Wednesday 29 January 2014

Wordless Wednesday #2 - The Paradise




Location : Tioman Island, Malaysia
www.tioman.org 



* 2014 has been officially declared as the Visit Malaysia Year and is packed with exciting events, colourful celebrations and activities.


 ********************************************************************


On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

-lotsa luv-
Fayreen Mizan

Tuesday 28 January 2014

MARI KURANGKAN SIKAP SUKA KOMPLEN!

Assalamualaikum,

Pendekatan entri hari ini sedikit berbeza ya. Bukan niat aku untuk merasakan diri ini cukup bagus sehingga ke tahap boleh memberi nasihat kepada orang lain... no... no... no... bukan macam tu. Apa yang aku tuliskan ini adalah peringatan untuk diri aku sendiri terutamanya... yelaa bila aku tulis, lebih mudahlah untuk aku ingat.

Ada sesiapa di luar sana yang tidak pernah komplen walau satu apapun selama korang hidup ni? Kalau komplen benda-benda yang sekiranya dibiarkan boleh mendatangkan masalah pada diri kita sendiri itu aku faham... aku sendiri pun tidak akan berdiam diri kalau berlaku perkara-perkaa macam tu. Bagaimana pula dengan  sikap suka komplen benda-benda yang remeh-temeh dan tiada kesan langsung pada diri sendiri pada setiap masa dan ketika? Aku berikan beberapa scenario sebagai contoh :

Kita dijemput menghadiri sebuah majlis. Dari decoration, makanan, barisan tetamu yang hadir, layanan tuan rumah hingga ke aturcara majlis semua kita komplen dan tidak kena pada pandangan kita. Eh… pada aku itu dah melampau sangat. Berterima kasihlah kerana dalam jutaan manusia yang ada ni, kita antara yang diundang. Bukan senang untuk tuan rumah memuaskan hati semua tetamu… bukan sedikit wang ringgit, masa dan keringat yang keluar. Ini majlis dia… jadi secara logik memanglah decoration, menu makanan dan aturcara semua tu mengikut kehendak, citarasa dan budget tuan rumah kan?

Contoh lain, kita discover seluruh anggota keluarga A memakai baju berwarna pink di pagi Raya. Rasanya tidak perlulah kita bising-bising komplen sana sini dan pertikaikan kenapa suami dan anak-anak lelaki A tergamak memakai kaler pink tu. Perlu ke kita nak stress tak tentu pasal dalam hal-hal yang kita tak ada kepentingan? Biarlah diorang sekeluarga hendak pakai warna apapun... tidak ada warna yang dikhaskan hanya untuk lelaki atau perempuan sahaja sebenarnya. Suami dia hendak pakai color blocking pink, biru dan hijau sekalipun biarlah. Masing-masing ada fashion sense sendiri... jadi hormatilah citarasa dan pilihan setiap individu.

Contoh kedua, kita komplen pasal B yang bergaji besar tetapi cuma memakai handbag murah saja.... lepas tu kita komplen pula pasal C yang sanggup berhabisan ribuan ringgit membeli branded handbag. Pada aku senang saja.... kenapa perlu bising-bising... apa yang dibeli tu samada murah atau mahal bukan gunakan duit aku pun...so why bother? Itu rezeki masing-masing... kita pun tak tahu kisah di sebalik tu. Mungkin B ada banyak komitmen dan tanggungjawab pada keluarga... atau mungkin C terpaksa menabung untuk reward diri sendiri atas sesuatu achievement.

Contoh seterusnya, kita komplen pula cara orang bercakap atau present sesuatu sewaktu membentangkan projek atau kertas kerja, atau cara seseorang berjalan. Pendek kata, apa yang dibuat oleh orang lain serba tidak kena di mata kita. Belajarlah terima kenyataan ini - kita tidak boleh control orang lain dan mengharapkan mereka lakukan apa yang kita hendak. Terimalah individuality seseorang. Minat, bakat, kecenderungan, rezeki, kelebihan dan kekurangan seseorang manusia itu berbeza-beza.

Sikap kita yang suka kompen secara keterlaluan ini juga menunjukkan kita adalah seorang yang negatif dan hanya mahu dihormati oleh orang lain kerana dikuasai oleh ego yang tinggi! Jangan sebarkan aura negatif ini kepada orang-orang di sekeliling yang terpaksa mendengar komplen-komplen kita. Orang-orang di sekeliling akan merasa rimas dan lemas mendengar komplen kita yang tidak pernah surut. Ubah tabiat yang suka memperlekeh dan mempersendakan orang lain dan mendakwa diri kita lebih baik, hebat dan sempurna. Tanpa sedar, sikap suka komplen ini juga menunjukkan kita mempunyai 'penyakit hati'... secara tepatnya sakit hati atau dengki melihat kelebihan orang lain dan akan merasa gembira apabila melihat orang lain lebih lemah. Jadilah seorang yang positif dan belajar menghargai pandangan, kelebihan, kekurangan serta berhenti menyalahkan orang lain. Hormati orang lain seperti mana kita mahu diri kita dihormati.

Bila kita sibuk komplen atau kondem orang, tidak mustahil suatu hari nanti kita pula akan dikomplen 
oleh orang lain. Tidak selama-lamanya kita akan berada di atas, ada ketikanya kita akan berada di bawah juga kerana Allah itu maha adil dan penentu segala-galanya.

Kepada semua readers, semoga kita semua dijauhi dari 'penyakit' seperti ini. Peace...


-lotsa luv-
Fayreen Mizan-

Friday 24 January 2014

TEASER - CYBERVIEW RESORT & SPA!



Assalamualaikum,

Sometimes the urge to get away from the city is too strong... away from our hectic lives... away from the traffic jam... away from the concrete jungle, rite?

Kerana itu, aku personally rasa Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya memang satu hideaway yang sangat sesuai untuk tujuan-tujuan di atas. Lagipun jaraknya tak terlalu jauh dari KL... so tak perlu drive jauh-jauh dan tak perlu duduk berjam-jam dalam kereta.

Di samping servis yang superb, landskapnya pun sangat cantik dan tersusun dengan barisan pokok-pokok yang menyegarkan pandangan... a perfect mind therapy!  

Apa lagi yang ada dan menarik di sini? Minggu depan nanti aku post entri lanjut mengenai Cyberview Resort & Spa ni ya. Sementara tu, kita cuci mata dan rehatkan minda dengan gambar-gambar di bawah dulu :




Cantikkan??


Till then, have a wonderderful weekend and spend your time wisely....

 :p



-lotsa luv-
Fayreen Mizan

Thursday 23 January 2014

FACEBOOK, WHATSAPP DAN PERTEMUAN ITU!

Assalamualaikum,

Peristiwa ni berlaku almost a month ago and I kept asking myself whether to write this entry or not. Tapi sebab aku anggap peristiwa ni amat penting, aku tulis juga walaupun sedar ada possibility untuk dikutuk oleh classmate aku zaman belajar dulu. Semua tu aku letak ke belakang sebab buat masa ni cuma sorang saja classmate yang tahu aku ada blog - tupun sebab dia cousin aku.... so by the time kawan-kawan aku yang berkenaan terbaca entri ni (sekiranya berlaku)... hopefully cerita ni dah pun basi time tu... :p

Dulu aku study di ITM Shah Alam... lepas kami membawa haluan masing-masing dan bekerja, 90% dari kami lost contact begitu saja. Zaman-zaman aku bukan macam zaman Gen Y sekarang. Macam mana nak email kawan-kawan untuk bertanya khabar sebab cuma beberapa orang saja yang ada email.... email pun bukannya satu medium perhubungan penting masa tu. Hendak bertelefon atau sms pulak bukan semua orang ada handphone seperti sekarang. Cuma sesekali kami call rumah masing-masing. Tapi lama kelamaan bila masing-masing dah mula berhijrah ke sana sini momentum tu jadi slow dan lama-kelamaan kami terus totally lost contact.

Sebahagian besar aku dapat kesan semula hanya apabila Facebook wujud. Excited sangat bila dapat detect diorang tu... tapi the gap is still there. It's not as genuine as meeting your friends face to face! Yelaa... nak melawak atau komen lebih-lebih macam tak berapa sesuai sebab ramai orang lain yang boleh baca... kita kena alert juga sebab tak nak gurauan kita tu memalukan kawan-kawan atau mendatangkan rasa kurang senang pasangan masing-masing.

Lepas tu, baru-baru ni salah seorang dari classmate aku buat WhatsApp group untuk batch kami sahaja... lagi mudahlah kami berinteraksi sesama sendiri walaupun penambahan satu lagi group ni membuatkan aku lebih kerap kena charge handphone kerana battery cepat weak! Kawan-kawan punya pasal, no hal sebab seronok berbalas-balas text dan berloyar buruk dengan diorang... diorang semua ni memang super funny dan hyper dari dulu lagiiii. Until satu hari tu, kami discover beberapa orang dari Sarawak dan yang di Utara akan berada di KL pada hari yang sama... so kami sepakat set a date dan ambik peluang yang ada untuk berjumpa di restoran Hadramwut, Ampang.


Akhirnya, selepas berbelas-belas tahun terpisah.... 

Walaupun cuma beberapa orang saja yang berjaya dikumpulkan dalam waktu yang singkat.... suasana tetap meriah dengan jokes dan gelak syaiton masing-masing.


Hadramwut Grilled Set - aku pilih menu ni... tapi rasanya sangat kureng dan terlalu plain. Tak tahulaa mungkin keterujaan berjumpa kawan-kawan lebih hebat dari rasa makanan tu kot!



Yang dulu slim melim sekarang berisi 'sikit' sebab cukup makan...yelaa dulu-dulu slim sebab ada kalanya nasi goreng sepinggan pun kami share especially hujung-hujung bulan sementara tunggu biasiswa 'fama' masuk.... Ada yang dulunya rambut lebat sekarang dah nipis sket sebab itu trend yang selari dengan penambahan umur (??!!!??)...... yang ada putih-putih sket dekat rambut tu sebenarnya bukan uban, dia tersilap lumur bedak anak instead of minyak rambut sebab nak cepat punya pasal.... hahaha... mampuih laa aku kalau diorang baca ni!

 

Kami sebenarnya nak ambil gambar yang perempuan saja masa ni.... tapi yang tengah tu memang suka interprem sejak dulu lagiii...


See ?!?


Finally.....


Fizikal masing-masing saja berubah... tapiiiiii.... loyar buruk diorang tetap sama... gelak ketawa masing-masing yang macam guruh tu pun tetap sama.... bab-bab ni korang memang maintain!!


Flashback - our precious moments together :


After completing our Pre Diploma In Law task...

(Zaman-zaman aku dulu, siapa yang nak ambik Law kena ambik Pre Diploma In Law
selama satu semester... sekarang dah tak ada praktis macam ni)


Those confusing law years... dah mula ada konflik jiwa masa ni! :)



Friends, if you're reading this... I just want you to know that I miss those moments so much. Thank you for being there for me... for being my shoulder to cry on... terima kasih kerana meminjamkan aku notes atau cases sebelum tutorial Contract terutamanya (kalau tak nanti Ramlah sentap... pastu silap-silap kena halau keluar kelas macam mana?!?).... terima kasih belanja aku sesekali dan memaksa aku belanja juga sekali-sekala.... terima kasih kerana tolong signkan attendance bila aku lambat atau ponteng kelas.... terima kasih juga kerana sudi ponteng kelas bersama-sama atau kadang-kadang korang pulak yang ajak aku ponteng kelas! We went through a lot of challenges together, kann... Thank you...thank you for everything and I meant it from the deep of my heart.....hugs sket...

** To readers, jangan buat apa-apa perbuatan yang tidak elok di atas...if I could turn back time, memang aku nak perbetulkan keadaan  dan buat yang baik-baik saja... sob...sob..

Apapun kita tak boleh terus hidup dengan memories yang lepas... life goes on and we have to keep on moving forward. Apa yang elok kita simpan sebagai kenangan yang manis dan pembakar motivasi... yang tidak elok kita jadikan pengajaran dan panduan berguna di masa hadapan.

Semoga persahabatan kita berkekalan di sebalik perbezaan tentang hidup, matlamat, political views, etc. Do keep in touch dan melaporkan perkembangan diri masing-masing di WhatsApp setiap hari seperti sekarang! :p




- lotsa luv -
Fayreen Mizan

Wednesday 22 January 2014

Wordless Wednesday #1 - THE TWIN TOWERS




Petronas Twin Towers, Kuala Lumpur, Malaysia



* 2014 has been officially declared as the Visit Malaysia Year and is packed with exciting events, colourful celebrations and activities.




 ********************************************************************


On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.




- lotsa luv -
Fayreen Mizan

Wednesday 15 January 2014

BALI TRAVEL GUIDE - TIPS & TRICKS!

Assalamualaikum,

Seperti yang dijanjikan sebelum ni... aku akan share beberapa tips melancong ke Bali berdasarkan experience dan observation aku sendiri. Mudah-mudahan tips ini sikit-sebanyak boleh dijadikan guide bagi mereka yang hendak travel ke Bali nanti.

Flight Ticket :
Ini terpulang pada keselesaan dan budget sesorang individu. Ada yang prefer Air Asia sebab rate yang lebih rendah, untuk lebih selesa dan tidak perlu risau flight delay yang melampau, etc... ramai juga yang lebih suka naik Malaysia Airlines. Satu lagi pilihan yang ada ialah Malindo Air yang telah pun memulakan operasi dari KLIA ke Ngurah Rai International Airport sejak bulan Disember 2013. So, the choice is yours. Nasihat aku...once korang dah decide sesuatu destination...buatlaa price comparison untuk tiket dan service yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat penerbangan yang ada. Of course, untuk mendaptkan harga yang lebih murah belilah tiket sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh percutian.

* Sila klik link ini untuk rate serta flight schedule bagi Malaysia Airlines, Air Asia dan Malindo Air.

Penginapan :
Terdapat banyak pilihan hotel dan villa di serata Bali...dari yang murah hingga yang mencecah ribuan USD semalam. Bali adalah sebuah pulau yang full of colours dengan attraction dan landscape yang berbeza di antara satu wilayah dengan wilayah yang lain. 

Trip yang lepas ni kitorang stay di Kuta...tetapi dari awal memang aku dah plan untuk tidak stay di tengah-tengah kawasan Kuta yang sibuk tu. So, kami sepakat untuk stay di The Rani Hotel & Spa yang terletak di hujung Kuta dan memang kami telah buat keputusan yang tepat. Kawasan ini tidak jammed, less crowded dan banyak kedai terletak berhampiran....tu penting tuuu!

Terpulang pada diri masing-masing nak stay di surrounding yang macam mana...kalau nak tempat yang dekat dengan pantai, happening dan ada banyak kemudahan...sudah tentu hotel di Kuta adalah pilihan yang tepat. Sekiranya nak lebih privacy boleh stay di vila-vila yang banyak terdapat di Seminyak....atau di resort-resort lima bintang sekitar pantai di Nusa Dua.

Uluwatu dan Ungasan juga menawarkan penginapan dengan pemandangan sekeliling yang sangat unik dan cantik. Sekiranya mahu stay jauh dari kawasan pantai, korang juga boleh stay di Ubud iaitu pusat kebudayaan dan kesenian yang terletak di tengah-tengah Bali. Kebanyakan resort didirikan berhampiran kawasan sawah padi atau di lereng-lereng bukit di wilayah Gianyar.

Kalau korang jenis tak kisah berpindah-randah hotel....apa kata stay di dua tempat yang berlainan.... contohnya dua malam di Kuta dan dua malam lagi di Ubud? Mesti seronok sebab dapat rasa dua surrounding yang berbeza...kannn ... :)


The Rani Hotel & Spa, Kuta di mana kami stay selama 4 malam....


** Google Pic
Bali Bulgari Hotel & Resort terletak di Uluwatu... kadar bayaran boleh mencecah sehingga
RM11, 000 semalam!! Demammm....


** Google pic
 Pemandangan yang menyegarkan di Ubud


Tempat-tempat menarik di Bali :
Terdapat banyak tour operator yang bertauliah di Bali. Kita boleh buat booking lebih awal atau hanya booking apabila tiba di Bali nanti. Pastikan korang ambil sebanyak mungkin tour brochure yang disediakan secara percuma di Arrival Hall Ngurah Rai International Airport nanti dan buatlah perbandingan harga di antara satu tour operator dengan operator yang lain. Hotel-hotel penginapan juga menyediakan service ini.


Pamphlet percuma yang diletakkan di Arrival Hall.

Untuk percutian yang lebih bermakna, rancang itinerary korang dengan teliti. Terlalu banyak tempat untuk kita explore di Bali so plan wisely berdasarkan kecenderungan dan expectation masing-masing. Korang boleh refer ke posting Bali aku yang lepas untuk dapatkan input mengenai tempat-tempat yang menarik untuk dilawati :

(please klik)


Korang boleh juga skip lawatan ke Garuda Wisnu Kencana (GWK) dan Turtle Island tu. Sekiranya singgah ke Tanjung Benoa gunakan kesempatan yang ada untuk lakukan aktiviti yang agak rare iaitu Sea Walker di mana kita boleh berjalan di dasar laut menggunakan helmet khas yang berfungsi membekalkan oksigen.

Macam yang aku pernah tulis sebelum ni, sekiranya nak lakukan apa-apa watersport activity di Tanjung Benoa sila buat tempahan online (klik) --> Tanjung Benoa Watersport. Jangan beli package yang ditawarkan secara walk-in di sini kerana harganya sangat mahal. Sebelum purchase apa-apa, bandingkan juga pre-offered package di pamphlet yang korang ambik dari airport atau hotel tu kerana ada di antara package yang ditawarkan termasuk makan tengahari dan 2 jam spa treatment! Berbaloi kaan? Korang perlu rajin mencari info dan buat comparison service yang ditawarkan.

Mungkin ada di antara korang yang tidak berminat untuk melawat pusat-pusat perusahaan batik, perak, ukiran kayu, galeri lukisan atau menonton tarian-tarian seperti barongan dan kecak. Pada pendapat aku...Bali is not just an island with beautiful beaches and panoramic sunset spots...kebudayaan dan kesenian Bali yang tersendiri menjadikan pulau ini sangat unik. Lawatlah sekurang-kurangnya sebuah pusat kesenian to have a deeper insight on  Bali.


Uluwatu dan Tanah Lot adalah tempat yang wajib ada dalam itinerary lawatan....


Packing time - what to bring...what to wear :
Hahaha...orang perempuan selalu berhadapan dengan masalah besar ni. Nasihat aku - don't worry! Tak perlu bawa terlalu banyak pakaian. Basic rule bagi pakaian yang patut dibawa adalah seperti berikut - Bawa pakaian yang selesa dipakai terutama sekali dalam keadaan panas terik. Unlike Bandung, cuaca di Bali adalah lebih panas lebih-lebih lagi di kawasan pantai.

Walaupun suhu di kawasan-kawasan pergunungan seperti di Kintamani dan Bedugul agak dingin korang tak perlulaa bersweater bagai...suhunya tak serendah mana...lagipun biasanya kita cuma akan melawat ke tempat-tempat ni sekejap sahaja.

Bagi yang bertudung, sama seperti pakaian tadi....bawalah yang selesa dipakai dari warna-warna yang kurang menyerap haba. Pakailah apa saja asalkan selesa....tapi kalau boleh elakkan memakai pakaian berkotak-kotak putih dan hitam. Ini bukanlah satu pantang....tapiiiii....



***** please scroll *****













****************















*****













Hahaha...now you know why! Kebanyakan patung-patung di Bali dipakaikan dengan kain checkered hitam dan putih seperti ini :)

Definately no high heels ketika berpusing-pusing di sekitar Bali! Pastikan korang memakai sandal atau apa-apa jenis footwear yang selesa dan memudahkan pergerakan kerana for sure kita akan banyak bergerak ke sana sini....be prepared juga kerana di setengah-setengah tempat kita terpaksa turun naik anak-anak tangga yang banyak.

Jangan lupa bawa sunscreen dan swimming suit juga. Kebangkalian untuk korang tergoda dengan swimming pool di hotel masing-masing dan ended up terjun ke dalam kolam adalah sangat tinggi....

Ubat-ubatan...supplement tu bawalaa juga ya...

Immigration Process @ Ngurah Rai International Airport :
Pastikan embarkation card untuk memasuki Indonesia yang diberikan ketika menaiki pesawat diisi dengan lengkap dan serahkan kepada pegawai imigresen yang bertugas di kaunter apabila tiba di Bali. Make sure keratan kad ini disimpan besama-sama pasport dan tiket penerbangan bagi melancarkan proses check-in sewaktu hendak meninggalkan Denpasar nanti.

Pelawat dari Malaysia tidak perlu beratur di kaunter yang dikhaskan untuk proses permohonan visa kerana visa tidak diperlukan untuk memasuki Bali bagi negara-negara berikut :


Airport tax sebanyak Rp. 150, 000 seorang dikenakan bagi semua penerbangan antarabangsa dan perlu dibayar ketika proses check-in sewaktu hendak meninggalkan Bali nanti. Bayaran hendaklah dibuat secara tunai.


Teksi dari Ngurah Rai ke hotel :
Bagi mereka yang memerlukan teksi untuk ke hotel penginapan masing-masing, kaunter teksi berdaftar terletak di sebelah kanan di luar Balai Ketibaan. Kadar bayaran tambang dari airport ke Kuta misalnya, adalah sebanyak Rp. 50, 000.... manakala ke lokasi-lokasi lain adalah seperti berikut (klik) --> 'Taxi Fare From Ngurah Rai Airport'.


Shopping :
Antara tempat-tempat shopping yang menarik dan menawarkan harga berpatutan termasuklah :

1. Kedai-kedai kecil yang terletak di kiri kanan jalan sekitar Kuta. Bermacam-macam jenis barang dari pakaian hinggalah barang-barang perhiasan rumah di jual di sini. Boleh tawar menawar dan mintalah discount sehingga 60% dari harga asal barang yang dijual.

Mereka yang bersaiz S - M bolehlaa memborong maxi dress dari kedai-kedai ini kerana kainnya sangat berkualiti dan selesa dipakai.

2. Discovery Shopping Mall, Jalan Kartika Sari, Kuta.


Antara outlet yang ada di Discovery Shopping Mall termasuklah Sogo - ada jual lace brand Uluwatu yang sangat terkenal tu and the price is quite reasonable, Polo - ada beberapa outlet Polo yang lain juga di sekitar Kuta, Guess, Billabong, Nine West, dan banyak lagi... ATM bagi CIMB Niaga juga terdapat di sini. Terdapat beberapa buah fast food outlet yang diiktiraf halal oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI) seperti Burger King dan KFC..... pastikan outlet yang korang masuk tu ditampal sticker halal dari MUI. Complete directory (klik) ---> Dicovery Shopping Mall, Bali

3. Matahari
Terdapat banyak pilihan pakaian untuk wanita dan lelaki di sini selain barang-barang lain yang sesuai dijadikan souvenir seperti fridge magnet, t-shirt, scented soap, aromatherapy oil, set untuk rawatan spa, dan lain-lain. Buat masa ini terdapat 3 buah outlet Matahari di Bali. Harga barangan di Matahari dan Discovery Shopping Mall adalah fixed dan tidak boleh tawar-menawar.


Spa set

4. Hard Rock Cafe
Hard Rock Cafe, Bali terletak di Jalan Pantai Kuta. Walaupun barang-barang yang dijual tidak termasuk dalam kategori berpatutan... tapi kita tetap cari Hard Rock Cafe ni untuk tambah collection cap, t-shirt atau mug kaan.





Tempat shopping lain ialah Krishna yang dikatakan menawarkan barang-barang dengan harga yang paling murah....ni aku dah pernah cerita dalam entri yang lepas-lepas, so tak perlu repeatlaa ya. Di sepanjang Pantai Kuta juga terdapat ramai penjual jalanan yang menjual barang-barang seperti straw hat, pareo atau lukisan dengan harga yang sangat murah.

Di Tanah Lot juga terdapat banyak gerai-gerai jualan dan difahamkan harganya juga lebih rendah. Lukisan di sini juga dikatakan berbaloi untuk dibeli. Korang boleh juga ke kedai-kedai di Pasar Ubud sekiranya singgah di sini.

Halal Food :
Selain fast food outlet di Discovery Shopping Mall, makanan halal juga terdapat di restoran-restoran yang tersenarai dalam link berikut (klik) --> e kuta.com dan tripadvisor_halal food.


Money Changer :
Berhati-hati apabila hendak menukar wang di money changer kerana banyak penipuan dilaporkan berlaku. Sebaik-baiknya tukar wang di tempat-tempat berikut :
- Bank
- Front desk di hotel-hotel penginapan
- Money changer yang diberikan status 'Pedagang Valuta Asing Berizin' atau 'PVA Berizin' oleh Bank Indonesia untuk menjalankan urusan pertukaran wang asing.



**Google pic
Jika menukar wang di money changer....pastikan terdapat sticker hijau ini di premis tersebut.

Electricity :
Electricity is supplied at 220V 50Hz. Adapter yang sesuai banyak dijual di kedai-kedai sekitar Bali.

Adat Resam dan Pantang Larang :
Majoriti penduduk Bali adalah penganut agama Hindu. Kepercayaan-kepercayaan mistik juga sangat kuat di kalangan mereka.

 
Ini dinamakan canang sari dan terdapat di mana-mana sahaja di sekitar Bali....terutama sekali di hadapan kedai dan di tempat-tempat beribadat mereka. Ia 'disediakan' agar makhluk-makhluk ghaib yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar memberkati urusan seharian dan tidak mengganggu mereka.

Pada mereka yang bercadang untuk ke Pulau Bali pada penghujung Mac, periksa dahulu tarikh yang dipilih agar tidak bertembung dengan perayaan Nyepi yang disambut setiap Tahun Baru Saka oleh masyarakat beragama Hindu. Perayaan Nyepi pada tahun 2014 ni jatuh pada 31 Mac nanti.

Nyepi bermaksud senyap atau sunyi di mana sesiapa pun tidak dibenarkan keluar dari rumah.... semua kegiatan ekonomi dihentikan... kedai-kedai ditutup malah airport juga ditutup di mana tidak ada sebuah pesawat pun dibenarkan berlepas atau mendarat di Bali!

Apabila mengunjungi pura (kuil) kita perlu memakai sarung yang disediakan untuk menutupi bahagian tubuh yang terdedah....wanita yang datang bulan juga dilarang memasuki kawasan-kawasan tertentu di sesebuah pura.

Masyarakat Bali amat rajin beribadat dan percaya pada karma...buat baik dibalas baik...jika berbuat jahat akan dibalas jahat. Tetapi, wujud beberapa kes kecurian terpencil...jadi kita tetap perlu berhati-hati sepanjang berada di sana.

Rasanya semua info yang berkaitan dah aku turunkan dalam entri ini. Korang dipersilakan share apa-apa yang kurang dan aku masih tak tahu untuk kebaikan kita bersama...cehhhh :) Dengan ini...tamatlah entri aku ke Bali. Tenkiu kepada yang sudi baca entri-entri Bali yang tak habis-habis sebelum ni. Aku rasa seronok dapat kongsi beberapa input dengan korang semua...and I hope you enjoy reading my entries as well.







-lotsa luv-
Fayreen Mizan

Friday 10 January 2014

BALI TRAVEL GUIDE (PART 7) - ULUN DANAU BERATAN & TAMAN AYUN MENGWI ROYAL TEMPLE

Assalamualaikum

Sila klik link di bawah untuk dapatkan info lanjut mengenai entri trip ke Bali yang lepas :

Bali Part 1
Bali Part 2
Bali Part 3
Bali Part 4
Bali Part 5
Bali Part 6

...... ni adalah last part...nanti aku summmarize satu entri untuk Bali tips & tricks. Maknanya masih belum abis lagilaa cerita pasal Bali ni yek?!? Tips & tricks tu last posting pasal Bali...pas nie aku cerita pasal percutian dalam negeri je...lagipun 2014 ni Tahun Melawat Malaysia / Visit Malaysia Year...so kita kenalaa sama-sama support program ni ya...

Dari Tanah Lot kami terus ke Tasik Beratan yang terletak di kawasan tanah tinggi di daerah Bedugul. On the way ke sana, hujan turun dengan lebat...dahlaa laluan ke sana lebih kurang macam jalan dari Tapah ke Cameron Highlands cuma jalannya lebih sempit dan curam. Sekali tu masa lalu dekat selekoh tajam laju je kaki aku 'brek angin'...ngam-ngam masa tu jugak Pak Perdana toleh ke belakang...so dia taulaa aku tengah kecut perut sampai tekan brek angin...hahaha... Aku memang akan rasa horror kalau orang yang aku tak berapa biasa drive.


Masa ni hujan turun manja-manja lagi...belum lebat sangat...


En route Tasik Beratan...hujan semakin lebat

Dalam perjalanan tak boleh nak menghayati pemandangan sangat sebab hujan turun semakin lebat. Sedar-sedar kami dah sampai ke tempat yang dituju dan terus lunch di Mentari Restaurant yang terletak berhadapan Tasik Beratan. Hidangan yang disediakan di sini adalah lunch buffet...lebih kurang macam Suling Bali di Kintamani juga...


Pemandangan Tasik Beratan dari Mentari Restaurant... kabus agak tebal waktu ni...


Masjid Besar Al-Hidayah terletak berhampiran restoran...masjid ini terletak di atas bukit dan menghadap tasik..

Majoriti penduduk di sini terdiri dari masyarakat Bugis yang beragama Islam. Terdapat satu peraturan di mana penduduk beragama Hindu tidak dibenarkan makan daging vavi... manakala penduduk yang beragam Islam pula tidak dibenarkan makan daging lembu sekiranya masing-masing berada di Bedugul. Mereka perlu keluar dari kawaasan Bedugul sekiranya ingin menikmati daging-daging yang disebutkan tadi.


@ Mentari Restaurant


Baju biru...tudung coklat...dah kenapa aku ni yek? Sebenarnya maxi dress ni aku beli kat Kuta...dari awal aku tak target specific colour... langsung tak plan nak beli baju warna biru so memang tak bawaklaa tudung plain kaler biru...kebetulan pulak, ada motif kaler coklat kecik-kecik kat baju ni...kira ok laa tu...match laa jugak dengan tudung kaler coklat kannn? :p 

 
Kalau diikutkan hati, nak je kami ke Tasik Beratan di seberang  jalan tu...almost sejam juga kami menunggu hujan reda...



Finally....@ Tasik Beratan

Tasik Beratan dikenali juga dengan nama Danau Beratan dan merupakan tasik yang kedua terbesar di Bali. Tasik berketinggian 1231 meter di atas permukaan laut dengan kedalaman 22 meter ini terhasil dari letusan kawah gunung berapi. Udara di sini sejuk dan nyaman kerana terletak di kawasan tanah tinggi.


Bot serta perahu boleh disewa untuk mengelilingi tasik...



Pura Ulun Danau

Pura ini terletak betul-betul di tepi Tasik Beratan dan merupakan tempat penganut agama Hindu menyembah Dewi Danu yang memberi kesuburan. Penduduk di Bedugul menggunakan air dari tasik ini untuk mengusahakan pertanian dan sawah mereka.


** Google pic
Imej pura ini turut diabadikan di belakang wang kertas 50, 000 rupiah Indonesia.


Lepas kitorang bergambar dekat Pura Ulun Danau ni hujan turun semula dengan sangat lebat...terpaksalaa kami berlari mencari tempat untuk berteduh. Tunggu punya tunggu...hujan tak jugak berhenti...akhirnya terpaksa simpan kamera semula...so tak ada peluang laa untuk aku dan hasben berposing-posing lagi kat sini. Landscape di sini sangat cantik dan tersusun..nak explore kawasan ni sepenuhnya pun tak dapat. Sebab tulaa, kami perlu datang semula ke Bali ni lagi! Hahaha...motif?

Destinasi kami seterusnya adalah sebuah pura yang dikenali dengan nama Pura Taman Ayun atau Mengwi Royal Temple yang terletak di desa Mengwi.



Pura purba ini telah dibina pada tahun 1634 oleh I Gusti Agung Putu....raja pertama kerajaan Mengwi. Pada awalnya ia dibina sebagai pusat riadah dan istirehat keluarga diraja.


Air pancut ini dikatakan mengarah ke sembilan penjuru mata angin...


Taman Ayun bermaksud taman yang sangat cantik.....taman ini terdiri dari empat buah halaman yang berbeza.



Kerajaan Indonesia pernah mencadangkan agar Pura Taman Ayun disenaraikan dalam UNESCO World Heritage List. Sebahagian dari pura ini pernah rosak teruk akibat gempa bumi kuat yang berlaku pada tahun 1917.... struktur bangunan hanya dapat dipulihkan semula pada tahun 1950.


Meyabung ayam merupakan aktiviti yang popular di kalangan keluarga diraja pada zaman dahulu dan dilakukan di kawasan pura ini. Ada di kalangan masyarakat Bali percaya raja Mengwi yang telah mangkat dihidupkan semula dan menjelma sebagai seekor ayam jantan.


Sangkar ayam ini diletakkan di beberapa penjuru taman sebagai tanda simbolik kepercayaan masyarakat setempat mengenai penjelmaan semula raja mereka.


Kawasan ini merupakan halaman keempat atau terakhir dan dianggap yang paling suci. Pintu gerbang utama untuk masuk ke dalam kawasan ini hanya dibuka ketika berlangsungnya upacara-upacara tertentu.



Bangunan-bangunan seperti pagoda ini melambangkan pura yang mengelilingi Pulau Bali serta berfungsi bagi melindungi pulau ini dari semangat-semangat jahat.





Done.... settle dah lawatan-lawatan ke pura dan tempat-tempat menarik yang lain. Pada pendapat aku apa yang menarik tentang Bali ni adalah bangunan-bangunan lamanya yang sangat berseni dan masih terjaga sehingga sekarang serta bentuk muka bumi yang sangat unik, seperti Pura Luhur Uluwatu dan Tanah Lot.

Sebelum di bawa pulang ke hotel kami dinner dulu di Segara Madu yang terletak di Seminyak. Restoran ini berlatarbelakangkan sawah padi...tapi masa kami sampai keadaan dah mula gelap so tak dapatlaa nak ambik gambar sawah tu. Antara menu yang dihidangkan termasuklah daging ayam...tapi dekat area Seminyak ni aku sedikit was-was nak makan ayam sebab tak confident dengan sembelihannya...

*******************************************

Petang esoknya kami pulang ke KL setelah berada di Bali selama  5 hari 4 malam. Since aku dah siap packing barang-barang yang perlu sebelum trip ke Tanah Lot lagi...pagi tu sempat lagi kitorang pergi shopping untuk menghabiskan wang rupiah yang ada tanpa perlu rushing. The Rani Hotel & Spa ni sendiri terletak di kawasan yang sangat strategik...keluar saja dari lobi hotel dah boleh nampak kedai-kedai menjual macam-macam barang di kiri kanan jalan. 


Our room...Room 151


Selepas checkout... Pak Perdana dan Pak Wayan datang pick-up kami di hotel untuk dihantar ke Ngurah Rai International Airport.


Proses check-in di Ngurah Rai berjalan dengan lancar. Sebelum menghabiskan semua matawang rupiah, pastikan korang ketepikan dulu bayaran untuk airport tax sebanyak Rp. 150,000 seorang bagi semua penerbangan antarabangsa.

MH850 yang kami naiki sampai di KLIA dengan selamatnya tiga jam kemudian.....

Aku nak jugak tunjuk gambar ni.....



Kampung ai... Muo dari udara !! :)



 -lotsa luv-
Fayreen Mizan