Dek kerana ikutkan mata yang mengantuk, maka membuta lah kami laki bini sepanjang petang tu tanpa menghiraukan bunyi derumam jet di langit. Bukan saja nak ke Mahsuri International Convention Centre, impian nak tengok maritime show di Resorts World pun berkuburlah dengan selamatnya. Mata ni memang tak boleh nak dibantu lagi... layu dan terus layu. Mana taknya, akak bangun seawal jam 4 pagi subuh tu... tidur pulak pukul 2 pagi. Jadi, make sense lah kaan kalau pulun membuta saja petang tu.
Apa-apapun lepas Maghrib kami ke Kuah untuk mengisi perut yang ting tong, ting tong berlagu riang minta diisi. Niat di hati nak ke restoran Barn Thai tapi rimas pulak nak berhadapan dengan pengunjung yang sentiasa ramai. Waktu LIMA ni apatah lagi. Jadi, kitorang dinner kat salah sebuah kedai di Dataran Helang tu saja. Makanan not bad dan harganya pun berpatutan.
Memandangkan malam masih muda, sebelum balik ke bilik kitorang berjalan bergandingan sering dan sejalan menyusuri Pantai Cenang (ecececehhhh....) aaannnddd we found this...
Fire show @ Pantai Cenang
Berdasarkan ketinggian dan ketajaman hidung masing-masing, rasanya pengunjung mostly foreigner sama ada anak-anak buah Pak Salleh atau orang Arab kot. *Terus belek-belek hidung sendiri. Hurm... not bad! Kuikuikui....
Berdiri kat belakang sambil tengok show free.
"The most powerful weapon on earth is the human fire"
Done. Hari pertama di Langkawi yang walaupun santai dan sempoi tetap meletihkan.
Keesokannya....
By hook or by crook kami kena utilisekan hari terakhir LIMA '15 ni sepenuhnya. Kalau tak, tunggulah 2 tahun lagi. Tengah-tengah syok breakfast kat kedai berdepan Pantai Cenang, tup-tup terdengar jet mengaum. Loud and clear sampai tak khusyuk laki aku nak makan. Bukan dia je, ada 2,3 orang lain pun sama. Asyik bangun duduk... bangun duduk sambil mendongak-dongak pandang langit. Maka, kitorang makan selaju mungkin dan kemudian terus pecut ke airport.
Masa lalu belakang airport sebelum simpang belok ke Mahsuri International Convention Centre nampak Black Knights terbang betul-betul atas kepala. Best sangat spot ni kata hasbeng. Dia terus park kereta kat situ dan join beberapa orang photographer yang asyik menembak dengan kamera masing-masing. Lens sorang-sorang mak aii. Terasa diri kami kerdil sekerdil-kerdilnya masa ni. Hahaha.
F-16 Fighting Falcon - Republic of Singapore Air Force.