Kadang-kadang ada masanya hati ni melonjak-lonjak nak pergi bercuti tapi dalam masa yang sama malassssss sangat nak travel jauh-jauh. Masa tu lah juga terbayang-bayang jalan raya yang jammed sampai punggung naik kebas kematu. Belum lagi dengan panas terik semua tu. Amboiii, statement macam puteri lilin sangat dah ni! Hahaha.
Jadi, bila tiba-tiba datang angin nak bercuti tapi tak nak travel jauh-jauh, antara solution yang kitorang laki bini ambik adalah dengan bercuti di mana-mana hotel di KL saja. Abis cerita! Sebab itulah berlakunya kejadian bercuti 3 hari 2 malam di Palace Of The Golden Horses ni!
Ini dikira agak melampau sebab Palace Of The Golden Horses agak dekat dah dengan rumah aku. Lebih melampau lagi sebab sepanjang 3 hari tu aku sempat lagi balik ke rumah. Kalau setakat balik beri kucing makan tu dikira ok lagi kot. Ini tidak, dengan kitorang sekali melantak sebab aku sempat masak sakan ok!!
Main entrance.
Area reception & concierge.
Proses check-in sangat smooth. Receptionist pun super duper comel!
Kuda di mana-mana.
Sculpture kepala kuda.
Sempat strike a pose sebelum masuk bilik. Motip??
Bilik kami....
Bilik agak luas dan selesa.
Bathroom.
Kuda lagi... Pendek kata kiri kanan semuanya bermotifkan kuda.
Amenities yang disediakan.
Kuda lagi dan lagiiiii....
Gigih pasang tripod untuk ambik gambar berdua ni. Baju belang-belang tu adalah kebetulan. Bila tengok gambar baru perasan kezebraan kami!
View di luar bilik....
Woaaaa... cantikkkk! Senyum sampai ke telinga bila view bilik secantik ni.
Swimming pool yang memanggil-manggil.
Gazebo berhampiran pool.
Bersambung......
-lotsa luv-
Fayreen Mizan