak akhiri lawatan ke Tokyo dengan aktiviti riadah yang satu ni di Narita Airport! Kalau nak cari souvenir yang lebih cantik dengan packaging 'kejepunan' yang lebih presentable, di sinilah tempatnya. Harga pun agak reasonable. Kit Kat ocha (green tea) pun ada jual kat sini.
Apapun, aku rasa Narita Express lebih menjimatkan dari Keisei Skyliner bagi perjalanan pergi balik dari/ ke Narita Airport. Sesiapa yang follow trip Japan aku ni tentu ada terbaca yang plan untuk naik Narita Express masa aku mula-mula sampai Tokyo haritu terbantut disebabkan service NEX yang dihentikan seketika sebab ada accident. Boleh klik SINI untuk baca full entry. More info pasal Keisei Skyliner klik SINI. Narita Express pulak klik SINI.
Akhirnya kitorang tiba di Terminal 2 Narita Airport dengan selamatnya.
Sempat lagi snap beberapa keping gambar sebelum check-in.
MH089. Narita - Kuala Lumpur.
Lepas check-in kitorang proceed untuk Security Check. Tup-tup sorang officer perempuan datang dekat aku. "Maam, can you please take off your...." Sudahhhhh.... berdebar-debar bila dengar perkataan 'please take off' tu okeh. Nak kena take off apa pulak ni!!?? Buatnya dia suruh take off yang pelik-pelik ke! "...... can you please take off your brooch?" Tarik napas lega sepanjang-panjangnya! Officer tu siap senyum-senyum lagi. Maka terpaksalah aku berjalan dengan keadaan kepala keras kejung demi untuk memastikan shawl tak terburai depan orang ramai. Nasib baik jugalahlah aku pakai shawl yang terletak dan tak licin.
Alhamdulilah proses-proses lain lepas tu juga berjalan dengan smooth termasuk aktiviti shopping kat duty free shop yang ada! Rugi kalau tak akhiri lawatan ke Tokyo dengan aktiviti riadah yang satu ni di Narita Airport! Kalau nak cari souvenir yang lebih cantik dengan packaging 'kejepunan' yang lebih presentable, di sinilah tempatnya. Harga pun agak reasonable. Kit Kat ocha (green tea) pun ada jual kat sini.
Menuju ke Satellite Building untuk boarding.
Deretan kapal terbang yang gagah perkasa.
Hasben aku adalah pengemar tegar dunia aeronautic. Jadi, melangkah ke Satelite Building ni umpama dia melangkah masuk dalam Toys R Us! Sebab tu lah KLIA antara spot pebret kitorang zaman-zaman dating dulu!
American Airlines.
Jetstar
Qantas
Finnair
Seperti biasa, adegan berebut-rebut nak duduk tepi tingkap memang berlaku antara kitorang laki bini. Terbanglah seploh ribu kali pun, tetap masing-masing nak duduk tepi tingkap jugak walaupun tempat duduk dah pre-determine!
Terbang meninggalkan Narita as scheduled.
Meninggalkan Narita Airport di belakang.
Lambai-lambai tangan tanda selamat tinggal sambil lap airmata yang jatuh membasahi pipi!
Tup-tup sesuatu muncul nun di sana. Sepandai-pandai Fuji berselubung di sebalik awan, akhirnya selimut tersingkap juga!
Mount Fuji dari udara.
Sayonara Fuji-san! *Background lagu Ribaibaru!
Sempat ambik gambar aeroplane dari dalam aeroplane.
Bumi Nippon makin jauh ditinggalkan....
Terbang ditemani awan.
Lunch kami hari tu. Sebenarnya dah terbayang-bayang asam pedas masa ni! Lepas makan aku bantai tidur. Kemudian bangun tengok movie. Sambung tidur balik. Bangun. Tengok awan. Makan. Tidur semula. Itu ajelah aktiviti yang boleh dibuat dalam kapal terbang.
Alhamdulilah perjalanan selama hampir 7 jam lebih sangat smooth. Kitorang touchdown di KLIA dengan selamatnya lebih kurang pukul 3.15 petang. Keluar saja dari Arrival Hall terus serbu kedai makan dulu. Jeans yang longgar sepanjang kitorang kat Tokyo jadi ketat semula tak sampai seminggu balik Malaysia!
Lepas isi perut, terus naik KLIA Transit dan stop kat Bandar Tasik Selatan. Dari Bandar Tasik Selatan kitorang naik cab untuk balik ke rumah. Sampai saja rumah, bukak pintu terus serbu, peluk cium dan gomol budak-budak kucen. Nasib baiklah adik ipar aku tolong jagakan. Kalau tidak, susah juga kot nak bergerak. Kena chartered kapal terbanglah kot bawak diorang travel sekali. *Statement tak berpijak di bumi nyata!
Lepas isi perut, terus naik KLIA Transit dan stop kat Bandar Tasik Selatan. Dari Bandar Tasik Selatan kitorang naik cab untuk balik ke rumah. Sampai saja rumah, bukak pintu terus serbu, peluk cium dan gomol budak-budak kucen. Nasib baiklah adik ipar aku tolong jagakan. Kalau tidak, susah juga kot nak bergerak. Kena chartered kapal terbanglah kot bawak diorang travel sekali. *Statement tak berpijak di bumi nyata!
Selesai sudah entri sepanjang 10 hari di Tokyo yang asyiklah tertangguh dari pertengahan bulan Mei dulu. Better late than never khennn? Hahaha. Kemain beria-ia aku reverse psychology bagai. Sikit tips & trick dan review hotel aku share nanti ya. Diharapkan input yang aku tulis ni sikit sebanyak dapat dimanfaatkan oleh readers. Muahhhhh pipi kiri kanan. Muahhhh juga pada hubby yang dah bermurah hati menerbangkan ai ke Tokyo sempena anniversary bulan Mei haritu. Muahhhhh sekali lagi dengan ucapan terima kasih daun keladi... kalau I terbooking flight ke mana-mana terimalah dengan rela hati!!! *Lari tak cukup tanah sebab aku tau dia sure baca ni.
Day 1 - Exploring Tokyo : Akihabara
Day 2 - Exploring Tokyo : Tokyo Disneyland (Part 1)
Day 2 - Exploring Tokyo : Tokyo Disneyland (Part 2)
Day 3 - Exploring Tokyo : Tokyo DisneySea (Part 1)
Day 3 - Exploring Tokyo : Tokyo DisneySea (Part 2)
Day 4 - Exploring Tokyo : Meeting The Pandas At Ueno Zoo
Day 5 - Exploring Tokyo : Odaiba
Day 6 - Exploring Tokyo : Epson Aqua Stadium, Shinagawa
Day 6 - Exploring Tokyo : Dolphin Di Epson Aqua Stadium, Shinagawa
Day 6 - Exploring Tokyo : Sea lion Di Epson Aqua Stadium, Shinagawa
-lotsa luv-
Fayreen Mizan-
part kena bukak .... tu mmg nebes kan.. plus klaka...
ReplyDeletewah ~ Fuji dari awan... santikkk
hahahah..saspen sangat masa tu.
Deletecantinya , bestnya !! teringin
ReplyDeleteInsyaalah, satu hari nanti Anis sampai juga nanti. :)
Deleteakhirnya habis jugak entri Tokyo.. Insyallah kalau pergi sana nanti boleh refer blog ni dah cukup cover detail info pasal Tokyo..
ReplyDeleteYa Fidza. Tamat sudah akhirnya :)
Deleteakhirnyaaa.. habis jugak untuk entry hari ke 10 ye... (:
ReplyDeleteHahaha. Akhirnyaaaaaaa. Berzaman nak menghabiskan :p
Deletewah habis dah ke? huhuhu..suke tgk gambar2 kat sane =)
ReplyDeleteSettle sudaaaa. Cuma tips2 tu je sangkut lagi! :p
DeleteBila baca,macam kita yang ada dekat sana.
ReplyDeleteNgee. Tenkiu dear :)
Deletepart berebut nak duduk tepi tingkap tu mmg kelakar hahaha
ReplyDeleteehh..betul ke mengalir air mata nk tinggal Narita...ke PROPA je ehehehehe
psst : x nk repeat ke hikss
Itu semua PROPA semata-mata JM! Hehehe. Filem Tamil sebabak kononnya! Ada rasa nak repeat... tapi 2,3 tahun lagi kot.
ReplyDeleteMenangis nak turun tangga tinggi tu dengan luggage even tak berapa berat. mmg husband kak fayreen tersangatlah gagah & gigih. hihihi. Part suruh tanggal brooch tu kawan naz pun dah mengalami. so naz mmg bertekad pakai syria sarung je kalau nak naik katebang haha
ReplyDeleteHihi...berebut nak dok kat tingkap tu pun adegan wajib kitorg laki bini..hahaha
ReplyDelete