Wednesday 24 December 2014

SUNSET | JERAM, KUALA SELANGOR.

Assalamualaikum,

One of the weekends hari tu, kitorang terasa nak makan seafood kat Jeram. Dah alang-alang nak ke sana, bolehlah tengok sunset. Jadi kitorang keluar agak awal dari rumah. Dalam pukul 3.30  petang tu bolehlah dikira awal kot. 

Being us, seperti biasa bila dah sampai kat tempat kejadian sempat lagi pusing-pusing masuk lorong-lorong sana sini... sekejap belok kiri.... sekejap lagi masuk lorong sebelah kanan pulak melawat kawasan. Jadi, bila sampai kat Jeram tu sunset dah tak berapa nak ada. Tapi, pemandangan yang ada tetap berjaya menawan kalbu di sudut yang paling dalam. Ceh!

Senja di Jeram.


Nak kata sunset tak berapa nak ada pun tak boleh juga sebab awan agak tebal petang tu.

Awan tebal yang sekali pandang macam formasi naga!

Close-up....

Bila close-up lagi dah macam Big Bird siap dengan bulu mata pelesu yang lentik! Eh!

Tenang dan mendamaikan.

Sunset di sebalik awan.

Kannn? Dari jauh nampak macam naga!

Senja semakin berlabuh.


Sudut lain.



Senja yang mendamaikan ditemani desiran air laut yang memukul batu.

 
 Last shoot sebelum kami berlalu pergi untuk mencari sesuap nasi bagi mengisi perut yang kelaparan.

Seperti biasa, bila ke Jeram restoran yang jadi pilihan dah tentulah Aroma Ikan Bakar. Tapi, masa kitorang sampai manusia punyalah ramai. Dek kerana tak menyabar dan nak cepat makan sebab kelaparan, kitorang pergi restoran sebelah tu je. View kat sini memang cantik. Ada meja-meja makan bawah pokok kelapak direct menghadap laut. *Romantic mode activated. Tapi malangnya gambar-gambar jadi mangsa parkinson sebab tiba-tiba angkatan bersenjata semut api datang menyerang. Terpaksalah kami berlari-larian tukar tempat duduk kat bahagian dalam dan tergaru-garu sepanjang makan tu. Potongggg!!!!


-lotsa luv-
Fayreen Mizan

4 comments:

  1. Underneath pokok kelapak katanye...tetiba sang Semut datang kacau kan. Bliss sungguh view sunset ni. Bb memang sunset sucker, as per my friend haha.

    ReplyDelete
  2. Kampung saya ni. sendiri pun tak pnah tgk sunset kat kampung hehehe

    ReplyDelete
  3. Subhanallah. Terpegun. Memang pencipta alam la puan ni. Saya pun suka tengok pemandangan macam ni. Nampaknya lepas ni memang rajin la saya jengok blog puan...jamu mata dengan keindahan alam semulajadi. Thank you for sharing

    ReplyDelete