Monday 23 February 2015

Travel | Pulau Langkawi : Misi Menawan Langkawi - Part 1

Assalamualaikum,


* Baru ada mood nak sambung cerita trip ke Langkawi. Inilah akibat memperkasamkan cerita berbulan-bulan - banyak point aku dah lupa! Ke ini tandanya proses peningkatan usia??

Bersambung dari SINI.

Masih lagi berkeluh kesah menahan dub dab dub dab di dada menunggu luggage yang tak kunjung tiba. Dalam hati aku salahkan diri sendiri juga. Kalau laki bini pergi overseas trip, aku bukan main extra caution lagi.  Tak ada istilah ini bag I... itu bag U. Biasanya semua suitcase aku sumbatkan baju-baju dan adik-adik kecik kami berdua sama rata. Bukan apa, kalau salah satu luggage tersangkut ke mana-mana at least masih ada barang-barang dalam sau lagi bag untuk cover keperluan beberapa hari. Photocopy passport, e-ticket flight, itinerary bagai semua aku selitkan dalam setiap satu bag tu. Bila dah siap packing nanti, baru secara rasminya bag yang paling berat diserahkan pada hubby tersayang. Sudah semestinya kita yang perempuan ni bawak yang paling ringan untuk menjaga kehalusan jari-jemari... tak gitu?

Tapi, rupa-rupanya kebijaksanaan itu tak berpanjangan. Aku tak pulak praktikkan benda yang sama masa ke Pulau Langkawi ni! Tak terlintas langsung pun sebenarnya. Tengah-tengah suspens menunggu tu tiba-tiba terpandang suitcase merah dengan seksinya tergolek-golek atas conveyor. Fuhhh lega tak terkata. *Berlari mendapatkan si merah... tunjal-tunjal dahi dia sikit. "Kau dah kenapa lenggang Mak Limah sangat, Merahhhh? Tu mesti sempat tukar-tukar contact number dengan jantan kat dalam tu tadi. Siapa??? Rimowa?? Tumi? Samsonite?? Haahhh.... bag Swan??!!" Terus jauhkan merah dari Swan. Kalau Rimowa tak apa... silalah bersengol-senggolan. *Dasar materialistik sungguh tuan punya bag merah ni! :p

** Google Image
Drooling. Oppss ini iklan Rimowa tak berbayar ya! :p

Task seterusnya.... ambik kereta yang dah kitorang booking awal-awal lagi. Kalau low season, nak cari kereta sewa hanya apabila dah sampai Pulau Langkawi nanti pun boleh je. Dekat dalam airport ni pun ada beberapa kaunter untuk sewa kereta. Pilih dan surveylah harga dan jenis kereta ikut budget masing-masing. Tapi kalau travel masa peak season - cuti sekolah atau LIMA janganlah berani sewa kereta last minit. Mau kena naik basikal nanti!! Le tour de Langkawi lah korang jawabnya!!

Kereta yang menjadi pilihan kitorang adalah Honda City yang disewa selama 48 jam dengan harga RM250 dari Syaemmy Travel & Tours. Maksudnya tengahari hari ke-3 nanti setelah cukup 48 jam baru kena pulangkan kereta ni. Kenapa cuma sewa 2 hari saja sedangkan kami bercuti selama 5 hari? Sebab pertama dan paling utama sudah tentulah sebab kitorang kedekut! Hahaha. Sebab kedua - aku discover setiap kali ke Langkawi kitorang asyiklah tundakan aktiviti Island Hopping atau Mangrove Excursion tu. Padahal memang nak sangat buat dua aktiviti ni. Asyiklah terbantut disebabkan tak habis-habis meronda dengan kereta. Padahal, balik-balik tempat yang sama juga dituju. Lepas tu, patplohpat kali kot berulang-alik cari coklat! Jadi, kali ini tak ada pilihan lagi daah. 2 hari meronda dah cukup rasanya. Hari-hari seterusnya boleh bercanda dengan laut. Gitulah perancangan kitorang kononnya.

Kenderaan rasmi kitorang di Pulau Langkawi. Ni gambar hari ke-2 sebenarnya.

Syaemmy Travel & Tours :
11, Arrival Hall Langkawi International Airport
Tel/ fax : 04-9551887
Hp : Ziela - 01253002496
Eyna - 0174203794 
Ninie - 0134715831

Condition kereta memang tip-top dan bersih. I loike. Ada beberapa copy map dan pamphlet tourist attraction di Pulau Langkawi disediakan dalam kereta. Tapi GPS tak ada ya. Sila waze gunakan handphone masing-masing. Minyak yang diorang supply pun just nice. Bolehlah drive dengan penuh yakin dari airport ke hotel kami kat Kuah tanpa diserang panic attack mencari petrol station. Sempat meronda-ronda pekan Kuah lagi sebelum isi minyak. Overall servis memang ok. Recommended!

Untuk 2 hari pertama ni aku stay di Hotel Bahagia, Kuah. Bilik agak kecik... besar sikit je dari Horidome Villa, Tokyo tu! Dahlah kitorang dapat single bed. Macam mana nak honeymoon ni? Hahaha. Nasib baiklah bilik dan toilet bersih. Pressure air pun kuat. Memang heaven bila gunakan shower sebab air keluar menyembur-yembur macam mandi kat air terjun! Bab air yang menyembur-yembur tu memang plus pointlah. Tapi, nak cari parking kat sini memang hazab. Kitorang haritu kena berpusing-pusing 2 - 3 kali untuk cari parking. Apa-apapun, memandangkan harga sangat berpatutan, silalah jangan komplen lebih-lebih!

** Google Image

Restoran Wan Thai yang fames amos tu located sebelah Hotel Bahagia ni. Nak makan pun hazab jugak sebab manusia punyalah ramai apatah lagi nak berposing-posing sakan! Kalau pergi berkumpulan better buat reservation supaya tak putih mata. Kalau berdua macam kitorang ni dapatlah juga menyelit-yelit di celah-celah meja lain. Tapi makanan memang finger-licking good!

Restoran Wan Thai
80-82, Langkawi Mall, Kuah (Jalan Pokok Asam),
07000 Pulau Langkawi, Kedah.
Tel : 04-966 1214
Operating hours : 10.00am - 3.00pm, 6.00pm - 10.00pm

First day ni kami habiskan dengan aktiviti light and easy - warm-up berpusing-pusing sambil aim kawasan yang hendak ditawan hari esoknya. Selebihnya dihabiskan dengan membuta! Nama pun bercuti untuk merehat-rehatkan minda kaan! :P

 Bersambung....
-lotsa luv-
Fayreen Mizan











3 comments:

  1. Not bad juga rate sewa...boleh contact2 bila nk ke sana nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Nad. Boleh try contact bila nak ke Langkawi nanti.

      Delete