Assalamualaikum.
Achummm... achummmmmm. Terbersin-bersin tuan blog dibuatnya. Dah berbulan-bulan Kak Fay tak update blog ni, jadi dah tentulah melingkar-lingkar sawang yang bersarang complete dengan habuk yang berpuluh-puluh inci tebalnya!
Sebenarnya, memang rindu pada readers dan keinginan nak berceloteh kat blog tu memang ada. Banyak yang nak diceritakan - suka duka berpindah di rumah baru, tensi mensi (ada ke perkataan ni?! Haha) berdepan dengan kerenah penyewa, kerinduan nak menepek blog dengan gambar-gambar nature yang dah beribu-ribu lemon tersimpan dalam laptop, rindu juga nak share resepi campak-campak akak yang tahapahapa tu... of koz... nak luahkan bagaimana 'syoknya' handle anak-anak bulus yang kecelaruan identiti dan semakin hilang jatidiri sebagai kucing tu!!
Tapiii, internet connection yang tak mengizinkan membantutkan semua tu. Maka, kerinduan tu terpaksalah dipendamkan jauhhhhh di sudut hati yang paling dalam. Ceh!
Jadi, untuk entri pertama selepas berhibernasi sekian lama akak tepekkan gambar-gambar kat bawah dengan harapan supaya boleh 'menyejukkan' mata di tengah-tengah kepanasan el nino sekarang. Eh, relevant ke?
Selamat menjamu mata. Cerita penuh menyusul kemudian!
Pokok-pokok kelapak melambai-lambai ditiup angin.
Bulan bagaikan mutiara yang bersinar di dasar lautan.