Monday 22 December 2014

PALACE OF THE GOLDEN HORSES - PART 2

Assalamualaikum,

Sambungan entri fefeeling kayas rayas di Palace Of The Golden Horses. Part 1 klik SINI.

Perkara pertama yang dah terbiasa aku buat bila check-in kat mana-mana hotel sekali pun - 'audit' bilik especially toilet. Erk, rasanya ramai jugak ada habit yang satu ni kaan? Gigihlah jeling kiri kanan, besar kecik zoomkan anak mata check setiap sudut toilet kot-kot ada benda asing tersembunyi ke. Alhamdulilah toilet bilik aku hari tu bersih berkilat-kilat dan menepati piawaian.

Sebenarnya tujuan hideaway ni cuma untuk santai-santai rehatkan badan. Maka, gigihlah kitorang realisasikan objektif dengan membuta sepanjang petang tu! Dahlaa tilam empuk yang amat. Bantal pulak lembut dan gebu gebas semacam. Heaven hokeh. Letak kepala je terus terbang tah ke mana-mana. Aku tidur sekejap petang tu pun boleh mimpi!

Srike a pose sebelum balik ke rumah...

Petang tu, lepas Maghrib kitorang balik rumah sekejap. Asalnya cuma nak beri kucing makan. Tapi entah kenapa, bila dengar krak krup diorang mengunyah kiblet, perut kitorang laki bini pulak yang berkeroncong tak tertahan-tahan lagi! Kau mampu terliur dengan makanan kucing???!! Dalam kemalasan aku gigihkan juga diri masak sesimplenya... ikan masak kicap je pun. Bukan setakat makan malam je, kitorang balun tengok tv kat rumah juga. Akhirnya, malam tu balik ke Golden Horses cuma untuk tidur saja! Dah kenapeeee sangat nih?!


2nd day. 

Aktiviti meng'explore' hotel cuma bermula lepas lunch sebab pagi-pagi tu lepas breakfast di Carousel Coffeehouse kitorang balik rumah - ya beri kucing makan dan aku masak LAGIIII! Macam hotel tu sebelah pagar rumah je boleh pergi balik sesuka hati. Hahaha.



Berposing tanpa motip!

Aktiviti berendam dalam swimming pool hanya bermula di sebelah petang.

Pool agak luas.

Aman damai dan hijau dengan adanya pokok-pokok kelapa di satu sudut kolam.

Pool for kids.

Dikelilingi pokok-pokok. Walaupun masa ni tengah panas berdenting tapi surrounding sangat redup. Ada herb garden dekat area ni.

Gazebo untuk dijadikan tempat berteduh.

Puas jugalah kalau nak berendam walaupun Thristle, PD lagi win dengan saiz kolam yang lebih luas.

Kat sini pun masih sarat dengan imej-imej kuda! Tu... cuba tengok entrance tu.

Palace Of The Golden Horses.          
Sebenarnya aku tak kisah pun tidur kat hotel mahal atau murah. Semuanya aku on saja asalkan selesa dan dapat membuta dengan aman damai! Tak adalah set standard kena tidur di hotel yang berbintang-bintang saja. Tidur dalam khemah untuk lebih appreciate nature pun boleh. Cuma tulah, sesekali bila ada rezeki lebih rasanya perlu destress dan manja-manjakan diri dengan 5 star treatment kot. Kerana diriku begitu berharga katanya... kannn? :p

Aktiviti merayap diteruskan.

Nampak meeeting room terus buat tak paham sebab Management Budget Review company aku memang buat kat sini setiap quarter. Meeting dan makan-makanlah kami kat sini sampai tahap nak muntah setiap 4 bulan sekali. Tapi kalau nak stay sini, kitorang yang dari KL ni company memang tak cover.

Sempat juga aku tunjukkan banquet hall untuk kesekian kalinya sambil hidung kembang kempis beritahu hasben yang aku pernah jadi emcee masa 30th anniversary company tempat aku kerja dulu. Dah seribu dua ratus tiga ploh pat kali kot aku beritahu dia! Kira golden moment tu, bukan senang nak jadi emcee majlis yang Pak Menteri attend. Nak kena control protokol, kena make sure masa dan itinerary berjalan seiring, lepas tu nak kena berdiri berjam-jam kat rostroom sambil tahan kaki yang sengal sana sini sampai event selesai. Haruslah kena cerita berulang-ulang kali sampai suami sendiri dah boleh hafal jalan cerita! Hahaha.

Influence dari Renaissance era??

Sebenarnya sculpture kuda ni boleh bergerak 360 darjah.

 
Close-up sikit.

 
Ni dekat main lobby.

Kuda yang gagah perkasa.

Kuda lagi.

Lagi...

Dan lagiii....

Palace Of The Golden Horses at night...


Inilah golden horsesnya.... kot?!?

Ukiran kuda yang penuh seni.

Hari ke-3. Lebih untuk menghabiskan masa sebelum check out dan kembali ke dunia realiti!


Overall, rasanya memang worth every cent spent. Check-in dan check out pun sangat cepat. Macam aku haritu stay kat deluxe room with lake view. Bilik agak luas dan dari tilam hinggalah comforter pun sangat comfortable. Toilet bersih, pressure air kuat  dan selesa untuk sebarang urusan besar-besaran atau kecil-kecilan. Hahaha! Ini penting supaya tak potong mood, betul tak? Cuma selection makanan di Carousel biasa-biasa saja tapi masih mengenyangkan. Kalau ada yang berhajat nak stay sini bolehlah check harga kat Palace Of The Golden Horses : room. dan pilihlah bilik yang berkenan di hati.



-lotsa luv-
Fayreen Mizan





No comments:

Post a Comment