Wednesday 11 March 2015

Cara Masak Pasta Dengan Betul.

Assalamualaikum,

Cara Masak Pasta Yang Betul. Hari tu tiba-tiba rasa teringinnnn sangat nak makan penne pasta. Teringin tahap terliur-liur sampai terasa kat tekak! Disebabkan 10 tahun sekali baru masak penne ni, jadi terpaksalah google sana sini untuk dapatkan cara merebus yang betul. Manalah tahu, kot-kot cara memasaknya tak sama dengan pasta yang lain ke kan. 

Sekali tengok, sama saja cara rebus penne atau pasta-pasta yang lain. Tapiiii, apa yang agak mengejutkan selama ni cara aku rebus pasta salah sama sekali rupa-rupanya! Kesilapan teknik merebus pasta akan membuatkan pasta tak masak dengan betul dan mengurangkan kesedapannya. Dengan teknik yang salah selama ini pun boleh makan bertambah 2,3 pinggan... apatah lagi kalau dimasak dengan cara yang betul kaan? Harus dingap dengan pinggan-pinggan sekali! *Burp!!

Demi kasih sayang yang tak berbelah-bagi pada korang di luar sana... naah... dengan gigih akak senaraikan kaedah-kaedah penyediaan pasta yang betul.

1. Gunakan periuk atau bekas yang besar untuk merebus pasta.
Kenapa kita kena gunakan periuk yang besar? Sebab yang pertama - pasta perlukan air yang banyak supaya boleh masak dengan sempurna dan sekata. Anggaran penggunaan air lebih kurang 3.8 liter bagi 450 gram pasta. Bila kurang air, air rebusan akan berwarna keruh disebabkan kandungan kanji (starch) yang berlebihan. Ini akan menyebabkan pasta melekit. Starch memang diperlukan dan merupakan special ingredient yang ada dalam sesuatu pasta. Tapi, bila berlebihan boleh menjejaskan pasta.

Sebab kedua - Ruang yang terhad menyebabkan pasta tak cukup masak dan mudah melekat. Dah tentulah keenakkannya juga kurang jika tak direbus dengan betul.

2. Masukkan garam ke dalam air rebusan.
Selama ni aku memang masukkan garam. Tapi aku campakkan cuma secubit, dua sajalah. Cara ni salah sebenarnya. Rupa-rupanya pasta memerlukan garam secukupnya untuk masak dengan sempurna. Selama ni memang akak tak tahu. Suka-suka hati je campakkan garam tu without clear reasons. 

Anggaran garam yang diperlukan - 1 sudu teh garam untuk setiap 1 liter air rebusan. Maknanya kalau kita gunakan 3 liter air, kenalah masukkan 3 sudu teh garam. Pastikan kita masukkan garam masa air rebusan dah mendidih. Walaupun kandungan garam agak banyak tapi pasta tak akan rasa masin sebab pasta tak menyerap garam. Infact garam ini akan membuatkan pasta rasa lebih yummy. Barulah finger licking good namanya!

3. Tidak perlu masukkan minyak.
All this while memanglah aku masukkan beberapa titik minyak bila rebus pasta. Konon-kononnya tak nak pasta tu melekat. Cara ni pun salah rupa-rupanya! Minyak yang dititiskan tu akan menyebabkan pasta disaluti oleh lapisan minyak dan menyebabkan sos yang kita tuangkan nanti tak lekat pada pasta. Jadi, dah tentulah rasa masakan pun kurang mengancam. Mulai dari saat ini, no minyak bila rebus pasta!

4. Masukkan pasta ke dalam air yang mendidih.
Pasta perlulah dimasak menggunakan air yang mendidih. Ingat ya... jangan masukkan pasta dalam air biasa. Didihkan air dan masukkan pasta ke dalam periuk hanya bila air dah betul-betul menggelegak. 

5. Kacau-kacaukan pasta.
Tips yang kelima ni memang penting untuk elakkan pasta dari melekat. Pastikan kita kacau-kacaukan pasta dalam periuk terutama sekali pada minit pertama- kedua selepas dimasukkan ke dalam air yang dah mendidih. Cara ni juga dapat memastikan pasta masak dengan sekata.

6. Masa merebus pasta.
Pasta yang perfectly cooked dipanggil 'al dente'... kenyal tapi tak liat. Boleh refer masa merebus yang disarankan pada bungkusan untuk pastikan pasta kita tak undercook atau overcook. Pasta yang kurang masak biasanya agak keras. Bila digigit ada rasa sesuatu. Tah aku pun tak tau macam mana nak describe. Tekstur pasta yang overcooked pulak agak lembik lemah gemalai tak bermaya gitu. Macam spaghetti yang overcooked tu contohnya, kalau dibuat spaghetti goreng tak sedap... kalau nak buat Laksa Johor pun tak sedap. Pendek kata, memang rasa lari lintang-pukang habis!

7. Tidak perlu basuh/bilas pasta yang sudah siap direbus.
Mungkin ramai yang basuh pasta dengan air sejuk/ panas selepas direbus.... termasuk akak! Cara ini salah ya. Eish, banyak ajaran sesat yang aku buat rupa-rupanya. Pasta yang dimasak sehingga al dente tak perlu dibilas untuk mengelakkan kehilangan starch/ kanji yang ada. Lagipun starch yang ada inilah yang menyebabkan pasta lebih enak kerana sos lebih mudah diserap. Jika dibilas, maka hilangkan starch ini.

8. Toskan Pasta.
Toskan pasta menggunakan penapis (colander) yang sesuai. Masukkan sedikit-sedikit dalam colander, toskan dan *curahkan sos di atasnya. Ini untuk spaghetti bolognese/ carbonara yang berkuah.

Jangan tos dengan mencurahkan terus satu periuk pasta dalam penapis dan dibuang air rebusannya. Ambil sedikit air rebusan yang sudah bercampur dengan starch dan masukkan ke dalam sos untuk memekatkannya dan memberikan extra ummpphh kepada masakan kita.

Haa, itulah dia sikit sebanyak cara masakan pasta yang betul yang sempat akak google hari tu. Tepek sikit linknya :


Nak jugak tepek gambar penne yang dimasak dan direbus menggunakan kedah-kaedah di atas.Taraa...

Gambar super parkinson sebab berebut-rebut ambik guna hp sebelum dijeling incik suami. Auwww!



p/s : Resepi menyusul kemudian ya....



-lotsa luv-
Fayreen Mizan

2 comments:

  1. sememangnya Farah akan masukkan secubit dua garam kalau masak pasta...perkongsian yang ohsemm...thanks for sharing dear...

    ReplyDelete
  2. kiranya masukkan lepas air mendidih, masukkan garam and tunggu sampai air mendidih lagi then baru masukkan pasta?

    ReplyDelete