Back To School Edisi Mak-mak : Sehari Yang Penuh Suka Duka. Kebah dah akhirnya demam Back To School parents dan anak masing-masing lepas seminggu lebih start sekolah ni. Tapi, bagi Kak Fay dan kawan-kawan satu batch masa kat Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar, Muar (SMSAB) dulu, kitorang dah dilanda demam yang satu ni beberapa bulan lepas lagi dan kemuncaknya 19 Disember 2015 hari tu!
Scroll down
Taraaaa....
Sebenarnya, kitorang yang mak-mak nilah yang Back To School sempena reunion sekolah! Beria-ia Mak-mak Jemah beruniform.... complete pulak tu dengan sepatu dan stokin yang putih bersih. Ada yang sambil-sambil shopping barangan sekolah anak sempat shopping uniform, bag, kasut sekolah bagai untuk diri sendiri! Yang sarung baju sekolah anak sendiri pun ado! Hahaha.
Murid-murid kelas dewasa! :p
Kak Fay pinjam uniform anak kawan sekolah... sampai ke tudung pun dok pulun pinjam! Yang pakai baju biasa tu committee reunion ni. Diorang je yang diberi kelonggaran pakai baju biasa.
Syok juga pakai baju sekolah time dah tua ni sebab efeknya memang superb - sarung-sarung je terus rasa muda belia. Terus rasa energetik bak remaja belasan tahun. Lupa daratan mahupun dataran jadinya. Hilang sekejap sengal lutut, sengal pinggang, sengal sendi bagai. Tang sengal kat kepala otak je tak hilang!
Dek kerana perasan macam ada unsur-unsur kecomelan yang melampau, lepas snappy terus laju-laju wassap gambo ni kat mama.
Kembang setamanlah punggung sang anak bila dapat reply sebegini. Memang reply macam nilah yang diharap-harapkan pun! Kak Fay yakin mama betul-betul ikhlas, bukan sekadar nak ambik ati! Bahahaha.
Dah... dah... kita move on pulak dengan kisah suka duka di sebalik reunion ni. Penat dah perasantan memuji-muji diri sendiri ni :p.
Memandangkan reunion tahun ni buat kat Muar, tentulah keterujaan tu membuak-buak jadinya. Maklumlah, dapat balik kampung. Dahlah boleh mentakedarah makanan yang sedap-sedap (mee bandung Muar, asam pedas ikan sembilang, apam balik, mee siput... slurppp... slurppp) demi melepaskan hawa nafsu yang bak naga kelaparan. Dapat pulak jumpa kawan-kawan sekolah - ada yang Kak Fay tak pernah jumpa sejak lepas SPM errmm 3 tahun lepas. * Read this out loud - 3 tahun lepas ya! Hahaha. Statement perasan muda yang haktui sangat!
Biasanya event ni kitorang buat 2 tahun sekali. Venue tak semestinya di Muo walaupun kami bersekolah di sini satu ketika dulu. Buat kat PD pernah.. kat Bangi pun pernah. Temanya pun tak menentu... terpulang pada kuasa veto yang dipegang oleh Queen Of The Year selaku chairwoman dan barisan menteri kabinetnya yang lain. Tema Bollywood pun pernah okeh!
Pagi hari kejadian, kemain berkobar-kobar semangat nak bertolak awal pagi kononnya. Last-last pukul 10.30 pagi baru exit tol Bandar Seri Putra. Dahlah tu, nak masuk area Seremban baru sedar tertinggal bag dan kasut sekolah. Grrrrr. Nak patah balik memang taklah.. mampuih kena jelingan maut hubs nanti. Nasib baik ada sports shoes dalam bonet kereta sebagai penyelamat. So, pakai sport shoes jelah nanti. Nak pakai high heels takut kena denda dengan AJK sebab sah-sah dah lari dari tema Back To School.
At this point barulah sempat pegang handphone belek-belek wassap sambil share info trafik kononnya. Kebetulan pulak, highway menghala ke selatan agak jammed pagi tu. Tup-tup terpandang satu notification dari geng sekolah. Dup dap.. dub dap... berdebar-debar dibuatnya. Baca sekali... ish biar betul... baca lagi kali kedua...
Innalilahiwainlillahirojiun. Salah seorang kawan sekolah Kak Fay baru saja menghembuskan nafasnya yang terakhir pukul 9 pagi tu dan jenazah akan dibawa balik ke Muar untuk dikebumikan pada hari yang sama! Al Fatihah buat Allahyarhamah Ainuriza Binti Darus.
Terus blur... speechless... antara percaya dengan tidak apa yang dibaca walaupun kami memang sedia maklum keadaan kesihatan arwah. Mood untuk ke reunion terus suam-suam kuku walaupun hati melonjak-lonjak nak jumpa kawan-kawan.
Nasib baik Queen of The Year 2013 - 2015, Faridah pantas ambik tindakan dan terus notify kami plan B nya tru wassap group. Majlis diteruskan tapi ada beberapa perubahan - games dan karaoke dibatalkan. Kitorang diminta datang lebih awal ke Muar Marina Bay tempat berlangsungnya reunion untuk berkumpul sebelum pergi menziarah arwah beramai-ramai. Lepas melawat nanti balik semula ke sini untuk makan, ambik hadiah lucky draw masing-masing dan bergambar.
Dipendekkan cerita, lebih kurang pukul 3.00 petang kitorang beramai-ramai bertolak ke rumah arwah. Alhamdulilah masa kami tiba jenazah masih belum dikebumikan. Tengah tahlil masa tu. Jadi, dapatlah kami join sama.
Dikumpulkan beramai-ramai dengan kawan-kawan zaman persekolahan pada waktu, ketika dan tempat yang sama untuk merasi momen seperti ini was such a miracle. Kami membesar bersama-sama... melalui zaman remaja yang gila-gila dan uncertain bersama. Kami berkongsi suka duka bersama.
Bila dewasa kami terpisah demi mengejar cita-cita dan mengikut destinasi hidup masing-masing. Tapi hari ini kami bertemu semula setelah sekian lama untuk berkongsi memori walaupun momen kali ini memang menyedihkan. Itulah uniknya persahabatan kami - suka... duka.. kesedihan dikongsi bersama.
Sedih sebenarnya melihat rakan seperjuangan terbujur kaku tidak bernyawa. Tapi, siapalah kita untuk menghalangnya. Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Kami lepaskan sahabat kami pergi dengan rela hati. Semoga jannahlah tempatmu, Ainuriza Darus. Al Fatihah.
**************************************************
Balik dari menziarah kitorang berkumpul semula di Muar Marina Bay. Nampak jelas masing-masing masih sugul. Majlis diteruskan dengan makan-makan, bergambar dan berborak-borak sesama sendiri especially those yang dah lama tak jumpa.
Gambar ni rasanya kejadian sebelum pergi menziarah kot. Tak pe... tepek selagi boleh! Mih... mih... mih..
Dipendekkan cerita, lebih kurang pukul 3.00 petang kitorang beramai-ramai bertolak ke rumah arwah. Alhamdulilah masa kami tiba jenazah masih belum dikebumikan. Tengah tahlil masa tu. Jadi, dapatlah kami join sama.
Dikumpulkan beramai-ramai dengan kawan-kawan zaman persekolahan pada waktu, ketika dan tempat yang sama untuk merasi momen seperti ini was such a miracle. Kami membesar bersama-sama... melalui zaman remaja yang gila-gila dan uncertain bersama. Kami berkongsi suka duka bersama.
Bila dewasa kami terpisah demi mengejar cita-cita dan mengikut destinasi hidup masing-masing. Tapi hari ini kami bertemu semula setelah sekian lama untuk berkongsi memori walaupun momen kali ini memang menyedihkan. Itulah uniknya persahabatan kami - suka... duka.. kesedihan dikongsi bersama.
Sedih sebenarnya melihat rakan seperjuangan terbujur kaku tidak bernyawa. Tapi, siapalah kita untuk menghalangnya. Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Kami lepaskan sahabat kami pergi dengan rela hati. Semoga jannahlah tempatmu, Ainuriza Darus. Al Fatihah.
**************************************************
Balik dari menziarah kitorang berkumpul semula di Muar Marina Bay. Nampak jelas masing-masing masih sugul. Majlis diteruskan dengan makan-makan, bergambar dan berborak-borak sesama sendiri especially those yang dah lama tak jumpa.
Foooodddddd! Slurppp... slurpppp. Kambing pun ado... itu memang menu wajib geng kitorang.
Gambar ni rasanya kejadian sebelum pergi menziarah kot. Tak pe... tepek selagi boleh! Mih... mih... mih..
Tersayang. Ni memang bff dari zaman hingus meleleh-leleh masa sekolah rendah lagi!
Barisan diva SMSAB Muo.
Ala-ala suwit 17 sungguh gambo ni. Delete laa jap lagi! Mode : dengki mencanak-canak.
Tersayang lagi.
Sweet 17 1/4!!
Queen Of The Year 2013/ 2015 (duduk) dan AJKnya yang best. Well done korang!
Queen Of The Year yang baru dilantik - Ijan. Clap... clap! Siapa yang follow blog ni mungkin pernah terliur dengan kek-kek lapis yang Kak Fay review dulu. Inilah orang yang membuatnya.
Queen Of The Year ni ala-ala Miss Universe laa kiranya dan dipilih berdasarkan undi rahsia dari mereka yang hadir. Secara otomatik QOTY memegang jawatan sebagai chairperson untuk reunion yang akan datang. Adakah ini bermakna event lepas ni akan diadakan di JB atau sekitarnya?
Kek buatan QOTY yang cantik dan sangatttttt yummeh.
Goodies bag...
Isi-isi di dalamnya : Apron (siap logo JDT) dengan mug tu memang akak tak nak guna... sayang oooo. Limited edition tu! Ada fridge magnet yang comel, key chain all the way terbang dari Scotland (thank you Kin... naah... flying kiss setepek!), sun block, pes soto Muo, Yassin dan tasbih, sticker, telur pindang - tiada dalam gambar sebab hubs makan, cup cake - pun tak ada dalam gambar sebab Kak Fay bedal sampai licin! * Terima kasih pada para sponsors... semoga murah rezeki hendaknya.
Tepek gambo lagi...
Daah... ni last.
Itulah suka duka yang kami lalui masa reunion tempohari. Majlis yang simple tapi sangat meriah dan penuh makna. Kalau diikutkan masa yang diberi tak cukup untuk hilangkan rindu dan berbual mesra dengan kawan-kawan. InsyaAllah, panjang umur kita jumpa 2 tahun lagi.
Kepada kawan-kawan dan guru-guru yang dah lebih dulu pergi mengadap Illahi, Al Fatihah untuk mereka. Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Satu hari nanti, kami juga pasti mengikut jejak kalian.
Buat kawan-kawan yang lain, I'm not always there right by your side... but you're always here in my heart! Hugs.
* Photo credit :
- SMSAB WhatsApp group
- FB
-love-
Fayreen Mizan
Tq fay...love u...muuaahhhh
ReplyDeleteya allah...memang nampak macam budak2 sekolah sweet 17 laaaa....tahniah korang..berjaya reunion semula...
ReplyDeletetqsm babe!!!
ReplyDeleteThumbs up fay!!! Suker 200%..thanks darl��
ReplyDeleteclap3..sukerrrr..
ReplyDeletesengih x abih tgk gmbr2 ni... :)
TQ, FAY
ReplyDeleteBestnya akak. Saya sampai sekarang tak boleh nak join sbb jauh.
ReplyDeleteAkak dulu sekolah all girl eh?
Jemput baca: http://nurulzayani.blogspot.com/