Sebaik saja promosi 'SO LOWWW, YOU'VE GOT TO TO' RM5 PROMO tamat pada 23 Februari, Air Asia terus menawarkan FREE SEATS OFFER di mana lebih dari setengah juta seat percuma ditawarkan di samping promosi seat pada harga rendah untuk penerbangan-penerbangan tertentu.
Tambang promosi bermula dari serendah RM0 - tidak termasuk cukai lapangan terbang, surcaj bahan api dan bayaran-bayaran lain yang berkenaan). Tempahan boleh dibuat dari 24 Februari - 2 Mac 2014 bagi penerbangan dari 1 Oktober 2014 hingga 30 April 2015.
Selain negara-negara Asean, AirAsia X pula menawarkan tambang bermula dari serendah RM160 sehala bagi kelas ekonomi damn RM669 bagi tempat duduk premium ke Sri Lanka, Arab Saudi, Australia, Taiwan, Korea Selatan, Nepal dan China dari Kuala Lumpur.
Jadi, apa lagi... untuk maklumat lanjut yang lebih tepat bolehlaa start browse dan booking tiket di <klik> --> Air Asia Free Seats Promo 2014.
Dalam masa yang sama Malaysia Airlines pun ada promo juga, tapi sehingga saat entri ni dipublish, website Malaysia Airlines masih lagi 'busy'... so aku masih tak boleh survey promo-promo yang ada.... grrrr...
Apa-apapun, antara promo yang ditawarkan oleh Air Asia adalah seperti berikut :
Selamat 'mencuci mata' dengan offer-offer yang ada! :p
Salam
1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk
beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan.
Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat
pemenang bertuah!
HADIAH:
Tafsir
pimpinan Ar Rahman kepada pengertian Al Quran
Pernah dengar tentang Sepang Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa atau Sepang Goldcoast kann? Sekarang, tempat ini telah bertukar nama dan dikenali sebagai Avani Sepang Goldcoast Resort. Dah lama aku pasang angan-angan dan set goal untuk ke sini... Alhamdulilah...akhirnya dapat juga merasa bermalam di sini :)
Memang sangat seronok stay di sini sebab bilik sangat tip-top...servis pun five star! Semuanya superb! Untuk entri ni, aku sharekan beberapa keping gambar saja dulu ya... Cerita dan gambar-gambar lain aku share kemudian. Jadi, stay tune untuk baca lebih lanjut tentang experience aku di Avani Sepang Goldcoast!
Cantik dan mendamaikan kannn. Sebenarnya destinasi pelancongan serta hotel yang ada di Malaysia ni tak kurang hebatnya... banyak yang best-best! Cuma mungkin kita yang kurang explore atau kurang confident?!
Masa cuti CNY baru-baru ni, aku dan hasben pergi ke Pulau Pinang. Dah namanya cuti CNY, for sure memanglah jalan jammed macam nak mam... dari KL ke Pulau Pinang highway memang sesak... dalam perjalanan balik ke KL pun sama juga.
At some points we were moving at less than 40km/h!
Dari awal lagi hasben aku dah cadangkan supaya singgah di Gua Tempurung dalam perjalanan kami balik ke KL nanti. Keadaan jalan yang sangat jammed menguatkan lagi alasan untuk singgah... boleh merehat-rehatkan minda sambil tengok keindahan gua which is better dari menghadap jalan yang sangat sesak. Kann?
Sebelum tu, apa yang spesial sangat tentang Gua Tempurung ni? Mari aku cerita sikit. Gua Tempurung di Gopeng, Perak merupakan gua yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Di sinilah terbentuknya bermacam-macam bentuk stalaktit dan stalagmit yang unik. Pembentukan batu di kawasan ini dianggarkan terjadi di antara 250 hingga 400 juta tahun dahulu!
Gunung Tempurung dari PLUS highway menuju ke utara (ni masa perjalanan hendak ke Pulau Pinang... aku singgah sini masa balik ke KL).
Senang saja hendak ke sini kerana along the way ada signage dan direction yang jelas. Dari PLUS highway, exit ke Plaza Tol Gopeng dan belok ke sebelah kiri. Lebih kurang lima kilometer lepas tu ada signage besar di sebelah kiri jalan yang menunjukkan simpang masuk ke Gua Tempurung. Sebaik saja masuk ke simpang tersebut, kita akan nampak gunung yang tersergam indah ini di hadapan kita. Kalau keliru dengan direction yang aku berikan, don't worry... boleh refer google map di bawah.
Sungai sepanjang 1.6km ini dinamakan Sungai Gua Tempurung.
Sebelum tahun 1935, aktiviti perlombongan bijih timah secara kecil-kecilan telah dijalankan di dalam kawasan gua. Penduduk setempat juga telah menjadikan gua ini sebagai tempat perlindungan dari askar-askar Jepun sewaktu zaman pendudukan Jepun pada tahun 1941 - 1945.
Semasa darurat diistiharkan di Tanah Melayu pada 1948 - 1960 pula, gua ini turut digunakan oleh anggota komunis sebagai tempat persembunyian mereka. Pada tahun 1970an, kawasan ini sekali lagi menjadi tempat tumpuan bagi aktiviti perlombongan. Kegiatan perlombongan terhenti dengan sendirinya apabila bijih timah yang dijumpai semakin berkurangan.
Gua ini berketinggian 497 meter dan mempunyai lima buah kubah yang besar. Gua Tempurung mendapat namanya dari siling setiap kubah yang berbentuk seperti tempurung kelapa
Terdapat 640 anak tangga di sepanjang laluan! Jadi, bagi sesiapa yang bercadang untuk explore Gua Tempurung dengan selesa, pakailah sandal atau kasut yang bersesuaian.
Golden Flowstone - dinding-dinding gua yang terdapat di kawasan ini
terdiri dari pasir-pasir yang halus seperti kristal. Bahagian dinding
yang basah akan membiaskan warna keemasan apabila terkena cahaya.
Ada formation anak kambing ke apa tu kat belakang aku!
Sekali pandang batu ni macam bentuk seorang manusia yang sedang berdiri....
Close up...
Terdapat stalaktit yang bentuknya seperti dolphin, harimau, kucing, gajah serta banyak lagi di kawasan ini. Stalaktit dikatakan terbentuk pada kadar purata 1 inci setiap 200 tahun! Jadi, bayangkanlah berapa lama masa yang telah diambil oleh formasi-formasi yang lebih besar terbentuk.
Stalagtit dan stalagmit yang sungguh menakjubkan!
Ada empat pilihan pakej dari yang mudah, sederhana hinggalah yang sukar disediakan untuk menerokai gua ini. Setiap group akan diiringi oleh seorang guide yang juga merupakan pekerja di sini. Tiket boleh dibeli di kaunter berhampiran pintu masuk.
Pakej 1 - Golden Flowstone
Ini adalah dry tour di sepanjang platform konkrit di sekitar kawasan Golden Flowstone. Keseluruhan tour mengambil masa selama 40 minit. Waktu : dari 9 pagi - 4 petang (lawatan terakhir bermula pada pukul 4 petang)
Bayaran : Dewasa (RM6), kanak-kanak berusia 6 - 12 tahun (RM2.50), warga emas berusia 60+ (RM3)
Pakej 2 - Top Of The World
Ini juga merupakan dry tour tetapi pakej ini meliputi kesemua lima buah kubah dan lebih banyak steps untuk didaki. Pakej ini mengambil masa selama 1 jam 45 minit.
Waktu : Dari jam 9 pagi - 3 petang
Bayaran : Dewasa (RM9), kanak-kanak (RM4.50), warga emas (RM3)
Min. pax : 5 orang dewasa
Pakej 3 - Top Of The World & Short River Adventure
Aktiviti berkumpulan sejauh 2.4 kilometer selama 2 jam 30 minit ke laluan-laluan yang berliku serta menyusuri anak sungai.
Waktu : Dari pukul 9 pagi hingga 12 tengahari
Bayaran : Dewasa (RM11), kanak-kanak dan warga emas (RM6)
Min. pax : 8 orang dewasa
Pakej 4 - Grand Tour
Pakej
yang paling mencabar dengan perjalanan sejauh 3.8km sehingga ke
pelantar 10 dan menyusuri anak sungai. Keseluruhan perjalanan mengambil
masa 3 jam 30 minit.
Waktu : Dari jam 9 pagi hingga 11 pagi
Bayaran : Dewasa (RM22), kanak-kanak (RM11), warga emas (RM6)
Min. pax : 8 orang dewasa
Pakej 3 dan 4 adalah wet tour... mereka yang mengikuti pakej 3 dan 4 dinasihatkan membawa pakaian tambahan serta tuala. Sewaktu aku sampai ke Gua Tempurung, cuma pakej 1 saja yang available memandangkan masa tu dah hampir jam 4 petang. Overall, aku tetap berpuas hati... the unique formation amazed me a lot!
Mereka yang meminati aktiviti yang lebih lasak boleh melakukan juga
aktiviti white water rafting di Sungai Kampar yang terletak berhampiran dan gabungkan pakej white water rafting ini dengan Gua Tempurung Grand Tour. Hasben aku pernah join aktiviti ni... memang best dia kata.
Mari tengok gambar-gambar Grand Tour dan white water rafting yang aku 'pinjam' dari dia ni... :)
Lebih mencabar dan seronok kannn? Apa-apapun, the choice is yours... pilihlah pakej yang sesuai dengan keupayaan diri masing-masing. Cuma satu aku nak ingatkan, jika korang ke sana nanti, hargailah
khazanah yang amat berharga di Gua Tempurung ini... jangan rosakkan
stalagtit dan stalagmit yang ada kerana masa yang diambil untuk
membentuk setiap satu formation bukanlah proses yang mengambil masa
setahun atau dua tahun....bukan juga beribu-ribu tetapi berjuta-juta tahun!