Akhirnya 'exploring Tokyo' sampai ke entri yang terakhir. Hari ni adalah hari yang kesepuluh di mana kitorang akan berangkat pulang ke KL menaiki Malaysia Airlines pada pukul 10.30 pagi nanti. Dengan semangat yang membara, subuh-subuh sapie lagi kitorang dah bangun. Dah tentulah aku yang kena mandi dan bersiap dulu. Nak belit-belitkan shawl... nak conteng muka semua tu tetap ambik masa walaupun result before vs afternya tetap sama! Kenalah touch up sikit-sikit. Takkanlah nak balik Malaysia dengan muka pucat lesi pulak kann? Manalah tau kot-kot ada sambutan sempena keberangkatan pulang tuan blog ke tanahair kat KLIA nanti!! Hahaha.
Seawal jam 6 pagi kitorang dah keluar dari bilik dan terus ke lobi untuk check out. Sebelum tu sempat lagi minum secawan dua kopi free yang dah sedia ada kat lobi buat kali terakhir. Process check out sangat mudah - serahkan saja kunci bilik pada receptionist. Lepas adegan bongkok membongkok dan hait menghait 2, 3 kali tanda hormat, maka bergeraklah kami ke Kodemmacho Station sambil menyeret bag masing-masing meninggalkan Hotel Horidome Villa setelah 9 hari dijadikan tempat penginapan rasmi. Walaupun saiz bilik agak kecik, overall aku sangat puas hati stay sini. Simple review hotel akan menyusul nanti.
Memandangkan bag dah agak ringan setelah semua bekalan makanan berjaya dikhatamkan tak berapa azab sangatlah menjinjit bag turun anak-anak tangga kat Kodemmacho Station. Walaupun tak azab, slow giler jugak aku turun tangga. Last-last hasben suruh aku stay je kat tangga tu dulu sementara dia letakkan bag dia kat bawah dulu. Kemudian dia naik semula bawakkan bag aku. Aku pulak cepat-cepat turun jaga bag yang dah letak kat bawah tadi tu. Nasib baik cuma dua luggage bag je... kalau sploh??? Sebenarnya ada lif kat station ni. Tapi sampai ke sudah kitorang tak jumpa exit mana satu yang ada lif tu!
Menangis teresak-esak di tepi tangga sambil menjinjit bag!
Kemudian, kitorang terus beli tiket ke Ueno dari mesin. Sampai ke sudah akhirnya tak belipun Suica card. Dari mula-mula tiba Tokyo sampai nak balik KL tiket train kami beli secara tunai saja. Info Suica card, klik SINI.
Kodemmacho ---> Tokyo Metro Hibya Line (5 mins, 2.4 km, 170 Yen) ---> Ueno.
Sampai saja di Ueno Station, kitorang terus bergerak menghala ke arah Keisei Ueno Station untuk beli tiket ke Narita Airport. Signage yang ada memang sangat user friendly. Kitorang cuma kena fokus dan follow arah yang ditunjukkan sampai ke kaunter. Those yang sarat dengan bag pun tak perlu risau sebab lif disediakan untuk pengguna Keisei. Jadi, tak perlulah berpeluh-peluh pikul bag turun naik tangga.


