Setelah tertangguh beberapa lama, entri sepanjang 10 hari bercuti di Tokyo bersambung lagi. Semoga momentum untuk menulis berterusan sampai semua entri Japan selesai. Malas dah nak peram-peram lagi. Makin lama makin banyak benda yang happened sepanjang kat sana yang aku lupa nanti. Makin hilang ingatanlah gamaknya kalau dibiarkan! *Lap peluh di dahi sambil seru semangat rajin supaya datang merasuk diri. Eh?!
Sebelum ni aku ada cerita experience menonton persembahan ikan lumba-lumba yang super oohlaala di Epson Aqua Stadium, Shinagawa. Memang best performance tu. Sesiapa yang terlepas entri tu bolehlah klik SINI. Aku tepekkan juga video minit-minit terakhir persembahan dalam entri ni sebagai bonus.
Yang bestnya dolphin tetap dibiarkan berenang-renang dan berlegar-legar dalam kolam walaupun performance dah habis. Dek kerana minat sangat-sangatttt pada dolphin sejak kecik lagi, aku tak terus bangun lepas persembahan selesai. Pendek kata, memang puas sangat tengok dan ambik gambar dolphin. Klik sini, klik sana sampai lebam!
Bila masing-masing dah puas hati menatap kecomelan dolphin barulah kitorang bangun menghala ke Sea Lion Pool untuk saksikan persembahan seterusnya. Trip aku ke Tokyo kali ni dah macam lawatan muhibbah beramah mesra dengan haiwan gamaknya. Sebelum ni kitorang sempat bertentangan mata dengan panda, polar bear, Japanese snow monkey dan haiwan-haiwan lain kat Ueno Zoo. Ada tokoh jadi duta WWF dah ni!
Untuk menonton persembahan singa laut, kita kena masuk semula ke kawasan utama aquarium. Don't worry, diorang ada sediakan direction ke kolam. Cuma ikut je direction yang ada. Performance diadakan di kolam khas dalam sebuah mini auditorium. Masa aku sampai seat dah penuh jadi kitorang terpaksalah berdiri di bahagian paling belakang. Atas sebab-sebab keselamatan dan keselesaan audience lain, penonton cuma dibenarkan berdiri di tempat yang dikhaskan saja. Walaupun di bahagian belakang sekali, kitorang tetap dapat tengok show dengan jelas.
Show timeeeee......
Performance berlangsung dalam Bahasa Jepun oleh jurulatih dan singa laut yang comel lote.
Bergolek-golekan dan tergolek-golekan ambik mood untuk mulakan persembahan..
"Konnichiwaaaa..." *sambil melambai-lambai ke arah peminat.




