Monday, 10 November 2014

EXPLORING TOKYO : GINZA (DAY 8)

Assalamualaikum,


Malam ni kitorang meluaskan jajahan ke Ginza sambil fefeeling kaya raya di kawasan yang dikenali sebagai the most luxurious shopping district in the entire world. Bukan itu saja, nilai hartanah di sini juga merupakan antara yang termahal di Jepun di mana satu meter persegi tanahnya boleh mencecah sehingga 10 juta Yen! Hurmmm... Di sinilah tempatnya di mana secawan kopi berharga lebih dari USD$10! RM30 lebih secawan tu! *Lap peluh sambil habiskan sisa-sisa kopi yang berbaki dalam cawan. Hargailah kopi yang ada sebelum terlambat. Eh?!!

Untuk ke Ginza, dari Horidome Villa Hotel kami menapak ke Kodemmacho Station sebelum naik Tokyo Metro Hibya Line.

Kodemmacho Station ---> Tokyo Metro Hibya Line (11 mins, 4 km, 170 yen) ---> Ginza.

Sampai saja di Ginza Station kitorang keluar ikut exit B7 dan menyusuri laluan di mana kiri kanannya penuh dengan segala macam tok nenek butik terkenal dunia dan pusat membeli belah eksklusif. Hermes, Coach, Chanel, LV,  Prada - you name it. Semuanya ada di sini! Yang tak ada cuma RM yang mencukupi bagi memenuhi tuntutan nafsu berbelanja. Akulah tu! *Nangis sambil lap ailio (bukan air mata ya) tengok barang-barang yang menggiurkan tu!

Hermes Ginza terletak bersebelahan Sony Building.


Mitsukoshi Department Store.

Dior Ginza.

 
Melintasi Ginza 4-chome Intersection. Segala macam branded stores ada sepanjang jalan ini. Kiri kanan... seberang jalan... semuanya well known boutiques belaka. *Sila simpan credit card dalam bekas khas dan letakkan 3,4 padlock sebagai protection tambahan! Krik...krik...



Giorgio Armani Ginza.

Prada Ginza.

 

Zara Ginza.

We were here - 8/5/2014.

Facade yang nampak bersisik-sisik bila terkena cahaya.

H&M Ginza.

Yamaha Music Store Ginza.

Swarovsaki Crystal Ginza yang bergemerlapan dan jelingan Miranda Kerr yang bagaikan memanggil-manggil!

Lady in red yang seksi meksi! *Drooling....

 

Burberry Ginza.

Uniqlo Ginza setinggi 12 tingkat merupakan store Uniqlo yang terbesar di dunia! Harga baju-baju di sini masih lagi lebih murah kalau dibandingkan dengan di Malaysia.


Shiseido The Ginza.

 
Tak ke terliur tengok display yang sweet macam ni uols?

Ada butik Mont Blanc, Rolex dan Salvatore Ferragamo sepanjang laluan ni.



Wako Department Store di persimpangan Ginza 4-chome.

Close-up sikit.

Lepas cuci mata di Ginza, kitorang menghala ke Tokyo Metropolitan Government Building di Shinjuku. Sepatutnya kitorang ke sini semalam. Tapi, terpaksa cancel plan tu disebabkan kepenatan lepas sehari suntuk merayap di Hakone. Gambar-gambar aku akan share dalam next entri.

Entri-entri di Tokyo yang lepas :

Day 1 - The Arrival : From Narita Airport to Hotel Horidome Villa 
Day 1 - Exploring Tokyo : Akihabara
Day 2 - Exploring Tokyo : Tokyo Disneyland (Part 1)
Day 2 - Exploring Tokyo : Tokyo Disneyland (Part 2)
Day 3 - Exploring Tokyo : Tokyo DisneySea (Part 1) 
Day 3 - Exploring Tokyo : Tokyo DisneySea (Part 2)
Day 4 - Exploring Tokyo : Meeting The Pandas At Ueno Zoo
Day 5 - Exploring Tokyo : Odaiba
Day 6 - Exploring Tokyo : Epson Aqua Stadium, Shinagawa
Day 6 - Exploring Tokyo : Dolphin Di Epson Aqua Stadium, Shinagawa
Day 6 - Exploring Tokyo : Sea lion Di Epson Aqua Stadium, Shinagawa



-lotsa luv-
Fayreen Mizan



10 comments:

  1. Salam kenal kak,

    Gigihnya saya baca semua entri Jepun dlm blog ni.Best!=)

    ReplyDelete
  2. Cantiknyaaa bila malam...warna - warni.

    ReplyDelete
  3. Cantik, menarik & mmg nampak ekslusif.. Secawan kopi usd 10 tu boleh penyakit tu.. penyakit poket hehee.. :D

    ReplyDelete
  4. tempat barang branded camni mmg x masuk list utk di terjah..x mampu eden huhuh

    ReplyDelete
  5. Kalau tau store Uniqlo terbesar ada kat sana, patut gi situ haritu. Kalau xjumpa juga yang dicari tu, xtau nak cakap apa. Jalan2 area macam ni best kan Kak, dapat cuci mata pun jadilah sebab kad kredit nak kena padlock kan hahaha.

    ReplyDelete