Wednesday, 19 February 2014

THE THREE ELEMENTS - Wordless Wednesday #5





Location : Tasik Dayang Bunting (Lake Of The Pregnant Maiden) , Langkawi, Malaysia



* 2014 has been officially declared as the Visit Malaysia Year and is packed with exciting events, colourful celebrations and activities.

 ********************************************************************


On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.
-lotsa luv-
Fayreen Mizan

AIR ASIA OFFER - 'SO LOWWW, YOU HAVE GOT TO GO' RM5 PROMOTION!




Assalamualaikum,

Is this a counter attack? Siapa counter siapa sebenarnya ni. Baru a few hours ago aku tulis entri tentang Malindo Air 50,000 Free Seat Promo <klik sini>... tup-tup di sebelah petangnya terjumpa pula promo terbaru dari Air Asia - 'So Lowww, You've Got To Go' RM5 Promotion! Bila berlaku perang harga kita sebagai end userlaa yang untung sekiranya pandai utilise tawaran-tawaran yang diberikan. Now lets see what Air Asia is offering us. 

Tambang bagi promosi ini bermula dari serendah RM5 (tidak termasuk airport tax dan fuel surcharge yang bermula dari RM26) untuk penerbangan ke Johor Bahru, Bintulu, Kota Kinabalu, Kota Bharu, Tawau, Kuching dan beberapa destinasi lain. Bagi destinasi antarabangsa pula, all-in-fare bermula dari RM199.

Promosi ini sah bagi tempahan tiket yang dibuat dari 17 - 23 Februari 2014 melibatkan penerbangan yang dijadualkan pada 17 Februari hingga 20 Mei 2014. Tempahan tiket boleh dibuat di sini --> Air Asia Promotion.


Harga tiket bagi destinasi-destinasi yang terlibat :


 

 




 

 






Selamat menempah tiket ke destinasi pilihan masing-masing & have fun!


-lotsa luv-
Fayreen Mizan



Tuesday, 18 February 2014

MALINDO AIR 50,000 FREE SEATS PROMO!




Assalamualaikum,

Berita baik untuk semua kaki travel! Malindo Air menawarkan 50,000 tempat duduk percuma ke semua destinasi penerbangannya... pelanggan hanya perlu membayar airport tax dan fees bermula dari serendah RM39.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Chandran Rama Muthy, promosi ini merupakan sebahagian dari kemudahan perjalanan yang diberikan kepada orang ramai bagi menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2014.

Tempahan tiket untuk promosi ini boleh dibuat mulai 17 Februari - 23 Februari 2014 dan sah bagi tempoh perjalanan dari 17 Februari hingga 27 Mei 2014. Promosi ini tidak boleh digunakan untuk penerbangan semasa musim cuti persekolahan dan cuti umum.


Sejak mula beroperasi pada bulan Mac 2013, Malindo Air telah memperluaskan routenya ke destinasi-destinasi berikut :

 
Route penerbangan Malindo Air

Ya y'all... Malindo Air juga sudah terbang ke Bali sekarang! Aku dah rasa experience fly bersama-sama Malindo Air ni masa pergi ke Langkawi tempohari. Pada pendapat aku, seatnya agak selesa dan lebih luas (32 inches seat pitch) berbanding Air Asia. Plus factor yang lain termasuk complimentary check in baggage sehingga 15 kg, in-flight entertainment juga disediakan di samping light snacks seperti mineral water, a slice of cake atau biskut. Oklaa kan... at least dapat mengunyah-nguyah throughout the journey. 

Penumpang juga boleh menggunakan kemudahan aerobridge di Main Terminal Building KLIA untuk ke pesawat. Tetapi, selain dari KLIA, ada juga flight yang terbang dari Subang Airport.... so sebelum buat apa-apa booking, better check details penerbangan terlebih dahulu.

Bagi mereka yang berminat, sila klik --> Malindo Air  untuk dapatkan maklumat lanjut.

Sit tight, grab this opportunity and book your flight tickets now!

* Source - Bernama & themalaysiantimes.com


-lotsa luv-
Fayreen Mizan


Monday, 17 February 2014

RESEPI - KARI ITIK KERUTUP BERKERISIK

Assalamualaikum,

Aku taklah pandai sangat memasak, yang aku terror... memandai-mandai campak-campak bahan-bahan dalam periuk sampai jadi resepi sendiri yang entah apa-apa tu! Bila masak lagi lauk yang sama, dah jadi resepi lain lak sebab ikut suka tangan aku je nak campak apa dalam masakan! Haa, tu memang aku pandaiii :) 

Perkara yang sama juga berlaku pada lauk yang aku masak hari Ahad baru-baru ni (semalam). Surprisingly, rasanya memang extraordinary... memang nyamsss. Sendiri masak...sendiri puji! Psycho kah aku!? Haha... Baiklah, untuk mereka yang mencari resepi masakan itik mungkin boleh cuba resepi ni...dan buat julung-julung kalinya juga aku beranikan diri share resepi di blog ni - one step ahead katanya!


Kari Itik Kerutup Berkerisik

Bahan-bahan (untuk 2 - 3 orang)
8 keping daging itik
*1 biji bawang besar
*4 ulas bawang putih
*½ jari halia
*2 batang serai
4 sudu besar rempah kari
4 sudu besar rempah kerutup – campurkan dengan rempah kari dan sedikit air untuk dijadikan pes
1 sudu kecik jintan putih
1 batang serai dititik
Sedikit kayu manis, cengkih, bunga lawang untuk menumis
2 biji kentang dipotong empat
3 sudu besar kerisik
Satu labu bawang besar yang dipotong empat
½ cawan santan pekat
Air secukupnya untuk kuah

Kisar bahan-bahan yang bertanda *.

Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumiskan bawang hingga layu. Masukkan halia dan serai yang telah diblend bersama-sama bahan-bahan penumis - kayu manis, cengkih dan bunga lawang. Tumis lagi hingga bahan-bahan ni kering dan naik bau. Masukkan jintan putih. Masukkan pula pes kari yang telah dicampur dengan serbuk kerutup dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak. Masukkan pula daging itik dan balik-balikkan… pastikan bahan tumis tidak hangit atau hangus. Jalan paling selamat, kecilkan api sedikit. Bila semua bahan dah sebati dan terbit minyak, masukkan air, kentang dan serai yang telah dititik tadi. Biarkan sehingga daging itik empuk. Masukkan kerisik dan santan. Masukkan juga garam secukup rasa. Kemudian, campakkan juga bawang besar yang telah dipotong empat. Sebagai finishing, boleh juga campakkan sedikit carrot yang dihiris nipis memanjang dan lada hijau untuk menyerikan lagi hidangan :). Siap!

Daging itik yang aku gunakan ni adalah itik daging yang berusia anggaran empat bulan yang aku dapat sewaktu balik kampung di Melaka... dagingnya memang lembut... tak perlu rebus daging ni... boleh terus saja masak. Masa untuk masak pun lebih kurang macam masak ayam juga cuma lebihkan dalam 10 - 15 minit saja.. Ni juga antara projek terbaru hasben aku. Kita reserve cerita pasal projek itik ni dulu memandangkan anak-anak itik hasben aku masih kecik. Sampai masanya nanti aku update ye :)



-lotsa luv-
Fayreen Mizan





Wednesday, 12 February 2014

SUNSET - Wordless Wednesday #4




 Venue : Malaysia


--------------------------------------------------------------------

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description. 




- lotsa luv-
Fayreen Mizan