Hari ni dah masuk hari ke-8. Maksudnya termasuk malam ni cuma ada 2 malam saja lagi di Tokyo sebelum balik ke Malaysia terchenta. Memandangkan aktiviti di Hakone semalam agak memenatkan, hari ni kitorang plan acara merayap yang santai-santai saja - siang ni ke Asakusa, malam nanti ke Ginza dan Shinjuku.
Pagi ni pun memang kitorang saja keluar lambat dari hotel sebab kononnya tak puas berehat lagi. Lenguh-lenguh kaki semalam tak hilang lagi. Mengada-ngada sangat ni... baru berjalan kaki beberapa km dah sengal sana sengal sini!
Kesempatan 'berehat' tu aku ambik untuk packing. Sebelum ni dah siap packing satu luggage bag. Hari ni packing bag yang kedua pulak. Baju yang nak dipakai hari esok dan masa balik Malaysia nanti aku keluarkan dan gantung kat hanger. Apa-apa yang dah tak nak pakai lagi aku simpan siap-siap dalam bag. Habis cerita. Jadi hari esok aku dah relax. Cuma kena simpan barang-barang yang digunakan hari ini esok dan lusa saja. Dah tak payah fikir nak packing bagai nak rak lagi. Masih sempat nak meronda-ronda lah kiranya :) *Suci murni sungguh nawaitu ku itu!
Berbalik pada acara jalan-jalan kitorang hari ni - untuk ke Asakusa, dari hotel Horidome Villa kenalaa berjalan kaki tak sampai 10 minit ke Ningyocho Station. Kemudian naik subway direct ke Asakusa. Journey ke sana cuma 6 minit saja!
Ningyocho Station ---> Toei Subway Asakusa Line (6 mins, 3 km, 170 Yen) ---> Asakusa Metro Station.
View beberapa ratus meter dari exit metro station bertentangan Azumbashi Bridge.
Terus flashback memori naik beca masa sekolah rendah kat Muo dulu! Sampai darjah 3 kot aku naik beca. Pakcik beca tu macam bawak kertas A4 sekeping sebab zaman tu aku teramat keding so for sure ringan gila kot! Hahaha
Beca ini dipanggil rickshaw atau jinrikisha. Abam-abam yang menarik beca ni sado-sado belaka uols! Ada antaranya student universiti yang buat kerja ni untuk improvekan Bahasa Inggeris dan dalam masa yang sama mengekalkan bentuk tubuh badan diorang yang ramping itu! Euwww.
Sekiranya berhajat, bolehlah naik jinrikisha untuk mengelilingi Asakusa sambil ditemani abam-abam beca ini. Ada a few package untuk kita pilih. Kalau tak silap package setengah jam mengelilingi Asakusa untuk 2 orang 'cuma' 8000 Yen sahaja! *Impian untuk lebih mengenali abam sado hancur berkecai bak watermelon dihempas dari tingkat sepuluh bila dengar harga tu.
Azumabashi Bridge merentasi Sumida River.
Bangunan yang berbentuk macam sejemput t@hi ini adalah Asahi Beer Hall. Di sebelahnya pula Asahi Beer Tower di mana di sinilah letaknya ibu pejabat Asahi Breweries, salah sebuah pengeluar utama minuman termasuk minuman keras di Jepun.
Tokyo Sky Tree Tower nampaknya macam dekat je tapi hakikatnya 20 minit jugak kot kalau nak berjalan ke sana dari tempat aku berdiri ni.
Selesai snappy apa yang patut kitorang bergerak ke Sensoji Temple perlahan-lahan sambil cuci mata tengok apa yang ada di kiri kanan jalan.
Sensoji Temple.
Temple ini merupakan temple tertua di Tokyo dan dibina sekitar tahun 628 dulu! Sebelum masuk ke dalam kita akan lalu Kaminarimon Gate di mana tergantungnya giant lantern berwarna merah yang merupakan trademark di sini.
Aku sempat belek apa yang ada di bawah lantern. Ini rupa-rupanya - motif naga yang cantik dan sangat berseni!
'Penunggu' di kiri kanan Kaminarimon Gate!
Nakamise Shopping Street.
Kitorang terus masuk ke dalam dan lalu Nakamise Street dulu sebelum sampai ke Sensoji temple. Sila cekalkan hati dan kuatkan semangat bila lalu sini. Bukan saja ramai orang, barangan yang dijual pun macam-macam. Segala jenis souvenir ada kat sini. Dari sekecil-kecil keychain sampailah ke pedang Samurai. Tak tenteram jiwa tengok barang-barang yang ada. Godaan hebat sungguh!
Sweet je diorang ni berkimono kann?
Sesak dengan manusia.
Yang menariknya, Nakamise Street ni dikatakan antara tempat membeli-belah tertua di Tokyo yang dah wujud sejak zaman Edo lagi!
Dari Nakamise Street kitorang masuk ke lorong di sebelah kiri untuk pergi ke Denboiun Street. Banyak juga barang yang dijual kat sini tapi taklah sehebat Nakamise Street.
Kedai-kedai di sini masih lagi mengekalkan senibina lama.
Berpatah masuk semula ke Nakamise Street.
Kat sebelah kiri yang ada notis tergantung tu sebenarnya ada kindergarten tapi ada signage tak boleh ambik gambar. Kami laki bini bukan saja patuh pada peraturan dan undang-undang... lurus pulak tu! Pfffttt.
Depan sikit dalam frame berkayu tu ada illustration sejarah Asakusa zaman dahulu kala. Yang ni memang kitorang tak lepaskan peluang untuk ambik gambar.
Sungai tu Sumida River rasanya.
Suasana urus niaga di Nakamise Street masa tu.
Menghampiri Sensoji Temple. Di Hozomon Gate di bahagian luar temple.
Tepek sikit cerita pasal asal-usul temple ni. *Mode malas nak translate... malas nak olah ayat bagai!
Early in the morning of March 18, 628, when the capital of Japan was Asuka (present-day Nara Prefecture), two fishermen, Hinokuma Hamanari and his brother Takenari, were fishing in the Sumida River. Suddenly sensing something, they pulled up their net to find a statue of Bodhisattva Kannon. When Haji no Nakatomo, village headman of Asakusa, heard about this, he immediately realized that the object was a statue of the important Buddhist deity Bodhisattva Kannon. Even though they put the statue back into the river, it always returned to them. Consequently, Sensoji was built nearby for the goddess of Kannon. The temple was completed in 645, making it Tokyo's oldest temple. Taking vows as a Buddhist priest and remaking his home into a temple, he spent the rest of his life in devotion to Bodhisattva Kannon.
Pagoda ini dikenali sebagai Gojunoto.
Pagoda setinggi 5 tingkat ini dibina pada tahun 942 dan telah beberapa kali mengalami kerosakan akibat terbakar termasuk sewaktu serangan udara semasa Perang Dunia Kedua dulu.
Giant slipper. Ada sepasang sebenarnya. Satu lagi kat sebelah sana.
Dewan utama yang dipanggil Kannondo Hall.
Dewan ini juga telah mengalami kemusnahan yang teruk akibat serangan udara tetapi telah dibaiki pada tahun 1958.
Dewan ini juga telah mengalami kemusnahan yang teruk akibat serangan udara tetapi telah dibaiki pada tahun 1958.
Hochin lantern.
Tori gate di luar Asakusa Shrine/ Asakusa Jinja.
Asakusa Shrine terletak bersebelahan Sensoji Temple tapi ke belakang sedikit.
Tiba-tiba terpandang pulak kelibat abang beca ni di penjuru shrine!
Dah puas tengok apa yang di sekitar Sensoji Temple kitorang berpatah balik ke Nakamise Street untuk membeli apa yang patut. Di sinilah tempat yang sesuai untuk cari souvenir. Harga pun agak murah dibandingkan dengan tempat-tempat lain di Tokyo tapi sebelum beli tu tanya dulu sama ada harga yang display tu dah termasuk tax atau belum. Ada kedai dah masuk harga tax siap-siap. Ada yang tak termasuk harga tax lagi.
Kalau yang lelaki pun boleh jadi tentu arah tengok barang-barang yang dijual... yang perempuan apatah lagiiii!
Japanese mask.
Kipas-kipas yang cantik dan colourful.
Pedang Samurai. Tengoklah sendiri harganya. Ada yang 1,140,000 Yen!!!!
Yang merah kat tengah-tengah tu comei kemain!
Yang ini pun comeiii. Ooopsss...yang ini bukan untuk dijual ya! Ni saja-saja posing kat Asakusa station masa nak naik train ke Akihabara.
Plan ke Akihabara ni pun kitorang buat secara mengejut je. Lepas meronda kat Asakusa kalau ikut aku nak balik hotel je memandangkan malam nanti baru nak ke Ginza. Dah kenapa terbang beribu-ribu batu lepas tu cuma nak duduk memerap dalam bilik! Hahaha. Mungkin sebab dah masuk hari ke-8 kot. Momentum nak merayap tu macam hilang sikit. Nevertheless, hubby ajak ke Yodobashi-Akiba dulu sebab ada barang yang dia nak beli. Dah beli pun sebelum ni tapi dia nak menambah lagi sebab harga agak murah. Masa kitorang pergi Tokyo ni tengah sale gila vavi sempena spring dan Golden Week. Jadi, agak heaven lah membeli barang. Tetiba hilang terus mood nak memerap kat bilik hotel tadi! *Shopping mode activated masa ni! Hikhikkkk...
Next entri ---> Ginza dan Shinjuku!
-lotsa luv-
Fayreen Mizan
bestnya.. kirim salam Tokyo ea.. hehe
ReplyDeleteDah balik lama laa dear. Entri ni je yang tak habis-habis. Asyik laa tertunggak. :)
Delete"Bangunan yang berbentuk macam sejemput t@hi ini" HAHAHAH XDD Bestnya dapat pergi Jepun, hmm hope dapat sambung belajar dekat sana
ReplyDeleteWow! Bestnya. Berapa tahun kat Jepun tu nanti? Semoga dipermudahkan ya?
DeleteSuasana nampak bersih2 semuanya.. mmg bestlah. Tengok penarik beca tu mmg betul2 tarik mcm tu. Mmg kuat & bertenagalah mcm tu.. Nice sharing.. :)
ReplyDeleteMemang beca ni kena guna tenaga untuk tarik. Itulah sebabnya mahal...setengah jam je pun dah almost RM240.
Deleteasakusa ni sentiasa sesak dgn orang kan...time JM pegi ritu pun sama..ramai sgt tak lalu nk beli souviner kat situ (walhal mahal) hahaha
ReplyDelete